Sabtu, 22 Ogos 2009

Ramadhan kembali

Selamat berpuasa. Bila Ramadhan datang ni, banyak la adegan-adegan rakyat Malaysia ni berubah..

  1. Ini memang perkara biasa. Semua kerja jadi macam lambat je. Puak-puak ni macam ada takuk je masa nak buat kerja,macam ada je benda yang sekat masa nak buat kerja. Mata takyah nak cakap a, memang kuyu habis, kalah Kurt Cobain yang tengah layan lagu Smells like teen spirit. Puasa bai,puasa..
  2. Kalau sebelum-sebelum ni, masuk tengahari je, mesti ramai mamat-mamat pejabat lepak kedai mamak pekena kari sambil sedut dan hembus asap rokok. Tapi bila masuk Ramadhan ni, port dah bertukar, mereka lebih memilih surau-surau atau masjid-masjid sebagai destinasi pilihan. Kalau yang jenis alim tu dia akan mengaji, tapi biasanya lebih ramai orang menikmati mimpi tengah hari daripada orang mengaji. Tempat lentok mesti tempat yang masyuk-masyuk, apa barang tidur atas meja pejabat.
  3. Bagi minah-minah pejabat, perbincangan mereka yang dulu rancak mengenai artis-artis ataupun tentang bedak sejuk yang paling mujarab, telah berubah topik. Mereka lebih berminat untuk berbincang tentang resipi daging masak kurma untuk juadah berbuka. Kalau yang lebih advance, mereka akan berbincang pasal langsir,kusyen, baju raya, ataupun perabot baru (matlamat jangka panjang). Yang busuk, mulut! jiwa tetap jiwa sembang.
  4. Yang ni paling best. Gua pun tak tahu apa sumpahan yang telah terkena kat mamat dan minah Malaysia ni. Kalau bulan Ramadhan je, gerai murtabak yang dulu suram persis rumah dalam drama keliwon, tak semena-mena jadi meriah. Kalau pergi bazaar je, mesti beli murtabak. Kalau dulu, abang-abang murtabak nak kasi murtabak laku, memang perit. Nak isi minyak motor pun susah. Tapi bila Ramadhan, nah, untung dia sampai boleh bayar muka perodua viva! Senyum bini kat rumah.. Rezeki bang, rezeki...
  5. Ramadhan gak beri keinsafan kepada kutu-kutu lepak kat hujung kampung. Bila Ramadhan je, puak ni menjadi lebih berwawasan. Kalau pergi bazaar, nampak a muka puak ni jual air tebu dengan air soya. Air dua jenis je, tapi tukang jaganya mau kat empat lima orang. Takpe-takpe, kurang-kurang duit untung boleh angkat Levis 501 bundle dengan baju melayu sepasang. Raya kena stailo, baru la boleh buat modal nak ngorat awek zaman sekolah dulu...
  6. Yang ni memang bagus. Kalau lu perasan, bila Ramadhan, ramai abang bazaar pakai kopiah masa jaga gerai. Ikut sunnah nabi ni memang disuruh la masa bulan puasa ni. Sampai mamat yang pakai baju Slayer pun pakai kopiah, termasuk la kutu-kutu berwawasan yang jual air tu..
Ada banyak lagi adegan yang best masa bulan puasa ni,tapi gua takde masa nak tulis banyak-banyak. Lu yang baca blog ni, tambah la adegan-adegan yang best dalam lu punya comment..

p/s: Best kan rakyat Malaysia..? Yeah, hidup rakyat Malaysia...!

1 ulasan: