Memaparkan catatan dengan label perjalanan ke tanah suci.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perjalanan ke tanah suci.. Papar semua catatan

Khamis, 16 Mac 2017

Perjalanan ke Tanah Suci 6 (Menaiki bas ke Terminal Haji)

Bila sudah selamat untuk membuang tali pinggang yang mengikat perut, kami tak dibenarkan keluar dulu. Cuma yang datang ke Mekah bukan atas niat nak buat umrah sahaja yang boleh turun. Dalam kapal terbang tu, ada la dua tiga orang. Satu orang tu riak muka putih berhidung mancung dan penampilannya memakai topi bersudu saya kira seorang pemuda arab, satu orang makcik Indonesia yang gayanya macam bekerja di sini, boleh jadi sebagai pembantu rumah dan ada satu keluarga Malaysia yang seperti keriangan ingin turun. Gaya ayah galas beg laptop dia macam orang orang yang mengajar dekat U. Tak pun sedang ambik master. Itu sahaja yang pergi ke Arab Saudi ni bukan sebab nak umrah. Tolak pramugari dan pramugara, yang lain semua umrah.

Kemudian selepas lima minit, barulah Jemaah umrah ini diminta turun. Jemaah Jemaah dari Malaysia semua lengkap memakai ihram manakal Jemaah dari Indonesia stedi sahaja pakai baju batik. Bila ditanya, diorang kata khilaf. Mereka tak perlu niat semasa atas kapal terbang. Nabi dulu tak ada kapal terbang. Memandangkan saya sporting, saya okay sahaja dengan jawapan pakcik Indo tu. Benda khilaf ini, tak elok sangat berbalah. Kita berbalah bab bola je. Ini tidak. Imam baca qunut pun sampai nak panggil ke pejabat.

Keluar dari kapal terbang, kami diminta menuruni anak tangga yang tiada atap pula. Masa itulah saya dapat rasakan bahang kepanasan udara Arab Saudi. Panas juga rupanya. Mujurlah tangga tu pendek saja. Dalam dua tiga langkah saja, saya sampai ke atas jalan raya. Di situlah saya boleh melihat dengan lebih dekat bas yang saya tengok tadi. Rupanya tayar dia nampak kecil sebab masuk ke dalam. Stail juga bas macam ni. Tak ada tangga pun. Macam masuk kereta,  sekali langkah sahaja. Dan bas itulah yang akan kami semua naik untuk ke terminal haji dan umrah.

Sampai di terminal Haji dan Umrah, kami kena beratur pula untuk urusan imigresen dan cop passport. Sekali tengok pegawai imigresen di situ, semua macam garang dan bekeng bekeng. Mungkin sebab diorang tak perlu cukur janggut. Sebab tu rata rata nampak ganas. Padahal bila berurusan, biasa biasa saja. Kerani bank yang jaga nombor dekat Malaysia lagi garang saya rasa.

Kami akhirnya melangkah ke Arab Saudi secara sah. Selepas itu kami terus mendapatkan bagasi kami yang telah tersedia disusun di tepi landasan beg. Isteri saya meminta saya mengambil troli beg dahulu. Dalam perjalanan mendapatkan troli beg, ada satu pekerja kat situ hendak membantu kami menyediakan troli. Baru saya nak senyum dan berterima kasih, terus isteri saya menghalang. Masa tu lah baru teringat dekat pesan ustaz jika ada orang menawarkan khidmat mengangkat bagasi, jangan dilayan. Kerana di sini tiada khidmat yang percuma. Bukan setakat tak percuma, kena sembelih pula lagi. Saya memandang isteri saya dan mengucapkan terima kasih kerana menghindarkan saya dari perangkap senyuman manis pekerja arab.

Selesai mengambil beg, saya terus mengheret isteri saya mencari tandas. Lapan jam beb tak buang air.


Bersambung..

Perjalanan ke Tanah Suci:Episod 5 (niat di atas kapal terbang)

“Kita akan tiba di miqat satu jam lagi.” Tiba tiba deruman enjin kapal terbang disusuli dengan satu suara dari corong pembesar suara. Saya berasa lega. Saya sebenarnya bimbang dan tak senang  tidur bila selepas makan, tak ada mana mana pengumuman mengenai miqat seperti yang ustaz bagitahu. Takut juga saya kalau kalau jururterbang terlupa hendak bagitahu miqat kat mana. Lepas tu tak pasal pasal kami semua terlepas niat dan kena dam (denda).

Miqat secara mudahnya ialah sempadan antara tanah halal dan tanah haram Makkah. Bagi orang luar yang ingin masuk ke Makkah, mereka kena pakai ihram dulu dan berniat umrah sebelum melangkah ke tanah haram. Untuk yang datang dari Malaysia atau dari arah Timur Makkah, sempadan tanah halal dan haram terletak di Qarnul Manazil. JIka hendak ikut sejarah, Rasulullah lah yang menetapkan Qarnul Manazil sebagai tempat miqat bagi penduduk Najed. Secara geografi dan matematik, Qarnul Manazil ini terletak di arah timur Makkah sejauh 90KM dan merupakan salah satu laluan kapal terbang dari Malaysia menuju ke Jeddah. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang membayar GST walaupun tak ada kena mengena, hendak tak hendak kami wajib untuk berniat umrah sebelum melepasi sempadan Qarnul Manazil.

Setelah setengah jam, juruterbang kasi lagi satu pengumuman, “Setengah jam lagi kita akan tiba lagi di miqat.” Masa tu saya dah tak lena tidur. Selain dari sebab kerusi Air Asia yang tidak sedap, saya bimbang takut tidak sempat berniat. Bila juruterbang kasitau “Lima minit lagi kita akan tiba di Miqat” barulah saya mula berniat.

“Sahaja aku membuat umrah dan berihram dengannya. JIka ada uzur syarie yang menghalang untuk aku menyempurnakan umrah ini. Maka aku jadi halal kerana Alllah taala.”

Saya berasa lega satu urusan yang penting dalam ibadah umrah saya mampu lakukan dengan jayanya. Malah saya siap tambah niat bersyarat. Kata ustaz, elok juga kalau niat bersyarat, takut takut nanti kita koma, pengsan, eksiden, dan sebagainya. Sekurang-kurangnya sudah terlepas kita dari ihram. Tak perlu risau untuk buat tiga belas larangan semasa ihram seterusnya terlepas dari membayar dam.

Dalam sepuluh minit kemudian, satu pengumuman bahawasanya kapal terbang akan turun mula kedengaran. Pramugari dan pramugara mula berjalan sekeliling dan cek supaya kerusi tegak dan tali pinggang dipakai. Ada satu pakcik tu kena sound supaya tingkap dibuka. Berkerut dahi pakcik tu. Saya suspek pakcik tu sama  macam saya kali pertama naik kapal terbang. Rasa gayat dan kecut perut pun ada juga bila kapal terbang menjunam ke bawah kemudian cecah jalan raya. Macam naik roller coaster. Tapi saya tengok kelilingn termasuk pakcik yang kena sound semua muka selamba je, saya pun buat selamba juga. Entah entah semua pun sebenarnya segan hendak buat muka berdebar.

Apabila sampai dekat Lapangan Terbang King Aziz Jeddah, mula mula sekali yang saya nampak ialah bendera Arab Saudi. Terus saya terbayang pasukan Arab Saudi yang dibelasah 8-0 masa lawan Jerman Piala Dunia 2002.

Selepas itu saya nampak pula sebuah bas yang berbadan besar, tapi rendah. Saya terfikir, macam ni ke kendaraan kat Negara orang?


Bersambung..

Rabu, 15 Mac 2017

Perjalanan ke Tanah Suci. Episod 2

Kami dijadualkan untuk berlepas dari Kuala Lumpur pada 1 hb Mac pukul lima pagi. Jadi, keputusan kami memilih penerbangan MAS pada pukul 7 malam 28hb Februari adalah keputusan yang paling tepat. Kalau hendak diikutkan, kami sepatatutnya perlu berkumpul di KLIA 2 sebelum berlepas ke Tanah Suci. Sedangkan kami memilih penerbagan MAS Airlines yang akan turun di KLIA. Bukankah itu menyumbang kepada buat dua kerja dan membazir masa?

Ya, kami telah mengira beberapa faktor yang menyokong dan yang tidak menyokong dalam pemilihan syarikat penerbangan kami. Kami lebih memilih MAS atas factor bagasi yang diberikan percuma. Bila dikira kira, kami fikir, memilih MAS Airlines lebih berbaloi selain nampak sedikit kaya berbanding naik Air Asia. Baru nampak eksyen sikit masa berjalan depan pegawai airport.
Pada 28hb itu, saya telah mengambil cuti. Pagi tu, saya sebenarnya ingat nak tidur. Tiba tiba abang ipar saya datang dan minta selesaikan dahulu urusan check in dan sebagainya. Leceh betul naik kapal terbang. Padahal saya nak naik pukul 7 petang karang. Tapi pagi pagi lagi dah kena pergi ke lapangan terbang. Dah la jauh. Banyak trafik light pula. Baik naik bas. Rilek je. Dulu saya ingat lagi masa duduk Kuantan dulu. Selamba je saya tak beli tiket. Lepas tu tahan satu bas ekspress yang nak ke Terengganu. Saya tanya abang cek tiket tu, ada kosong lagi tak? Stedi je abang tu cakap RM15. Saya kasi duit, terus tidur. Takde ada lah nak check check in bagai.

Geram juga saya. Tapi memandangkan saya bersikap menghormati orang yang lebih tua dan pada yang sama abang ipar saya dah berpengalaman dua kali pergi umrah, saya menurut sahaja. Jadi saya dan abang ipar sekeluarga menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Manakala isteri saya di rumah menyelesaikan urusan memasukkan baju ke dalam beg.
Setibanya di lapangan terbang, terpinga pinga kami mencari kaunter MAS, tapi tak jumpa. Sehinggalah kami berjumpa satu mesin kecik paras pinggang yang mempunyai skrin sesentuh. Berbekalkan saya punya pengalaman lebih lima tahun menggunakan telefon skrin sesentuh,  saya tiada masalah mengendalikan mesin itu dengan baik sambil dibantu dengan asas Bahasa Inggeris yang cukup. Saya hanya mengikut arahan pada skrin mesin tersebut dari memasukkan nombor tempahan, memilih tempat duduk, sehinggalah dua keeping kertas keluar daripada mesin itu yang dipercayai sebagai Boarding Pass. Phew. Tak sangka semudah itu sahaja rupanya nak check in. Menyesal pula berdebar tempoh hari.
****
Petangnya pula, sejurus selepas Asar kami terus bersedia untuk bergerak ke lapangan terbang. Kami kena cepat memandangkan Jambatan Sultan Mahmud itu terlalu sukar untuk dijangkakan bila melewati waktu pejabat. Orang ramai akan berpusu-pusu menggunakan jambatan tersebut seterusnya memungkinkan kami akan tiba lewat di Lapangan Terbang. Saya pegang pesan Encik Bahktiar untuk dating selewat lewatnya sebelum 5.30 untuk urusan check in bagasi. Kalau tidak, kesemua beg beg itu perlu dibawa naik ke dalam pesawat. Nanti kang, tak manis pula bila bawak beg besar tivi tu lalu depan pramugari.

Semasa mendaftar dengan Andalusia, dia membekal tiga buah beg setiap seorang. Satu beg bertayar sebesar tivi, satu beg  dengan saiz lebih kecil  sebesar seguni beras yang juga mempunyai roda serta satu lagi beg kecil yang boleh memuatkan beg duit, telefon bimbit, ubat ubatan, buku panduan umrah, dan gunting. Ya, gunting untuk digunakan semasa umrah nanti.

Memandangkan beg beg itu berlambangkan Andalusia, kami berfikir pasti ramai lagi yang akan mempunya beg yang serupa. Tak nak bagi tertukar, satu kertas saiz A4 digunakan untuk menulis nama, alamat dan nombor telefon dan ditampal menggunakan salotape kain supaya cengkaman kertas itu pada setiap beg lebih kukuh dan tidak tercabut. Ditambah pula kertas A4 itu dibalut dengan plastik, kami yakin bahawa beg kami insyaallah selamat. Itu belum cerita lagi pada setiap beg itu, kami lilitkan riben supaya senang nak nampak nanti. Saya pun masa ni tak tahu lagi apa makna ‘senang nak nampak nanti’ tu? Beg besar tivi tu pun payah lagi ke nak nampak?

