Khamis, 11 Julai 2013

Hospital Attachment (PHM 3324) Log Book. Appendix B:Daily Reflective Diary. ( Pengalaman di Klinik Penyakit Virus Retro)

Puan Asiyah kata, nak jadi ahli farmasi ni kena smart.

Tadi saya pakai smart. Dari kepala hinggalah ke kaki. Saya punya rambut dah disisir kemas dengan bantuan minyak johnson n johson mak saya punya. Pemakaian pula tak payah cerita la dia punya smart. Baju kemeja lengan panjang siap bergosok. Dah la lengan panjang, bergosok, kacing pulak dekat lengan tu. Dipadankan pulak dengan tali leher. Bahagian bawah pula, seluar warna hitam jenis kain licin tak licin kasar tak kasar. Jenis kain yang kotak halus halus tu. Seluar macam ni, orang orang golf selalu pakai. Kalau dah seluar orang golf, saya berani buat video kapel la kalau tak smart lagi. Tu belum cerita lagi yang saya pakai tali pinggang kulit warna coklat. Kalau dilihat kebawah lagi, pasti akan kelihatan kasut Dr Marten tiga lubang buatan England. Bila berjalan memijak Bumi, maka akan terhasil satu bunyi yang padu.

'pap,pap,pap'

Amboi, smart tak patut! Uncle Morrissey pun belum tentu dapat ikut rentak saya punya smart.

Ni kalau calon BN Kuala Besut tengok ni, mesti rasa nak tiru.

Namun, di antara celah orang ramai ramai tu, mungkin tiada sape yang tahu. Di balik smart saya tu, saya berjalan membawa tukul, spnar, dan pemutar skru. Tujuan saya hanya satu, nak bertukang pasang rak dekat dalam klinik penyakit virus retro. Khabarnyanya nak letak fail maklumat pesakit.

Apa cerita ahli farmasi?




6 ulasan:

  1. siap dop ag rak fail bak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku power Ben.. Wi ke aku lapan minit je, siap lalu.

      Padam
  2. hebak mung. wak kije 2 dlm 1. hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambe tukor address blog doh http://selamberokes.blogspot.com/

      Padam