“Kita akan tiba di miqat satu jam lagi.” Tiba tiba deruman
enjin kapal terbang disusuli dengan satu suara dari corong pembesar suara. Saya
berasa lega. Saya sebenarnya bimbang dan tak senang tidur bila selepas makan, tak ada mana mana
pengumuman mengenai miqat seperti yang ustaz bagitahu. Takut juga saya kalau
kalau jururterbang terlupa hendak bagitahu miqat kat mana. Lepas tu tak pasal
pasal kami semua terlepas niat dan kena dam (denda).
Miqat secara mudahnya ialah sempadan antara tanah halal dan
tanah haram Makkah. Bagi orang luar yang ingin masuk ke Makkah, mereka kena
pakai ihram dulu dan berniat umrah sebelum melangkah ke tanah haram. Untuk yang
datang dari Malaysia atau dari arah Timur Makkah, sempadan tanah halal dan
haram terletak di Qarnul Manazil. JIka hendak ikut sejarah, Rasulullah lah yang
menetapkan Qarnul Manazil sebagai tempat miqat bagi penduduk Najed. Secara
geografi dan matematik, Qarnul Manazil ini terletak di arah timur Makkah sejauh
90KM dan merupakan salah satu laluan kapal terbang dari Malaysia menuju ke
Jeddah. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang membayar GST walaupun tak ada kena
mengena, hendak tak hendak kami wajib untuk berniat umrah sebelum melepasi
sempadan Qarnul Manazil.
Setelah setengah jam, juruterbang kasi lagi satu pengumuman,
“Setengah jam lagi kita akan tiba lagi di miqat.” Masa tu saya dah tak lena
tidur. Selain dari sebab kerusi Air Asia yang tidak sedap, saya bimbang takut
tidak sempat berniat. Bila juruterbang kasitau “Lima minit lagi kita akan tiba
di Miqat” barulah saya mula berniat.
“Sahaja aku membuat umrah dan berihram dengannya. JIka ada
uzur syarie yang menghalang untuk aku menyempurnakan umrah ini. Maka aku jadi
halal kerana Alllah taala.”
Saya berasa lega satu urusan yang penting dalam ibadah umrah
saya mampu lakukan dengan jayanya. Malah saya siap tambah niat bersyarat. Kata
ustaz, elok juga kalau niat bersyarat, takut takut nanti kita koma, pengsan,
eksiden, dan sebagainya. Sekurang-kurangnya sudah terlepas kita dari ihram. Tak
perlu risau untuk buat tiga belas larangan semasa ihram seterusnya terlepas
dari membayar dam.
Dalam sepuluh minit kemudian, satu pengumuman bahawasanya kapal
terbang akan turun mula kedengaran. Pramugari dan pramugara mula berjalan
sekeliling dan cek supaya kerusi tegak dan tali pinggang dipakai. Ada satu
pakcik tu kena sound supaya tingkap dibuka. Berkerut dahi pakcik tu. Saya suspek
pakcik tu sama macam saya kali pertama
naik kapal terbang. Rasa gayat dan kecut perut pun ada juga bila kapal terbang
menjunam ke bawah kemudian cecah jalan raya. Macam naik roller coaster. Tapi
saya tengok kelilingn termasuk pakcik yang kena sound semua muka selamba je, saya
pun buat selamba juga. Entah entah semua pun sebenarnya segan hendak buat muka
berdebar.
Apabila sampai dekat Lapangan Terbang King Aziz Jeddah, mula
mula sekali yang saya nampak ialah bendera Arab Saudi. Terus saya terbayang
pasukan Arab Saudi yang dibelasah 8-0 masa lawan Jerman Piala Dunia 2002.
Selepas itu saya nampak pula sebuah bas yang berbadan besar,
tapi rendah. Saya terfikir, macam ni ke kendaraan kat Negara orang?
Bersambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan