Rabu, 12 November 2014

Sebuah Kisah yang tak seram sangat dan ada kaitan dengan JPJ. Tapi, sikit-sikit je la.

2012.Kuantan

Hujung minggu tu saya balik Terengganu pakai kereta akak saya. Bila saya balik semula ke Kuantan, jam masa tu dah pukul 2 pagi. Saya terus ke rumah akak saya dekat Taman Kamunting, dekat dengan kuil Hindu tu. Kerana saya berotak geliga, saya dah stenbai saya punya motor vespa dekat rumah akak saya tu. Lepas hantar kereta, saya terus boleh bawak vespa balik ke Indera Mahkota 2, tempat tinggal saya. Tak payah saya nak tumpang teksi. Pukul 2 pagi pulak tu. Memang sedap la teksi nak semelih.

Okay, motor vespa saya itu jam lampu depan macam laknat je. Tak terang langsung. Lampu belakang memang dah takde. Dan yang paling penting, motor vespa saya tak ada roadtax. Ada satu kali tu ada satu brader tanya saya, “ Macam mana kamu bawak motor ni tanpa roadtax?”.  Saya jawab, “Hidup ni berani dengan tak berani je.”

Oleh kerana motor vespa saya ni lampu dia macam laknat, saya hanya memandu perlahan. Dari Tanah Putih, saya masuk simpang depan Giant menuju ke Kampung Cenderawasih.  Jalan tu adalah jalan yang paling singkat untuk ke Indera Mahkota 2. Bila sampai ke lampu isyarat kat  Kampung Cenderawasih, ada pilihan jalan juga.  Sama ada kita straight lalu ikut Kampung Tiram lepas tu masuk Indera Mahkota 2. Tapi jalan tu jauh sikit. Jika nak betul betul singkat, dari simpang lampu isyarat tu, saya ambik kanan. Jalan tu saya akan lalu belakang Tunas Manja dan kedian akan sampai jugak Indera Mahkota 2. Tapi itu la, benda yang mudah ni biasanya risiko sikit. Macam jalan belakang Tunas Manja ni, gelap tak ada lampu jalan. Dah la gelap, lepas tu ada hantu pula. Saya bukan cakap cakap je ni, kawan saya Zulfikri yang memang kecik lagi duduk dekat Kampung Cenderawasih sendiri yang bagitau saya.

Atas jalan masa tu, saya je ada. Bila ada atas jalan sorang sorang ni, pukul 2 pagi pulak, dalam kepala saya ada macam macam. Contohnya macam, tiba tiba ada hantu bonceng motor saya dekat belakang. Ataupun, ada seorang gadis cantik tahan motor saya. Dan bila sampai dekat, tiba tiba muka dia bertukar hodoh dan bertaring. Saya dah la bawak slow.  Masa tu dalam kepala saya ada dilema. Macam mana kalau betul betul ada hantu? Saya akan memecut laju dalam keadaan tak nampak sangat dan berisiko tinggi untuk langgar penghadang jalan atau saya maintain bawak slow dan relakan saja hantu naik motor vespa saya? Masa tu betul betul dilema. Sampai menggangu aktiviti saya untuk menyanyi sambil bawak motor.

Bila banyak sangat berfikir tentang hantu campur pulak dengan dilema, saya jadi tak sedap hati. Tak sedap hati yang paling tak sedap hati pernah saya rasa. Masa tu juga saya teringat pesan orang tua, kalau tak sedap hati, benda tu biasa akan jadi. Malam tu walaupun saya ada badan macam Jason Statham, tiba tiba saya jadi tak berani. Oleh kerana dah tak berani, saya dah semat dalam kepala saya bila sampai dekat simpang lampu isyarat kampung Cenderawasih tu, saya straight lalu ikut Kampung Tiram.  Tak apa la jauh sikit pun, janji jalan tu ada lampu. Terang sikit. Jadi, risiko untuk jumpa hantu tu rendah. Hantu mungkin tak minat sangat kot tempat terang. Diorang mungkin anti kepada kemodenan, mana kita tau.

Saya pun akhirnya tiba dekat simpang lampu isyarat Kampung Cenderawasih yang saya cerita tadi. Bila sampai kat simpang tu, rasa tak sedap hati tiba tiba jadi lain. Dalam kepala saya muncul satu firasat, “Macam mana kalau dekat Kampung Tiram tu ada roadblock?”. Firasat ni betul betul buat saya tak sedap hati. Lagi tak sedap dari tadi. Iya la, macam mana kalu ada roadblock? Lampu depan dah la malap nak mampus, lampu belakang tak nyala pula. Roadtax  tak payah cerita la, dah 10 tahun tak sambung sambung. Ni kalu ada roadblock ni, memang kena semelih la. Saya berpegang kepada firasat dan tak sedap hati. Dengan serta merta, saya ubah rancangan asal.

Dari simpang lampu isyarat Kampung Cenderawasih tu saya belok kanan menuju jalan belakang Tunas Manja. Jalan yang gelap gelita dan kata Zulfikri kawan saya yang kecik lagi dah duduk Kampung Cenderawasih, ‘Ada hantu’. Motor vespa saya slow slow membelah malam kelam.


“Celaka, aku lagi rela jumpa hantu dari aku jumpa JPJ!” Jerit saya dalam hati je la. Kalu jerit kuat kuat kang, hantu dengar pula.

4 ulasan: