Saya punya UPSR, saya ambik masa tahun 2002. Tahun Piala
Dunia main kat Korea dan Jepun. Masa tu Piala Dunia Brazil yang menang, dengan
Ronaldo rambut potongan tembikai. Saya
nyaris nak tiru Ronaldo buat rambut macam tu. Nasib baik tak jadi. Kalu tak,
itu mungkin antara pengalaman saya yang paling bangang.
Berbalik kepada memori UPSR, masa darjah enam saya duduk
asrama. Umur 12 tahun pun dah steady hidup berdikari. Waktu UPSR start, tiba
tiba menu sarapan bertukar jadi lagi sedap. Air teh pun dah tak rasa payau.
Minum pun boleh minum laju laju tak payah nak tutup hidung. Madu pun ada jugak
masa tu disediakan. Peh. Macam anak orang kaya minum madu pagi pagi.
Masa UPSR, mak ayah pagi pagi diminta datang berkumpul kat
padang untuk kasi sokongan. Saya pun tak terfikir masa tu kenapa kena berkumpul
kat padang dan terpaksa memijak embun. Padahal kalu berkumpul bawah pondok
nampak lagi official. Entah, mungkin politik orang yang lebih tua.
Emak dan ayah saya
pun ada datang juga. Jadi sebelum periksa nak start, saya akan menuju ke padang
dan bersalam dengan mak ayah saya dulu. Mak saya masa tu bawak air apa entah
warna putih. Mana dapat pun saya tak tahu. Emak saya pesan air tu kena minum
habis sebab air tu boleh kasi jadi cerdik. Mak saya juga pesan nak minum tu kena
selawat dulu. Peh, air tu rasa tak sedap langsung. Entah perisa apa. Nasib baik
saya ni faham syurga di bawah telapak kaki ibu, saya gagahkan juga minum sambil
tahan nafas. Nak cerdik punya pasal.
Bila peperiksaan betul betul nak start, kami akan baca doa dulu sekali dengan mak ayah. Lepas tu, kena berjalan
pulak ke arah dewan peperiksaan. Sebelum sebelum ni, padahal kelas biasa je.
Tapi bila UPSR dah start, tiba tiba tukar panggil dewan. Siap ada signboard
lagi. Kelas yang dah bertukar jadi dewan
tu ada tiga sederet. Saya punya tempat duduk yang dekat dewan paling hujung
pasal nama saya start dengan huruf W. Dalam dewan tu ada la dalam 20 orang.
Saya pun tak ingat sangat. Yang saya ingat ada Napi kat belakang saya, dan ada
Zainudin juga.
Bila saya dah habis jawab, saya akan angkat kertas saya kasi
Napi nampak. Bila pengawas pepriksaan jeling, saya kasi jatuh balik kertas saya
tu. Bila dia pandang ke lain, saya angkat balik. Ada jugak masa saya angkat tu,
dia pandang saya. Tapi dia rilek je buat tak tahu. Paling best masa UPSR ni,
kalu pemadam jatuh pengawas tu akan cepat cepat bangun dan tolong ambikkan
pemadam. Sebelum periksa start, ketua pengawas tu dah kasitau, kami akan
dilayan seperti raja. Kalu ada pemadam jatuh, jangan ambik. Tunggu je pengawas
datang. Peh. Pagi dah la minum madu, dalam dewan peperiksaan kena layan macam
tu pulak. Steady betul.
Yang paling steady, Zainuddin la. Kalu tak silap saya
Zainudin ni tak boleh membaca. Tapi apa peduli pandai membaca ke tak, janji
Zainudin ni power breakdance. Saya pun belajar breakdance dengan dia. Steady tak
steady Zainudin ni, dia punya kertas jawapan kosong je. Sampai pengawas tu
pinjam kertas jawapan orang sebelah suruh dia tiru sutir sutir. Tapi dia steady
je tak tiru dan nekad tinggalkan kertas jawapan tu tak bertulis. Berprinsip
macam ni la yang anak anak muda kena ada.
Bila dah selesai jawab semua, saya pun mula rasa boring.
Untuk mengatasi rasa boring, saya biasa akan mengambil peluang ini untuk keluar
ke tandas. Sebenarnya, bukan saya
berniat sangat nak ke tandas, Cuma saya mahu bersiar siar menikmati
permandangan. Masa tu tandas yang dekat dengan kelas tu tak boleh pakai. Jadi,
kami semua kena naik ke kawasan asrama untuk ke tandas. Lagi jauh perjalanan,
lagi banyak permandangan yang saya boleh tengok. Pengawas pun tak awasi pun
pemergian saya ke tandas. Diorang takde
pun nak risau kalau tiba tiba saya diserang beruang ke, dipatuk ular ke, kena
sorok dengan batu itik ke.
Masa hendak ke tandas ni la, tiba tiba saya tengok ada dua
tiga orang cikgu darjah enam berkumpul bawah pondok depan dewan makan asrama
dan panggil saya. Masa tu saya tak fikir saya akan diculik atau diapa-apakan oleh
cikgu cikgu tu, jadi saya mendapatkan diorang dengan penuh selesa dan rasa
selamat. Dekat bawah pondok tu, saya perasan ada kertas soalan sebijik macam
yang saya jawab. Saya pun tak tau mana diorang dapat kertas soalan tu. Masa tu
pengetahuan internet saya cetek lagi. Jadi saya tak mampu memberi sebarang
kesimpulan. Tiba-tiba, Cikgu tu pun tanya, “Hah, ada dok hok dokleh jawab? Kalu
dokleh royak la. Cikgu tolong. ” Saya senyum sahaja. Tak sangka dengan umur
semuda itu, saya sudah terdedah dengan penyelewengan.
So macamana nak selesaikan masalah kertas UPSR bocor? Jawab please
BalasPadamBiarkan je la. Kasi semua dapat 5A. Anak gembira, mak ayah gembira, cikgu pun gembira.
PadamMemori yg mantap ala kazam bab !
BalasPadamYeah.
Padammohon ajar breakdance
BalasPadamBereh Muben. No hal.
Padam