2006. Kuala Terengganu
Masa tu saya berada di tingkatan empat. Saya tak ada masalah
kalau rambut panjang sikit. Pening kepala tu saya boleh tahan. Kalau tak tahan
pun, saya lebih gembira untuk berehat di dorm. Tapi, sekolah pula yang ada
masalah dengan rambut panjang. Kadang kadang susah juga kita nak faham dengan
sistem pendidikan negara kita ni. Mujurlah saya sporting dan bukan jenis yang
mudah merusuh.
Pada Sabtu tersebut, saya mengambil peluang outing ini untuk
keluar ke bandar. Selain dari mencuci mata sikit sikit, saya nak pergi potong
rambut. Lagipun bila masuk tingkatan empat ni, komitmen juga nak kena kasi kat
aktiviti-aktiviti kawad. Hal kawad ni, kita kena tegas sikit.Kalu kawad nak
kasut kilat, kasut kena kilat. Begitu juga kalu kawad nak rambut pendek, rambut
kena ikut pendek. Kalu tak ikut, macam mana nak pergi ke peringkat kebangsaan? Tak
pergi peringkat kebangsaan, macam mana nak kenal makwe makwe luar negeri
brader? Wechat mana ada lagi. Entah entah, arwah Steve Jobs pun baru nak tempah bihun goreng dan karipap untuk mesyuarat nak bikin smartphone.
Pagi tu, saya ke bandar
dengan Syazwan Kamaruddin, rakan saya dari dorm Hijau 6. Dari Wakaf Tembusu tu,
kena naik van kuning dulu, tunggu depan pagar sekolah. Tambang pulak seringgit.
Naik bas pun boleh jugak. Tapi leceh sikit, sebab bas ni dia masuk Manir dulu.
Lagi pula, tempat duduk belum tentu ada. Dekat bandar, biasa port untuk turun
dari van kuning ni, kalu bukan dekat Bank BSN dekat dengan Plaza, kami akan
turun dekat Masjid Putih. Sebab saya dah ada kad bank, kami bersetuju untuk
turun dekat Masjid Putih tengah bandar tu. Kat situ ada satu pakcik jual cendol
naik basikal. Demi Tuhan, saya tak pernah lagi pekena cendol lagi sedap dari
cendol pakcik tu. Power tak power pakcik tu punya cendol, Apih Gebeng pun
pernah bawak makwe dia makan kat situ. Khabarnya makwe dia ni orang belah belah
Pulau Duyong, dan pergi ke bandar naik
bot. Sebenarnya tak ada kaitan pun, tapi saja nak cerita.
Berbalik kepada cerita saya dan Syazwan Kamaruddin, mula
mula sekali bila sampai bandar, baju batik mesti simpan dalam beg. Gila, mana gangster
keluar ke bandar pakai baju batik. Dah la masa tu tingkatan empat. Buat malu ke
makwe je tengok. Lepas selesai buang baju batik, dari Masjid Putih tu, kami
menghala ke Timur Barat dan terus menuju ke stesen bas. Dekat tingkat atas
stesen bas tu ada jual jersi siam. Tapi kami tak naik pun tingkat atas, kami
berjalan bahagian bawah saja. Belakang tandas awam hok dekat kedai makan tu la
ada berderet kedai gunting.
Kami melihat satu persatu kedai gunting. Yang tak ada
aircond kami tolak awal. 2006 pun tak ada aircond lagi macam mana nak kejar
Wawasan 2020. Yang jenis tulis unisex dan ada poster Marilyn Monroe dan Ziana
Zain dekat cermin depan pun kami tolak juga. Lepas puas hati berjalan ke hulu
ke hilir dengan mata helang, kami bersepakat untuk memilih satu kedai pakcik ni
memandangkan kat situ tak ada pelanggan.
Bila masuk, saya dijemput duduk atas kerusi macam kerusi
klinik gigi tu. Walaupun kerusi tu nampak macam seram, tapi sebenarnya dia
memberikan pengalaman yang selesa. Tambah pula ada aircond. Syazwan Kamarudin pula
duduk atas bangku kayu dan melayan Harian Metro. Katanya dia belum lagi minat nak
potong rambut.
