Selasa, 31 Januari 2012

Memoir Kampung Barat : Jamuan Masjid

(Lewat 90-an, Kampung Barat)

Masa tu, Masjid Kampung Barat kayu lagi. Kena naik tangga kalau nak masuk masjid.

Kalau ada majlis majlis sembahyang hajat, tahlil dan kuliah maghrib tiap-tiap malam Rabu, gua bersama beberapa orang lagi macam kembar Mat Wan Mat Mi, Zambri, Mat Za, Peiza, Sopi, serta Mang sebagai budak budak tak akan masuk campur ke dalam majlis yang dikhaskan untuk golongan tua itu. Pada waktu ini, kami semua bersusah payah hendel pinggang dan gelas untuk majlis makan pulak lepas setel majlis agama.

Kami yang budak-budak ni kerja tak banyak sekadar susun gelas dan cawan plastik, lepas siap diisi, hantar ke tempat makan dari kawasan penempatan makanan dan kawasan pembikinan air teh o dekat belakang kawasan lapang antara kawasan lelaki dan perempuan atau dengan kata lainnya dekat kawasan budak budak macam gua bermain sementara tunggu teh o siap. Selalu yang incas dalam industri pembikinan air teh o ni ialah abang gua yang nama Peirus dan Weil. Tapi, secara keseluruhannya, banyak acara dihendel oleh Weil keseorangan sebab abang gua ni duduk asrama. Weil ni kebetulan pulak adalah abang kepada Mat Wan, Mat Mi, Peiza dan Mang. Jadi kalau silap sikit sikit tu macam tak cukup gelas, memang yang empat orang ni stok nak kena marah.


Kalau bahagian isi bihun, mi goreng, mi rebus ataupun nasik minyak, yang incasnya dari golongan muslimah kategori makcik-makcik. Biasanya Mok Ngoh Boh dan Mok Cik Nong, iaitu mak kepada Weil, Mat Wan, Mat Mi, Peiza dan Mang. Keluarga mereka ni memang begitu into sebagai ahli jawatan kuasa 'catering', kalau nak campur ayah dia Pok Cik Sur sebagai ketua bangsal kenduri di kawasan sekitar Kampung Barat. Mujur dalam scene jamuan ringkas di masjid ni tiada tempat untuk Pok Cik Sur. Kalau tidak payah jugak Pok Cik Sur nak bagi komitmen ke majlis agama yang biasa biasa sering tak cukup ahli.

Waktu operasi kami adalah sejurus solat isyak selesai. Sedang orang tua sibuk dengan majlis mereka, kami jugak tak kurang sibuknya nak kira berapa jemaah masjid yang ada, susun gelas dan pinggan kasi cukup, dan seterusnya hidang kembali gelas dan pinggan yang dah ada muatan sekelompok demi sekelompok kat dalam kawasan belakang pintu masuk masjid belah dalam. Kelompok yang paling nak kena jaga ialah kelompok yang dekat kawasan atas sikit berseblah dengan tabung masjid sebab biasa-biasa ustaz yang datang kena makan kat situ. Jadi kelompok ni kena cukup semua. Kalau malam tu malam nasik minyak, lauk gulai ayamnya kena ada, acar timunnya kena ada, sambal belacannya kena ada, nasik tambah kena ada dan air teh o nya juga kena ada. Kalau bihun goreng dan mi goreng pula, keropoknya kena ada. Cuma mi rebus sahaja yang sekali letak dalam mangkuk tu, dah solid, tak payah nak tambah apa-apa. Benda-benda macam ni harus dititikberatkan supaya nama Masjid Kampung Barat clear dan kemas di mata ustaz-ustaz jemputan.

Biasanya, pinggan dan gelas yang telah digunakan pada minggu lepasnya dah sedia cukup nak guna untuk minggu selepas tu. Jadi, kerja kami tak payah sangat, ambik je pinggan dekat atas rak sebelah Weil buat air teh o dan gelas dalam bakul untuk kegiatan penyusunan gelas dan pinggan. Cuma kadang kala menjadi cabaran buat kami apabila jemaah masjid pada malam tu ramai sampai lebih dari pinggan atau gelas yang dah sedia ada. Waktu tu, kami kena turun tangga bahagian muslimah dan masuk dalam setor sebelah kolah yang sentiasa gelap mentol rosak tak pernah baiki. Ada satu kali tu, ada berita bahawa Mok Ngoh Coh nampak ular kat dalam setor. Makan seminggu jugak tak ada sape berani nak masuk ambik pinggan mangkuk.

Nak cari bakul yang dalamnya letak pinggan mangkuk dalam gelap mencabarnya satu hal, nak angkat naik naik tangga ke atas tu susah lain pulak. Bakul kain yang penuh pinggan mangkuk tu, bukan main beratnya. Pakai dua orang budak pun 'bo-bo' lepas. Tapi, disebabkan masyarakat memerlukan kami, susah dan jerih itu tak pernah kami hiraukan.

Sudah selesai segala aktiviti susun menyusun dan hidang menghidang, kami tak boleh makan terus. Kami kena tunggu dulu majlis agama tu selesai. Perkara paling seronok bila orang dah start baca doa, itu tandanya aktiviti majlis tu dah masuk pusingan penamat. Masa tu dalam kepala dah seronok bukan main nak makan bihun goreng atau nasik minyak. Tapi azab jugak bila selesai dah doa semua, ada dua tiga orang bangun balik solat sunat dua rakaat. Entah tak tahu ke yang gua ni dah 'ngetik' dah nak pekena makan.

Weil yang incas teh o tu ada kuasa besar. Jadi bukan main lagi dia boleh simpan awal awal bihun goreng penuh dengan ayam letak dekat sebelah cerek elektrik lepas tu tutup pulak dengan pinggan lain. Tapi kami, sebelum setiap orang tua dan pakcik pakcik ada sepinggan makanan dan segelas teh o masing-masing, kami sama sekali tak dibenarkan ambik mana-mana pinggan sebagai hak milik peribadi. Kami kena pastikan yang setiap orang dah start mempekena, barulah kami boleh ambik bihun goreng atau nasik minyak untuk makan sama-sama dengan penuh gembira atas tangga satu anak depan pintu masuk dekat kawasan lapang pembahagi kawasan lelaki dan perempuan.

Paling king of azab pada malam tu ialah bila jemaah ramai sangat, nasik atau bihun jadi tak cukup. Masa tu perasaan dia hanya Allah sahaja yang tahu. Kalau boleh nak je gua kucar kacirkan pinggan mangkuk yang ada dalam bakul nak tunjuk rebel.

Walau apapun kejadian yang menimpa, kami tetap setia bekerja seperti biasa untuk minggu minggu seterusnya menggunakan tulang empat kerat kami untuk kesejahteraan masyarakat Kampung Barat khususnya. Dan kami percaya, suatu hari nanti, kami pulak yang akan menunggu dan budak budak generasi seterusnya pulak bersusah payah untuk kami. Putaran alam kehidupan orang kata.


********
Sekarang, Masjid Kampung Barat yang kayu dah lama jadi kenangan. Semua dah jadi batu. Masjid yang dulu tingkatnya satu kini dah jadi dua. Dah takde dah kawasan bawah masjid yang boleh buat port main sorok-sorok.

Budak budak Kampung Barat generasi hari ni langsung tak boleh pakai. Sudahlah tak tolong lansung acara menghidang, lepas tu mengada pulak sibuk nak ambik awal-awal makanan sebelum sempat dihidang ke orang tua. Perangai semua macam celaka mintak nak kena Ong Bak.

Gua bukan apa, takkan dulu gua dah susah susah nak menghidang, hari ni gua pulak lagi nak kena bersusah payah?!! Gampang!

4 ulasan:

  1. normal la tu. zaman dah berubah. haha

    BalasPadam
  2. masjid dekat sini menten oldskool. budak2 takda dah pegi masjid. pegi pavillion kot

    BalasPadam
  3. Hmm, pergi Pavillion ni mana nak dapat makan free. Apa bangang la budak budak sekarang.

    BalasPadam