Oh ya. Beg banyak banyak, apa nak letak dalamnya? Saya sebenarnya pun tak pasti apa yang hendak dimuatkan ke dalam empat beg tersebut. Saya dulu empat tahun belajar dekat Kuantan bawak satu biji beg baju saja. Ini hendak pergi dua minggu je, beg besar  nak mampus. Untuk ke Tanah Suci ini, saya hanya bawa empat helai kain pelikat, empat helai baju Melayu, sedikit seluar dalam, dan dua pasang kain ihram. Manakala isteri saya pula membawa dua helai telekung sembahyang, empat helai kain dan empat helai baju blouse. Jika  dihimpunkan persalinan persalinan kami, sudah cukup untuk dimuatkan ke dalam satu beg besar beras atau lebih mesra dipanggil ‘hand luggage’ itu saja. Hand luggage itu pula kemudian dimasukkan ke dalam beg besar tivi pulak. Ia ibarat memasukkan beg ke dalam beg.

*****

Tolak dua beg sandang yang kami berdua galas, tinggal dua beg besar tivi saja yang diletakkan ke dalam bonet belakang Nissan Navara abang ipar saya. Petang itu tenang sahaja. Tak ada eksiden atas jambatan. Walaupun ada segelintir dua kereta yang memandu perlahan di atas lorong kanan abang ipar saya cekap memandu Nissan Navaranya. Berkat kecekapannya, kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud tepat pukul 5.17 petang. Waktu yang ideal untuk check in bagasi.
Untuk ke kaunter check in bagasi, terlebih dahulu kami diiminta untuk meletakkan beg kami ke atas landasan beg yang begerak sendiri ke dalam satu mesin. Ada seorang pegawai airport yang berpakaian seperti polis menunggu di atas kerusi sambil melihat satu skrin di sebelah mesin tersebut dan sambil kadang kadang bermain wassap. Setelah beg kami melalui mesin tersebut, satu sticker ditampal pada beg kami menandakan beg kami lulus untuk beratur ke kaunter check in bagasi.
Di kaunter check in bagasi, kami disambut oleh seorang kerani yang berwajah manis. Beg yang kami bawa tu pula kemudiannya diletakkan pula ke satu lagi landasan beg sebelah kaunter kerani itu. Cuma kali ini, bila beg beg itu diletakkan ke atas landasan tersebut, jumlah berat beg itu keluar pada satu skrin kecik di atas kaunter. Lega rasanya bila  beg kami tak mencecah had muatan yang dibenarkan. Selepas kerani berwajah manis itu melekatkan sticker panjang pada beg tersebut, beg tersebut bergerak sendiri dibawa arus landasan beg yang menuju entah ke mana mana. Segan pula saya nak tanya beg itu pergi ke mana. Pakcik sebelah saya rileeek je saya tengok. Takkan anak muda macam saya nak menggelabah pula? Tak rock la.

******

20 minit lagi hendak berlepas, satu pengumuman dikeluarkan untuk meminta penumpang pesawat seperti kami masuk ke balai berlepas. Sempat kami bersalaman dan mengambil gambar kenangan bersama ahli keluarga sebelum melangkah ke balai berlepas. Setibanya ke dalam balai berlepas, sekali lagi kami diminta meletakkan beg sandang kami pula ke atas landasan beg. Sementara kami pula diminta untuk melalu satu pintu gerbang plastic yang mempunyai lampu pada sisinya.

“tit tit tit”

Muka saya tiba tiba berubah. Gampa apa pula bunyi ni? Pegawai airport yang ada kat depan saya tanya. “Ada henfon ke?” Saya seluk saku dan cuba menghulurkan henfon kepadanya. Dia geleng kepala dan tunjukkan ke arah landasan beg tadi. Saya lagi keliru dan berdebar  tak tahu nak buat apa. Mujur pegawai yang duduk atas kerusi yang menjaga mesin landasan beg tersebut menyuruh saya meletakkan henfon ke atas landasan beg itu. Tak sangka saya. Belum naik kapal terbang lagi,sudah diuji dengan dugaan yang sebegini memalukan. Hilang selera  saya hendak berjalan macam Leonardo di Caprio sambil membetulkan tali leher.


Bersambung…

Selasa, 14 Mac 2017

Perjalanan ke Tanah Suci. Episod 1

Tinggal tiga hari lagi masa untuk kami berangkat ke Tanah Suci. Isteri saya cemas tak sudah kerana kami belum lagi dimaklumkan visa yang dipohon bagi pihak kami telah lulus atau tidak. Kami bimbang jika visa tidak lulus, takut mengalir air mata saja di lapangan kapal terbang. Jadi, Sabtu itu kami mengambil peluang untuk kembali ke pejabat Andalusia di Bangunan Perniagaan Paya Keladi. Senang cerita, tepi Nevandas.

Di samping mengetahui status visa kami, kami mengambil peluang untuk memantapkan lagi pengetahuan umrah kami setelah satu kursus umrah dan berbelas belas klip Youtube kami tonton. Bagi yang berminat untuk mengetahui selok belok umrah, setiap hari Sabtu, pihak Anadalusia mengadakan satu ceramah umrah dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 12 tengahari.

Kebetulan pada hari itu, yang kasi ceramah ialah satu ustaz muda yang kakinya telah putus sebelah kerana kemalangan. Berbeza dengan ustaz yang telah saya hadiri dua minggu sebelum ini, ustaz kali ini lebih energetik penyampaiannya. Saya tak ingat sangat isi ceramahnya. Yang saya ingat pun kisah dia kemalangan, putus kaki dan koma selama beberapa bulan. Dia tambah lagi dengan bangga, walaupun kakinya telah putus, tapi dia masih mampu untuk membenihkan enam orang anak. Beliau berkongsi rahsia kepada audien yang beliau mampu mempunyai anak sebanyak itu kerana mengamalkan makjun orang kampung ubi jaga. Saya pun tak pasti apa kaitan umrah dengan ceritanya mengenai makjun tersebut. Tapi yang pasti saya kena tanya kawan kawan penguatkuasa farmasi terlebih dahulu adakah makjun yang ustaz itu bagitahu selamat ke tidak untuk dimakan. Setahu saya kebanyakan makjun mencampurkan Viagra (sildenafil) untuk menguatkan tenaga batin.
Alamak, macam jauh je cerita saya ni.

Berbalik kepada status visa kami, Alhamdulillah visa kami telah lulus dan kami selamat untuk terbang ke Arab Saudi. Brader Andalusia suara Fizz Fairuz ada bertanyakan saya bagaimana jalan kami untuk ke KLIA2 nanti? Kami sebenarnya  sebelum ini sudah memlih menggunakan pengangkutan udara untuk ke sana. Terima kasih kepada asas Bahasa Inggeris saya yang membantu kami untuk menempah tiket kapal terbang gaya atas talian. Walaupun mungkin kebanyakan orang sudah biasa membuat tempahan tiket kapal terbang, tapi jauh di sudut hati saya, saya sebenarnya tak sangka pencapaian saya mampu pergi ke setahap ini. Menempah tiket kapal terbang secara atas talian. Sesuatu yang tak pernah ada dalam kepala saya.

Cuma yang membuatkan saya cemas apabila brader Andalusia Fizz Fairus mula sebut tentang check in online, check in bagasi, boarding pass, dan sebagainya. Paling last saya naik kapal terbang ialah masa darjah lima, lima belas tahun yang lepas. Masa tu tak tahu benda. Jadi bila brader ni ungkit perkataan perkataan macam tu, ia sangat asing bagi saya. Saya menelan air liur beberapa kali. Saya ingatkan naik kapal terbang ni sama macam naik bas.

Saya tak nak  nampak slow sangat di hadapan isteri dan brader Andalusia tu, saya buat buat tenang seperti semua keadaan adalah terkawal. Mereka tidak tahu, di sebalik debaran itu, saya mula bertanyakan melalui perisian whatsapp kepada empat orang secara personal.  Hendak tanya dalam grup kan nampak saya ni kodi sangat. Segan juga saya. Kritik sistem itu, kritik sistem ini, bukan main eksyen lagi. Tapi nak naik kapal terbang pun tak reti.

Tiga daripadanya ialah rakan saya di UIA dulu. Zaiful Ashraf, Ayzat Jaafar dan Aliff Haikal. Saya bertanya kepada ketiga tiga orang ini kerana saya yakin mereka bertiga pernah naik kapal terbang selain mereka bertiga ini tidak kuat memtertawakan orang. Dalam situasi berdebar, saya tak suka jika ditertawakan orang. Malah, imej mereka bertiga yang memakai cermin mata menguatkan lagi firasat saya bahawa ketiga tiga orang ini adalah pilihan yang tepat.

Seorang lagi yang saya tanya ialah Encik Bakhtiar yang tiba tiba tanya soalan kepada saya mengenai stok ubat di farmasi klinik Marang. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, saya terus membalas dengan soalan kepada beliau mengenai cara cara menaiki kapal terbang. Encik Bakhtiar seorang yang berpengelaman luas selain dia sendiri pun baru sahaja pulang dari umrah beberapa bulan yang lepas. Keempat keempat orang itu saya bertanya dengan soalan yang sama dengan menggunakan teknik copy paste. “Salam maaf ganggu. Macam mana nak check in nak naik kapal terbang? Tolong weh, aku first time ni naik kapal terbang. Nak naik lusa ni. Apa perlu aku buat?”

Alhamdulillah. Kesemua empat empat rakan saya membalas dengan jawapan yang hampir sama. Boleh check in secara online mahupun menggunakan kiosk di lapangan terbang. Mereka turut menasihatkan untuk tiba di airport dua jam sebelum berlepas untuk urusan check in bagasi. Kini saya sudah separuh lega. Jalan jalanya mungkin saya boleh bayangkan sedikit. Cuma tunggu pelaksanaannya sahaja. Mampukah kami melestarikan tugasan ini?


Isnin, 13 Mac 2017

Perjalanan ke Tanah Suci: Sebuah prolog yang panjang.

“Andalusia?” Tanya isteri saya separa teruja. Saya tak menjawab lagi kerana mata saya fokus pada cermin sisi kereta takut takut keluar parking terlanggar tong sampah. Saya pun tak tahu dalam MBKT, jabatan mana yang tak berapa cerdik ni. Sama ada jabatan hal ehwal sampah yang letak tong sampah besar dekat parking atau jabatan hal ehwal parking yang letak kotak parking bersambung dengan tong sampah. Nasib baik saya memang dari dulu bawak kereta terer macam Rosyam Nor.

“Boleh juga.” Jawab saya sebelum berhenti lampu merah depan KFC Masjid Putih. Sebelum isteri tanya macam tu, sudah tiga syarikat pelancongan sudah kami pergi. Satu atas Bank Tabung Haji, entah apa nama syarikat tu. Dan dua lagi atas Wisma Kokitab, Syarikat Rayhar dan Syarikat Yaskin. Tapi ketiga tiga syarikat tersebut tidak menepati status kewangan kami, melainkan Andalusia yang memberi harga pakej termurah, RM 5 790 untuk bilik berdua walaupun kami tahu kami akan berdepan dengan risiko hotel yang jaraknya bapak jauh selain menaiki pesawat Air Asia yang kebanyakan orang cakap kerusinya yang boleh mendatangkan serban kaki dan sakit belakang.
Sebelum kami memutuskan untuk memilih Andalusia, kami sebenarnya singgah dulu di Al Quds Travel dekat Chabang Tiga. Belum sempat pun kami jejak kaki untuk menaiki tangga, kami terbaca kain bantingnya. Kami menelan air liur dan kami bertekad untuk memilih Andalusia sebagai ejen Umrah kami.

Kebetulan pada hari itu saya ambil cuti hendak teman isteri saya menghadiri temuduga. Jadi, sebelum orang ramai berpusu pusu balik kerja, kami berpatah semula ke arah Bandar untuk mengeluarkan wang simpanan kami. “ Biasanya deposit tiga ratus sahaja. Tapi sebab encik memilih tarikh tak sampai sebulan lagi hendak pergi, encik kena bagi RM3 000” Terngiang ngiang lagi suara Fizz Fairus brader Andalusia yang begitahu tadi. Kami memlih 1 Mac sebagai tarikh permulaan Umrah. Ada dua sebab tarikh itu yang menjadi pilihan. Satu sebab tarikh itu jatuh pada hari Rabu. Jika saya sudah berada di Mekah pada hari Rabu, kami akan berpeluang untuk sempat dua kali jumaat di sana. Satu di Masjidil Haram dan satu ni Masjid Nabawi. Cuba bayangkan kalau kami sempat keluar ke masjid awal untuk solat Jumaat, entah berapa ribu ekor unta merah dah kami dapat. Sebab kedua pula, isteri saya risau kalau dia dipanggil untuk masuk bekerja pada awal April. Bimbang tak sempat pergi umrah ini. Bagi saya, alasan pertama itu sudah terlalu solid mengapa kami memilih 1 Mac sebagai pilihan kami.

Sebelum azan Asar berkumandang, kami selesai membuat bayaran dan mendapatkan resit. Tapi perjalanan kami belum berhenti lagi. Ada empat lagi perkara yang kami kena buat sebelum esok supaya harapan kami untuk terbang ke Mekah pada 1 Mac menjadi kenyataan. Membuat passport, membuat gambar visa, membuat buku vaksin, dan mendapatkan sijil nikah di pejabat agama. Salinan sijil  nikah adalah benda yang paling berdebar buat kami. Baru setahun berkahwin, tapi dah tak tahu letak kat mana. Berpeluh saya memecut kereta ke Pejabat Agama depan Mahkamah tu. Nasib kami baik sebab sijil nikah terus kami dapat dengan harga lima ringgit walaupun kami dimomokkan oleh rakan rakan whatsapp yang sijil nikah kalau hilang kurang kurang kena tunggu seminggu untuk dapatkan semula. Setelah mendapatkan satu salinan dengan cop biru (syarat visa), kami pulang dengan rasa lega.

Sebelah malam pula, pujian yang kecil harus diberikan kepada Dato Seri Najib. Walaupun dicelah celah skandal yang berbilion ringgit, sempat juga Dato Seri Najib membina UTC yang memainkan peranan penting dalam pembikinan passport kami pada malam itu. Kalau tiada UTC, tak sempat kami nak mengejar nak buat Passport lagi nak ambil sjil nikah lagi. Kalau pemanduan kereta saya sehebat arwah Paul Walker pun belum tentu saya boleh kejar kedua  dua tempat itu sebelum pukul 5 petang. Korang bukan tak tahu, orang Terengganu macam mana slow dia bawak kereta dekat lane kanan. Di pejabat imigresen, empat ratus ringgit kami hulurkan untuk kedua dua passport selama lima tahun tempoh.

Setelah selesai ambik gambar di pejabat imigresen, kami memecut pula ke Klinik Ummi Azizan untuk cucuk vaksin meniggococoal. Perjalanan ke klinik Ummi Azizan penuh debaran juga. Sebab orang kata pukul 9.30 malam, dia sudah tak terima mana mana pesakit. Kami sampai di klinik sebelah Masjid Putih itu melewati jam 9.00 . Tapi orang yang beratur nak tunggu masuk bilik doktor pun bukan main ramai. Sampaikan ada satu makcik tu, siap tidur lagi dalam kereta.  Kami melangkah masuk ke pintu klnik dengan penuh harapan. Tapi makwe kerani yang menjaga kaunter sudah menolak perdaftaran kami. Entah seperti Tuhan ingin menjemput kami ke Tanah Suci-Nya, Dr Ummi Azizan dengan budi baiknya tetap menerima kami dan mendapat nombor 40 manakala nombor giliran waktu tu nombor 19. Pheww.

Kami selamat menyucuk vaksin tersebut pada harga RM 130 setiap seorang. Sebelum pulang, kami singgah dahulu di pejabat imigresen di atas UTC untuk mendapatkan passport kami. Alhamdulillah, keempat empat tugasan kami pada malam itu beres dan kami tidur sedap pada malam itu. Besoknya kami perlu kepilkan saja untuk hantar kepada brader suara Fizz Fairus tu.

Bersambung..