Sabtu, 29 Ogos 2009

Disiplin Masa

"Kami wira, wirawati negara..", kedengaran bunyi nada dering telefon pintar HP gua. Tersentak dengan bunyi tersebut, gua pun terjaga dari tidur lantas menekan butang hijau pada telefon itu dengan tujuan menyahut seruan yang telah menggangu ibadah tidur gua.

"Wei, ko katne?!", Tanya Shauqat.(Dengan nada cemas)
"Kat bilik.." Gua balas selamba.
"Wei, cepat a datang kelas!"
"Okay2...".

Sejurus gua tekan butang merah, satu lagi panggilan diterima oleh gua.

"Wei, ko katne? cepat a datang kelas..!" Kali ini, Sirap pula bertanyakan soalan tersebut. (Juga dalam nada cemas)
"Okay2, aku kat bilik lagi.."

Gua pun terus je tekan butang merah. Secara automatik, gua pun terlihat jam yang terpampang di muka hadapan telefon gua. "Ya allah, pukul 9.58.." Berkata hati gua dalam nada cemas yang amat. Gua tahu, jikalau jam telefon pintar gua menunjukkan 9.58, ini bermakna waktu sebenar ialah pukul 10.03. Gua telah lambat selama tiga minit, kalau diikutkan, gua akan skip je kelas satu jam tersebut. Tapi disebabkan gua kena buat satu2nya presentation pada hari tu bersama Shauqat, Sirap, dan Syazwan Hafiz, gua terus bergegas mengambil keperluan mandi gua yang hanya terdiri daripada sabun buku dan berus gigi yang telah dicaletkan dengan ubat gigi Safi (Rockers mana pakai pencuci muka ngan syampu) dan terus ke bilik mandi.

Selepas memberus gigi sambil melihat wajah tampan gua dalam cermin, gua terus mandi dengan begitu pantas tanpa melumurkan sabun, sebab sabun gua dah terpelosok ke bilik mandi sebelah masa gua ambik nak lumur kat badan gua. Gua rasa, gua hanya mengambil masa 30 saat untuk menghabiskan sesi mandi gua pada pagi tu.

Masuk bilik gua, selepas mengenakan Rexona pada tempat kritikal gua, gua menyarungkan baju dan seluar yang gua dah pakai semalam (Gua dah takde masa nak cari baju gua dalam almari). Gua hanya melihat saja Brylcream yang awal2 lagi telah disediakan Mubin dalam almari gua, kerana pada firasat gua, 4 step itu (1. Buka penutup 2. Ambik sedikit krim 3. Tutup penutup 4. Melumurkan krim pada rambut ala2 gaya model iklan Brylcream buat), mampu mencuri masa gua yang telah lama habis.

Gua pun bergerak ke kelas dengan begitu pantas melanggar norma kebanyakan rakyat Malaysia pada bulan puasa. Pada masa tu, jikalau Juliana Evans sekalipun senyum sambil melambai2 kat gua, gua tidak akan mempedulikannya. Pukul 10.16 (Rekod 3 minit perjalanan gua dari asrama ke kelas), gua pun tiba kat kelas. Gua dapat melihat Sirap dengan muka masam persis Maya Karin dalam cerita pontianak melihat gua melalui cermin tingkap lutsinar yang terdapat kat bangunan tu. Gua pun masuk ke kelas, ye la..., takkan gua nak patah balik kot.

" Sori Madam.."
" Kenapa awak lewat?!"
" Tertidur Madam.."
" Tertidur..?!. Boleh awak kata begitu, kitorang dah tunggu awak 15 minit untuk buat presentation. Sekarang baru awak datang. Nah ambik Quiz ni, kita tunda presentation group awak minggu depan.."
" Sori Madam, tenkiu..".

Dengan perasaan malu yang menebal, gua pun duduk di sebelah Syazwan Hafiz (untuk meniru) untuk menjawab kuiz chapter 7 Bio II secara zahirnya.

Habis kuiz, madam pun takde cerita lain, lecture pasal disiplin masa kat kitorang sekelas. Madam secara terang2an merujuk kat gua. " Shfq (Nama sebenar gua, susahkan nak sebut..?) ni memang selalu lewat, tapi orang lain pun ada jugak yang datang lewat..". Madam gua sambung lagi, " Disiplin masa tu penting...". "Lepas ni saya harap semua boleh datang awal.." Ada lagi, tapi gua dah lupa. Bab2 masa ni, gua tak ambik port mana sebab isi dia lebih kurang sama je ngan mana2 nasihat masa yang lain.


Habis kelas, gua pun tolong Madam kemaskan projectornya, sebagai strategi ambik hati sehinggakan gua terlewat untuk ke kelas seterusnya. Hehe..

Gua jugak lewat menghadiri kelas pada petangnya. Ini bermakna nasihat Madam gua tak dapat memecah keegoan gua sebagai seorang mahasiswa Malaysia..Hehe.., sori ye Madam..


" Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.."


1 ulasan:

  1. haha.. Rock a luu..
    gua pun selalu je datang lewat ke kelas..
    kita serupa..kita serupa...

    BalasPadam