“Andalusia?” Tanya isteri saya separa teruja. Saya tak
menjawab lagi kerana mata saya fokus pada cermin sisi kereta takut takut keluar
parking terlanggar tong sampah. Saya pun tak tahu dalam MBKT, jabatan mana yang
tak berapa cerdik ni. Sama ada jabatan hal ehwal sampah yang letak tong sampah
besar dekat parking atau jabatan hal ehwal parking yang letak kotak parking
bersambung dengan tong sampah. Nasib baik saya memang dari dulu bawak kereta
terer macam Rosyam Nor.
“Boleh juga.” Jawab saya sebelum berhenti lampu merah depan
KFC Masjid Putih. Sebelum isteri tanya macam tu, sudah tiga syarikat
pelancongan sudah kami pergi. Satu atas Bank Tabung Haji, entah apa nama syarikat
tu. Dan dua lagi atas Wisma Kokitab, Syarikat Rayhar dan Syarikat Yaskin. Tapi
ketiga tiga syarikat tersebut tidak menepati status kewangan kami, melainkan
Andalusia yang memberi harga pakej termurah, RM 5 790 untuk bilik berdua
walaupun kami tahu kami akan berdepan dengan risiko hotel yang jaraknya bapak
jauh selain menaiki pesawat Air Asia yang kebanyakan orang cakap kerusinya yang
boleh mendatangkan serban kaki dan sakit belakang.
Sebelum kami memutuskan untuk memilih Andalusia, kami sebenarnya
singgah dulu di Al Quds Travel dekat Chabang Tiga. Belum sempat pun kami jejak
kaki untuk menaiki tangga, kami terbaca kain bantingnya. Kami menelan air liur
dan kami bertekad untuk memilih Andalusia sebagai ejen Umrah kami.
Kebetulan pada hari itu saya ambil cuti hendak teman isteri
saya menghadiri temuduga. Jadi, sebelum orang ramai berpusu pusu balik kerja,
kami berpatah semula ke arah Bandar untuk mengeluarkan wang simpanan kami. “
Biasanya deposit tiga ratus sahaja. Tapi sebab encik memilih tarikh tak sampai
sebulan lagi hendak pergi, encik kena bagi RM3 000” Terngiang ngiang lagi suara
Fizz Fairus brader Andalusia yang begitahu tadi. Kami memlih 1 Mac sebagai
tarikh permulaan Umrah. Ada dua sebab tarikh itu yang menjadi pilihan. Satu
sebab tarikh itu jatuh pada hari Rabu. Jika saya sudah berada di Mekah pada
hari Rabu, kami akan berpeluang untuk sempat dua kali jumaat di sana. Satu di
Masjidil Haram dan satu ni Masjid Nabawi. Cuba bayangkan kalau kami sempat
keluar ke masjid awal untuk solat Jumaat, entah berapa ribu ekor unta merah dah
kami dapat. Sebab kedua pula, isteri saya risau kalau dia dipanggil untuk masuk
bekerja pada awal April. Bimbang tak sempat pergi umrah ini. Bagi saya, alasan pertama
itu sudah terlalu solid mengapa kami memilih 1 Mac sebagai pilihan kami.
Sebelum azan Asar berkumandang, kami selesai membuat bayaran
dan mendapatkan resit. Tapi perjalanan kami belum berhenti lagi. Ada empat lagi
perkara yang kami kena buat sebelum esok supaya harapan kami untuk terbang ke
Mekah pada 1 Mac menjadi kenyataan. Membuat passport, membuat gambar visa,
membuat buku vaksin, dan mendapatkan sijil nikah di pejabat agama. Salinan
sijil nikah adalah benda yang paling
berdebar buat kami. Baru setahun berkahwin, tapi dah tak tahu letak kat mana.
Berpeluh saya memecut kereta ke Pejabat Agama depan Mahkamah tu. Nasib kami
baik sebab sijil nikah terus kami dapat dengan harga lima ringgit walaupun kami
dimomokkan oleh rakan rakan whatsapp yang sijil nikah kalau hilang kurang
kurang kena tunggu seminggu untuk dapatkan semula. Setelah mendapatkan satu
salinan dengan cop biru (syarat visa), kami pulang dengan rasa lega.
Sebelah malam pula, pujian yang kecil harus diberikan kepada
Dato Seri Najib. Walaupun dicelah celah skandal yang berbilion ringgit, sempat
juga Dato Seri Najib membina UTC yang memainkan peranan penting dalam
pembikinan passport kami pada malam itu. Kalau tiada UTC, tak sempat kami nak
mengejar nak buat Passport lagi nak ambil sjil nikah lagi. Kalau pemanduan
kereta saya sehebat arwah Paul Walker pun belum tentu saya boleh kejar
kedua dua tempat itu sebelum pukul 5
petang. Korang bukan tak tahu, orang Terengganu macam mana slow dia bawak
kereta dekat lane kanan. Di pejabat imigresen, empat ratus ringgit kami
hulurkan untuk kedua dua passport selama lima tahun tempoh.
Setelah selesai ambik gambar di pejabat imigresen, kami
memecut pula ke Klinik Ummi Azizan untuk cucuk vaksin meniggococoal. Perjalanan
ke klinik Ummi Azizan penuh debaran juga. Sebab orang kata pukul 9.30 malam,
dia sudah tak terima mana mana pesakit. Kami sampai di klinik sebelah Masjid Putih
itu melewati jam 9.00 . Tapi orang yang beratur nak tunggu masuk bilik doktor pun
bukan main ramai. Sampaikan ada satu makcik tu, siap tidur lagi dalam kereta. Kami melangkah masuk ke pintu klnik dengan
penuh harapan. Tapi makwe kerani yang menjaga kaunter sudah menolak perdaftaran
kami. Entah seperti Tuhan ingin menjemput kami ke Tanah Suci-Nya, Dr Ummi
Azizan dengan budi baiknya tetap menerima kami dan mendapat nombor 40 manakala
nombor giliran waktu tu nombor 19. Pheww.
Kami selamat menyucuk vaksin tersebut pada harga RM 130
setiap seorang. Sebelum pulang, kami singgah dahulu di pejabat imigresen di
atas UTC untuk mendapatkan passport kami. Alhamdulillah, keempat empat tugasan
kami pada malam itu beres dan kami tidur sedap pada malam itu. Besoknya kami
perlu kepilkan saja untuk hantar kepada brader suara Fizz Fairus tu.
Bersambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan