Rabu, 3 Julai 2013

DVD Cetak Rompak dan Kesannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Maghrib malam final Kelantan lawan Johor DT itu hari, saya berasa lapar benar. Disebabkan mak dan ayah saya takde dekat rumah, jadi saya hilang tempat bergantung nak mintak sape tolong memasak. Nak mintak isteri kan, saya tak kahwin lagi.  Tapi, kalau saya dah kahwin pun, pandai ke makwe zaman instagram ni memasak?

Nasib seperti memihak kepada saya. Itu hari ada kenduri, jadi ada dua bekas nasi pulut kuning atas meja makan yang mak saya dapat hadiah. Entah apa kabel pakai entah sampai dapat dua bekas pulut kuning. "Peh, makan pulut kuning pun jadi ni lapar lapar ni..," bisik hati saya menenangkan diri.

Tapi, makan pulut kuning kosong macam tu bapak la boring. Budak darjah dua pun tak makan kosong kosong macam tu. Seperti yang saya kata tadi nasib memihak kepada saya, kebetulan itu hari kampung saya ada pasar malam. Memang cun la. Saya pun mendapat idea bernas. Saya rasa idea inilah yang paling bernas saya pernah ada dalam bidang pemakanan. Elok kalau saya bertandang ke pasar malam, beli ayam madu dan cendol. "Peh, solid gila!!" Jerit hati saya girang dan yakin. Lagipun, saya dah berkurun tak layan pasar malam kampung saya.

Saya pun mula mendapatkan motor dan menuju ke pasar malam dengan semangat, matlamat dan wawasan yang jelas; Ayam madu dan cendol. Nak je saya nyanyi lagu Derap Komando tanda semangat. Tapi dalam semangat semangat tu, dalam hati ada jugak risaunya. Sebab itu malam saya punya tema pemakaian ialah baju melayu. Takut juga saya kalau dipandang tak rock oleh orang sekeliling.

Setibanya saya bersama semangat, matlamat dan wawasan yang jelas tadi di perkarangan pasar malam, saya terus pergi mendapatkan ayam madu. Baunya buat saya rasa makin lapar. Selesai urusan pembelian ayam madu, saya pula terus maju ke depan untuk dapatkan cendol pula. Iyalah, takkan saya umur layak mengundi ni nak jalan mengundur?

Hendak dapatkan cendol, simpang pertama pasar malam tu, saya kena belok kiri. Yang paling kedua hujung sebelum orang jual selipar, hah, situlah orang jual cendol. Sebelum belok kiri, di sudut persimpangan tu, rupanya ada orang jual DVD cetak rompak atas satu meja kecil. Meja tu, alas pula dengan kain warna hitam. Saya jeling dan perhati brader yang jual DVD tu. Peh, rupanya bukan brader. Tapi satu warga kampung saya juga, yang dah pangkat pakcik.

Saya dengan pakcik ni tak kenal sangat. Dia bukan duduk dekat dengan kawasan kejiranan saya. Lagipun saya raya pun tak pergi rumah dia, dia pun tak pergi rumah saya. Macam mana nak kenal? Tapi kenangan saya yang melibatkan dia yang saya ingat ialah dulu masa sekolah rendah bila balik sekolah pergi beli air batu campur kedai Kak Zan, selalu saya perasan dia bawak motor berkuasa rendah bawah pokok jambu tengah tunggu anak perempuan balik sekolah. Itu aje.

"Peh, meniaga dia sekarang.." bisik saya dalam hati sambil langkah saya tidak berhenti dan terus menuju ke destinasi cendol.

*********

Petang semalam pulang dari kerja, saya berselisih dengan pakcik tu. Dia potong saya dekat depan sekolah arab Marang.

"Cilakak..! Pakai Alfa Romeo sekarang..!" Jerit saya dalam hati.




3 ulasan: