Pagi semalam, sementara menunggu waktu berlepas pulang ke
Terengganu tiba,saya kira elok juga kalau rasanya kalau pekena Pak Lah punya
roti canai sebijik dua. Lagipun, kebetulan perut saya pun macam tip top je
kalau isi dengan roti canai dulu. Lapar bukan main.
Jadi, saya mengambil keputusan untuk pakai baju dan keluar
dari bilik mendapatkan motor vintage saya. Jarang jarang keadaan je, kalau kita
duduk depan komputer, tiba tiba roti canai datang sendiri. Tiba di sebelah kiri
motor vintage saya, saya pun cek minyak. Hidup ni kena berhati-hati. Nanti kang
kalu minyak takde, buat letih je tendang starter. Masa tu nak marah kat orang
dah tak berguna dah.
Saya tuaskan kusyen ke atas dan memulas ke arah lawan jam penutup
minyak pakai kain buruk. Motor vintage ni, kadang kadang pakai tangan saje tak
cukup kuat nak pulas penutup minyak dia. Kata orang, barang vintage ni buatan dia
kemas. Itu sebab saya pakai kain buruk yang dah ready kat bawah kusyen sebagai
alat bantu.
“Peh, steady, steady.. Minyak banyak lagi ni” Getus hati
saya dengan sedikit gembira.
Tanpa menunggu lama, saya terus tendang starter.
“Kcrrr…, kcrrrr…”
Dua kali saya tendang, tak hidup. “Pagi lagi ni..” Saya cuba tenangkan diri. Memang pun,
kadang kadang motor vintage ni susah sikit nak hidup kalau di pagi hari. Tapi inilah
yang dikatakan cabaran. Dan cabaranlah yang mematangkan kita dan mengajar kita
untuk terus hidup dan maju ke depan.
Saya tendang lagi. Kali ini saya sengetkannya sedikit ke arah tempat saya berdiri. Kononnya, minyak
mudah turun ke enjin kalau buat begini. Bila minyak mudah turun, maka mudahlah
minyak untuk membangkitkan semangat penyalaan api. Bila api menyala, barulah
enjin hidup. Bila enjin hidup, maka satu objektif saya pagi tu akan terlaksana.
Kali ini saya tendang dengan lebih kerap dan laju.
“Kcrr.. Kcrr.. kcrr.. kcrr.. kcrr…”
Masih tak hidup lagi.
“Peh, tak boleh jadi ni!” saya macam dah kurang sabar. Peluh
pun dah macam nak keluar.
Saya sekali lagi mencuba dengan penuh tenaga dan pengharapan
kepada Allah. Masa masa runcing macam ni la baru orang ingat kat Tuhan.
Bilangan tendangan saya pun makin bertambah dengan kelajuan yang semakin
menaik. Saya terus tendang dan tendang sehingga kaki saya lenguh dan sedikit
kebas.
“Kcrr.. kcrr.. Kcrr.. Kcrr.. Kcrr.. kcrr.. kcrr.. kcrr…”
Pun tak mau hidup juga.
“Cilakak!!”
Saya dah hilang sabar. Peluh pun macam dah sedikit merembes di belakang baju saya. Saya tenung
saja bahagian enjin. Nak marah kat sape pun tak tau ni. Nak ambik spanar segala bagai, dah tak sempat. Jadual
perjalanan saya dengan Naqib Mazlan katanya pukul 10.30. Sekarang dah 9.40.
Nanti kang kalau saya berkeras juga nak baik motor ni, kotor pula tangan. Dah la
saya dah mandi. Motor ni pun satu, apahal tak rosak masa lepas makan je?
Tapi, takkan saya nak menyerah begitu sahaja? Perut ni dah
lapar bukan main. Seorang pendekar tak patut ambik mudah tentang kekosongan
perutnya. Nak jalan kaki kang macam tak steady je anak muda buat macam tu. Mana
nak letak muka pengundi muda jalan kaki ke kedai makan? Saya pun tiba tiba teringatkan
tentang motor EX5 kepunyaan kawan saya, Aliff Haikal. Dia dah kasi kat saya
kunci motor dia suruh simpan elok elok. Peh, bagai dicita ulam mendatang.
Saya meninggalkan motor saya untuk kembali ke bilik saya
mendapat kunci motor EX5. Saya dah simpankannya dengan rapi dan penuh amanah di
dalam kotak dalam almari. Kalau tak amanah, susah la saya nak lawan UMNO. Saya
bergerak menuju ke bilik saya dengan penuh langkah pendekar.
Sampainya saya ke dalam bilik yang dihisai dengan pokok, saya tak fikir banyak terus menuju ke almari dan mendapatkan kotak simpanan kunci motor Aliff Haikal. Sesudah gugus kunci tersebut
selamat dalam genggaman, hati saya tiba tiba dengan kuat menyuruh saya bukak laci meja komputer
saya. "Mungkin ada sesuatu." Saya kemudiannya berdiri dan melangkah ke arah meja tersebut yang terletak
kira kira lapan kaki dari almari. Lacinya saya bukak dengan penuh ketenangan. Saya memandang barang di dalamnya dengan penuh
sayu.
Disaat itulah saya mendapatkan kunci motor vintage saya
dengan penuh rasa berdosa kepada kesihatan kaki saya.
“Astaghfirullah.”
haha..kemahh...
BalasPadammaroh ayat ni 'Kalau tak amanah, susah la saya nak lawan UMNO'..
p/s :: kirim salam kat ganu.. lame dok balik kg..
barabg pe der ad dlm laci?-rok
BalasPadamkunci ada dlm laci. sbb tu motor tak hidup rok.. bur!
BalasPadamhai asmaiza daud
BalasPadam