Isnin, 8 Julai 2013

Hospital Attachment (PHM 3324) Log Book. Appendix B:Daily Reflective Diary. (Peristiwa dalam Lif)

Tadi saya kat hospital, nak naik semula ke tingkat lapan tempat orang sakit buah pinggang. Saya ready siap siap pekena baju makmal putih, barulah yakin sikit saya nak melangkah depan pengawal keselamatan yang jaga kawasan lif tu. Tapi, kalau pakai baju tu berjalan dekat pasar ke, pergi bandar ke, beli burger ke, bayar bil api ke, memang nampak buruk gila.

Nak naik tingkat lapan, dia ada dua cara. Sama ada nak naik lif, atau naik tangga. Kalau nak ikut saranan kerajaan, dia suruh naik tangga. Bersungguh tak bersungguhnya kerajaan dalam menekanan aspek naik tangga ni, siap letak gambar makwe lagi depan tangga tunjuk isyarat bagus. Tapi sebab badan saya dah solid ala ala Jason Statham, saya lebih memilih lif.

Kebetulan waktu tu orang tak ramai. Selain saya, hanya ada satu lagi akak pakai baju kurung tunggu lif bersama saya. Dari segi pemakaian bedak, saya suspek akak tu ialah pelawat hospital ni. Barangkali tunggu anak dia sakit, barangkali teman akak dia nak beranak, barangkali tengok rakan dia. Entah, bukan urusan saya nak tahu benda benda tu. Dalam kepala saya masa tu hanya ada input output chart dan bacaan Full Blood Count.

Lif pun tiba. Akak tu melangkah dulu, baru saya melangkah masuk. Dia tekan butang nombor lima manakala saya tekan nombor lapan dengan penuh kekemasan. Nampaknya haluan kami berbeza.

Di dalam lif, saya mengambil tempat di sebelah tepi mengadap butang butang lif. Akak tu pula berdiri ke belakang sedikit, tapi kepalanya tetap mengadap kepada pintu lif. Hendak cepat sangat agaknya. Kerana saya letih, saya pun menyandar ke arah dinding lif dengan penuh rasa selesa. Tangan saya dua dua belah saya masukkan ke dalam poket baju makmal saya yang saiznya boleh muat tiga naskhah buku Kawan dan Mastika. Manakala kepala saya mendongak sedikit ke atas sebagai simbol keselesaan yang maksima. Mata saya sedikit redup.

Beberapa saat lepas tu, saya terpandang akak tadi. Saya lihat dia juga memandang saya. Tapi pandangannya sungguh sinis dan penuh dengan ketidakyakinan.


8 ulasan:

  1. nilai murni, keyakinan yang mantap!!

    BalasPadam
  2. akak tu cantik tak? -Roy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu cantik, aku mesti la berdiri tegap.

      Padam
  3. Jason Statham, nak signnnnnnnn pleaseeeeeee!

    BalasPadam
  4. sempena puasa ni,bagi akak tu kuih sebelum balik berbuka

    BalasPadam
  5. apsal aku x faham cerita kau ni?

    BalasPadam