Selasa, 7 Mei 2013

Surat Terbuka untuk Dato' Seri Najib Razak.

Assalamualaikum Dato' Seri.

Saya ni duduk dekat Kuantan, kira kira satu jam setengah dari Kampung Dato' Seri dekat Pekan. Saya sebenarnya tengok live masa Dato' Seri beri ucapan sempena kemenangan Dato' Seri untuk terus jadi Perdana Menteri. Cuma saya musykil bila tengok Dato' Seri muka sedih dan tak ceria langsung. Saya suspek Dato' Seri sedih sebab tak jugak dapat Kelantan walaupun Dato' Seri mempetaruhkan keikhlasan yang tinggi untuk membantu masalah air rakyat Kelantan. Macam ni la Dato' Seri, alang alang Dato' Seri dan geng boleh pegang lagi Pahang ni, apa kata kalau Dato' Seri setel dulu masalah air dekat Pahang ni. Amacam?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan