“Kalau kita tak rock, macam mana kita nak menghadapi hari
besok?”
Kata-kata keramat itu tergiang-tergiang dalam kepala seorang
pemuda yang sedang berbaring di atas kerusi panjang memandang kipas. Pemuda
berbaju pagoda yang sedikit koyak pada bahagian leher itu hanya merenung kipas
yang berpusing. Tangan kanannya sengaja diletakkan di atas dahi sebagai simbol dia
sedang mempunyai masalah.
Kata-kata itu sebenarnya adalah dari mulutnya sendiri. Sejarahnya,
soalan itu ditujukan kepada seorang pengawas semasa dia bersekolah dulu. Ketika
itu, pengawas tersebut menasihatinya supaya tidak menyertai Battle of The Band
di Bandar Kuala Terengganu kerana tarikh Battle of The Band itu jatuh pada tarikh
yang sama dengan hari Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah.
Ketidakhadirannya di pertandingan wajib untuk semua murid itu boleh mengundang kemarahan
guru. Lebih-lebih lagi Cikgu Ilyas yang sangat menitikberatkan soal sukan dalam
kalangan murid. Training petang petang pun dia semak nama satu persatu mengikut
bilik, inikan pula hari pertandingan. Namun, soalannya yang bernas itu
membuatkan pengawas itu terdiam dan dia tekad untuk meneruskan niatnya menyertai satu pertandingan rock di Bandar Kuala
Terengganu.
Tapi itu dulu, waktu dia tingkatan tiga. Masa tu, baju
seluar sekolah pun mak ayah yang belikan. Sekarang dia sudah dewasa. Dia kini
sudah bergelar seorang cikgu Pendikan Jasmani Dan Kesihatan di sebuah sekolah
rendah di ibu kota Kuala Lumpur. Sekarang dia sudah sedar, rock sahaja tak
cukup untuk dia meneruskan hidup.
Sekarang baru masuk setengah bulan. Tapi wangnya sudah
banyak mengalir untuk bayar ansuran MyVi, roadtax, sewa rumah, bil air, bil
elektrik, tol, duit minyak, saman had laju highway, saman tak pakai tali pinggang kaledar, saman
parking DBKL, barang barang sekolah buat mengajar, fotostat kertas periksa, futsal,
baiki paip air pecah depan rumah, ansuran peti sejuk, serta satu tudung Ariani
sebagai hadiah hari jadi kepada Cikgu Syahila.Kini duitnya hanya tinggal tiga
puluh ringgit je lagi untuk dia meneruskan hidup selama 14 hari sebelum masuk
gaji untuk bulan ini. Sedikit sebanyak, hal ini mengajar erti sebenar
meneruskan hidup bagi pemuda bernama Azroy Suhairun ini.
“ Bodohnya aku. Yang aku belikan tudung sampai dua ratus
ringgit kat Cikgu Syahila tu apahal? Mak aku pun tak pernah aku nak belikan
hadiah hari jadi. Cinta konon. Last-last dia buat majlis hari lahir tak ajak
pun aku. Cilakak. Tau la dulu belajar sekolah agama, tapi aku tau la macam mana
nak tolak tu nanti. Kurang-kurang pun ajak la.”
Sudah dua hari dia memikirkan hal tudung hadiah hari jadi
tersebut. Lebih-lebih lagi bila dia
tiba-tiba terlihat Cikgu Syahila memuat naik satu gambar majlis hari jadinya di
laman Instagram, dia terus menyesal dan berasa telah membuat sesuatu yang bodoh
dan menyalahi arus hidup seorang rokes. Iaitu membeli hadiah yang mahal kepada
seorang perempuan padahal perempuan tu taknak pun ke dia.
Televisyen kecil tanpa astro yang dari tadi terpasang di hadapan kerusi panjang itu tiba tiba
memperlihatkan Dato’ Seri Perdana Menteri memberikan ucapan.
“Najib ni pun satu. Bodoh jugak!”
Dia pun bangun dari kerusi panjang seterusnya mendapatkan
air dalam peti sejuk. Mungkin kerana marah, dia mula berasa dahaga. Lebih lebih
lagi waktu petang yang terik sebegini.
baguih2 -Roy
BalasPadamEntah le macam mana la nak dapat duit lebih ni
BalasPadamko ada idea ke macam mana nak dapat duit ni saudara? -Roy
mohon sambungan..sambutan menggalakkan..-roy2
BalasPadamsambutan diminta jugop-roy3
BalasPadam