Isnin, 24 Ogos 2009

"Kita adalah apa yang kita makan" -2

Pagi tadi gua bangun sahur lewat. Tapi, disebabkan gua nak ambik sunnah sahur, gua berat2 pun turun jugak pergi cafe. Sampai cafe, macam biasa, gua kena bersaing dengan ramai rakyat Malaysia yang berjiwa Malaysia sejati. Ye la, skill buat kerja last minute. Tapi nasib gua baik, gua sampai2 je, gua takyah tunggu lama2 untuk sampai turn gua ambik nasik, lepas 2,3 orang, turn gua pulak..

Jikalau awal perjalanan bermula dengan baik, tak semestinya flow perjalanan tu sentiasa baik. Lepas selesai membayar nasik berlaukkan telur mata masak kuning yang berharga dua ringgit, gua cari a port makan yang sesuai ngan gua. Masa ni, nasib gua okay lagi, gua boleh port depan member gua yang turut kena tinggal ngan member bilik dia. (Kira nasib kitorang serupa la..). Lepas baca Bismillah untuk ambik berkat, gua suap nasik tu. "Pergh..., nasik tak masak...! Cilakak! " luah perasaan gua kat member gua. Kalau kat Terengganu, kes nasik tak masak ni, orang panggil, nasik khertuk. Kalau bahasa kamus gua tak tahu pulak orang panggil apa, sebab time belajar Bahasa Melayu dulu, tak pulak jumpa kes nasik tak masak dalam karangan ke.., dalam sajak ke.., novel pun tak ada. Tapi disebabkan gua dah bayar RM2, gua pun habiskan jugak nasik tu..

Masa gua tulis ni, gua masih lagi seorang manusia yang berjiwa Malaysia, tapi kalau gua jadi benda lain sebelum gua berbuka, sebelum gua makan benda lain..., siap lu Mak Cik Aika...!

1 ulasan:

  1. mcm xbiase je mkn nsi x msk ni
    haha
    org da kte kn bln posa ni kene byk sabar
    so byk2 la bersabar

    BalasPadam