Kebetulan pagi tu, pakcik yang potong rambut tu jenis
peramah juga. Macam macam dia cerita. Banyaknya cerita dia berkisar tentang
Negeri Terengganu. Saya layan macam tu macam tu saja. Saya pun tak reti juga
nak bercakap tentang kesan pembangunan bandar, harga teksi, harga kuih, projek
terbengkalai, Islam Hadahari dan pelbagai lagi benda benda yang kalu cikgu
cerita memang kita tidur. Syazwan Kamarudin pula macam khusyuk saja membaca
Harian Metro. Entah apa dibacanya. Syazwan Kamarudin ni pula jenis golongan rambut
perang, tak munasabah langsung kalau dia baca bab ekonomi. Harian Metro pulak
tu, mesti cerita dewasa dewasa je ni.
Pakcik tersebut tak jemu berkongsi cerita. Walaupun dia
petah bercerita, itu tidak menghalang dia mengendalikan mesin rambut dan
gunting dengan penuh wibawa. Dari cermin besar depan saya tu, boleh nampak dia
kadang kadang tengok kepala saya kadang
kadang tengok cermin. Bila matanya memandang mata saya kat dalam cermin tu,
saya buat macam fokus terhadap cerita yang diuatarakan. Kadang kadang susah juga saya nak sesuaikan mimik
muka kita dengan persoalan persoalan yang diutarakan.
Sehinggalah dia masuk ke bab Akademi Fantasia 4. Kebetulan
masa tu, Faizal yang juga salah seorang peserta pertandingan nyanyian tersebut
berasal dari Terengganu. Dan masuk final. Pelbagai hasutan yang bersemangat
kenegerian dicanangkan kepada saya. Ayat
ayat seperti “Kita kena sokong orang Terengganu kita ni.”, “Orang kita ni dah
la payah nak masuk sampai peringkat macam ni.”, “ Faizal ni budok baik.” , “Kalu
bukan kita hok sokong dia, sapa lagi nok sokong.” Bermain main di bibir pakcik
potong rambut tu. Intonasi suaranya semangat bukan main. Sampailah selesai
gunting rambut saya dengan potongan askar, dia masih lagi dengan cerita Faizal
dan Akademi Fantasia tu. Semasa saya membayar wang, dia ada memberikan kata
kata nasihat, “Ingat tu Aawang. Afundi la sekeping dua tanda sokongan kite ke
wakil Tghanung kite. Mudoh je. Naik name negeri kite jugok.” Saya senyum senyum
saja sambil berkata. “Bereh, pok.”
Keluar dari kedai gunting, Syazwan Kamarudin mencadangkan
untuk kami bergerak ke Mydin pula. Mydin masa tu kecik saja, belakang Masjid
Putih. Hendak tidak hendak, kami terpaksa berjalan semula ke Masjid Putih untuk
ke Mydin. Melainkan kalau tiba tiba ada hantu raya nak datang tolong hantarkan
terus ke Mydin, mungkin kami tak perlu berjalan. Dalam perjalanan ke menuju ke
destinasi seterusnya, kepala saya masih terngiang ngiang dengan kata-kata
pakcik gunting rambut tadi. Entah semangat datang dari mana, saya seluk poket
seluar saya dan keluarkan telefon bimbit. Saya pergi ke menu mesej dan memilih
untuk pilihan ‘create sms’. Saya pun taip ‘AFUNDI FAIZAL’ dan masukkan nombor
yang tertera dekat satu poster depan kedai telefon bimbit. Saya pun tekan send.
“Tit tit tit tit”
Okay, cerita ni setel kat sini saja. Jangan cerita kat orang
lain. Gua tak nak Ramli Sarip tau. Nelydia Senrose pun gua tak nak dia tau.
Lawak2 kah kah kah kah lawak2 kah kah
BalasPadamKemas keming -Rou
BalasPadamKemas keming - Roy
BalasPadamTerima kasih Roy.
BalasPadamroy, roy, kat sini pn typo..dasar roy betul
BalasPadamSori muben, roy down ni -Roy
PadamSambil menyelam minum air
BalasPadamApahal brader?
Padam