Sabtu, 29 Ogos 2009

Orang Yang Paling Bijak

Ketelanjuran gua terlajak bas ke Kuala Terengganu (Sebenarnya, dari KL ke K. Terengganu, gua sepatutnya berhenti kat Marang sebab rumah bonda gua duduk kat daerah Marang), gua lepak kat Masjid Putih yang berwarna putih yang tidak jauh dari perhentian bas Bandaraya Kuala Terengganu. Lepas gua solat Subuh, gua tidak bercadang untuk berpatah balik ke perhentian bas. Pada pandangan gua, ia adalah satu kerja gila, sebab gua kena tunggu bas selama tepat dua jam lebih memandangkan bas hanya akan tiba pada pukul lapan, itupun jika gua benasib baik. Lebih2 lagi pada bulan puasa, dah la takleh makan, kalau ada shopping complex kat K. Terengganu pun, nescaya ia masih belum dibuka..

Jadi, gua mengambil keputusan untuk terus duduk dalam masjid sambil mendengar kuliah Subuh Jumaat sambil gua main game Bubble Breaker dalam telefon pintar gua. Seperti biasalah, Jumaat pertama Ramadhan, mesti Ustaz2 semangat lagi nak cerita pasal Ramadahan. Isi2 yang terdapat masa kuliah tu, semua terkena kat gua.. Gua listkan antara isi2 kuliah tersebut..
  1. Kita kena berasa samada puasa kita diterima atau tidak masa lepas berbuka. Kita takleh rasa puasa kita okey je.. Kena muhasabah. Satu das kena kat gua.
  2. Kita kena buat kerja2 yang berfaedah je masa bulan puasa. Kerja yang takde manfaat jangan dibuat langsung. Dua das..
  3. Daripada kita berbual kosong atau mengata kat orang lain, kita mesti lari daripada tu dan berzikir mengingati Allah. Mengaji juga dikira berzikir. Tiga das..
  4. Jiwa kita mesti ingat kat Allah je. Jangan kita memikirkan apa yang kita nak beli untuk buat berbuka nanti je, sebab Allah dah sediakan rezeki untuk kita. 4 das..
  5. Kita mesti berwaspada dalam memilih makanan untuk berbuka. Jangan main hentam je.. Takut2 kita makan makanan haram ataupun syubhah masa kita berbuka nanti. Kalau tidak, seharian kita berpuasa, boleh menjadi rosak masa kita berbuka. (Ustaz ada memberikan contoh mengenai pasar malam. Ustaz menyarankan untuk makan makanan sendiri..). 5 das gua kena..

Gua termenung sejenak mendengar kuliah tersebut. Memang insaf.. Sebenarnya banyak lagi isinya, tapi yang lain semua berkaitan dengan lima di atas.. Lagipun, gua dah lupa..hehe

Dalam isi kuliah tersebut, ustaz ada menceritakan kisah seorang tua yang uzur sedang berpuasa. Dia dinasihatkan oleh anaknya supaya berehat sahaja daripada berpuasa dan cuma membayar fidyah. Jawab orang tua yang uzur itu, "Aku lebih rela berlapar sementara di dunia daripada aku terus berlapar selama2nya suatu hari nanti.." Ustaz kata, orang begini adalah orang yang paling bijak kerana dia mengingati tentang mati...

Daripada cerita tu, gua dapat ilham untuk postkan perkara sebegini. Manalah tau benda ni mampu untuk kita sama2 jadikannya sebagai bekalan untuk hari yang kekal nanti.. Insya Allah..., sama2lah kita berdoa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan