(2013, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu)
Pagi tu entah kenapa lain macam saya punya semangat. Boleh
jadi malam tu saya ada buku yang membangkitkan semangat macam buku Syed Husin.
Pagi tu segala tugasan yang ada dekat wad tu saya nak buat. Sebagai budak
praktikal, padahal saya Cuma kena ikut Kak Najwa je, lepas tu bila letih pergi
turun lepak dekat kantin. Tapi tidak untuk pagi itu. Habis segala pesakit saya
interview dan perhati ubat apa dia makan, doktor kasi dose betul ke tak, ubat
antara ubat tu ada berlawan ke tak dan segalanya.
Cakap katil mana saya tak pergi? Katil pakcik kencing manis
tu saya pergi, katil pakcik lelah tu saya pergi, pakcik sakit jantung saya
pergi, pakcik stroke, malah abang yang baru kena sengat ular tu pun sempat saya
ambik port. Padahal sebelum sebelum ni, saya habis berborak dengan Fahmi Adli
je dalam wad tu. Mana ada nak caring sampai macam tu. Tapi semangat punya hal,
ilmu yang cetek tidak dipedulikan. Ilmu tu boleh dicari, tapi semangat anak
muda, hanya orang kenal Dave Grohl je dapat rasa. Segala benda pagi tu, saya
catit dalam buku catitan saya.
Yang paling membuatkan saya bertambah semangat bila saya
offer Kak Najwa untuk interview satu pakcik kencing manis yang baru masuk tu. Kak
Najwa mungkin nampak aura semangat saya pagi tu, percaya dan terus tinggalkan
saya macam saya dah lama je duduk kat hospital tu. Saya kena senaraikan
ubat-ubat yang pakcik tu sedang amalkan ke dalam borang yang rasmi. Borang
rasmi woi! Lagi bertambah ego bila masa saya tengah interview tu, ada satu budak
belajar doktor dari India ada kat belakang saya dan perhatikan saya. Peh, bukan
main eksyen saya bila saya tengok dia perhatikan kecekapan saya menafsirkan
perbualan pakcik tu ke dalam bentuk nama nama ubat. Hebat tak hebat, sekali
tengok warna ubat saya dah boleh agak tu ubat apa. Habis saya interview, budak
tu tunjuk isyarat bagus dengan ibu jari kat saya. Peh, rasa nak berjalan dada
ke depan.
Setelah pusing pusing wad dan
perhatikan satu satu katil, pukul 12 pun tiba. Bila masuk pukul 12, saya kena
beredar untuk memberi peluang kepada pesakit untuk menjamu makanan tengah hari
dan bersiap untuk menerima kunjungan tetamu mereka. Lalu saya beredar
meninggalkan wad. Bunyi derapan kasut Doctor Martens saya ke atas lantai wad
tersebut menjadi simbol semangat juang saya sejak pagi tadi. Semangat
menunjukkan anak bangsa kita adalah anak yang rajin dan sanggup menempuh
cabaran.
Saya meninggalkan wad tersebut
dengan satu azam. Petang nanti, saya kena naik semula. Seperti kata Conucius, “The
superior man thinks only of vitue; the common man thinks only of comfort.”
***
Dari wad, saya menuju ke pejabat farmasi di bahagian hujung
bangunan hospital. Masuk masuk dalam pejabat tu, peh berderu orang tengah
menjamu selera. Rupa-rupanya, tengah hari tu ada jamuan sempena hari terakhir
bekerja pada bulan tak puasa. Minggu depannya puasa dah start. Steady juga buat
jamuan macam ni. Saya yang sejak pagi tak pekena menda, “ Bagai pucuk dicita,
ulam mendatang.” Saya pun terus mendapatkan pinggan dan menceduk nasik dagang.
Peh, selera gila makan itu jam. Mungkin itu adalah kesan sampingan dari
semangat tadi. Selesai makan saya pekena zohor.
Selesai Zohor, maka waktu berehat pun tamat. Saya kena
bersiap sedia meneruskan saki baki perjuangan saya. Namun begitu, tanpa
disangka tiba-tiba saya berubah fikiran. Saya tidak bercadang nak meneruskan
perjuangan saya. Saya tak naik ke wad tingkat 7 tu. Sebaliknya, Petang tu, saya
berborak dengan Fahmi Adli dekat pantri sampai habis waktu bekerja.
Ada betulnya kata kata pujangga, “Kita adalah apa yang kita
makan.” Mungkin saya berubah fikiran setelah memakan nasik dagang, makanan tradisi
orang Melayu. Ya lah, orang Melayu kan pemalas. Kan?
mohon jgn mkan nasik dagang bak
BalasPadamBereh Muben.
BalasPadam