Khamis, 2 Februari 2012

Dendam saya seorang rakyat Terengganu.



(2011, Bandaraya Kuala Terengganu)

Selesai satu majlis berbukak puasa di bawah jambatan Sultan Mahmud, kami tiga kereta bergerak ke belakang Kampung Cina. Satu kereta kancil Zizul, satu Myvi Wapi dan satu Wira abang gua telah bersepakat untuk tidak ke terawikh dan pergi bersuka ria di satu kawasan perairan Kuala Terengganu yang sedang meningkat naik. Tempat tu dipenuhi dengan pokok-pokok tiruan dengan daunnya diperbuat dari mentol mentol yang bewarna-warni, dan disebabkan pokok pokok tersebut, kawasan tu orang panggil i-City Terengganu. Tapi gua yakin majoriti dari rombongan tersebut tak tahu pun i-City yang sebenar bentuk dia macam mana.

Kami menyusur dengan kadar sederhana standard kereta buatan Malaysia dalam kegerlipan lampu lip-lap yang bergantungan di sepanjang perjalanan. Dari cakap-cakap orang bandar Kuala Terngganu ni, lampu-lampu lip-lap di mula digantung secara havoc dan overrated bila ada satu kali tu Rosmoh Mansor turun Terengganu nak buat mesyuarat Permata dekat bandar raya ni. Gua pun tidak tahu apa kaitan mensyuarat Permata dengan lampu lip-lap yang begitu havoc ni.

Dari bawah jambatan, lalu Pulau Kambing, seterusnya masuk ke kiri lepas Hotel Seri Malaysia, lepas tu masuk lagi sekali kiri, barulah kami tiba di i-City terengganu yang langsung tak ada rupa 'city'. Seorang meniaga rokok, satu van meniaga jagung bakar dan satu van lagi yang meniaga air jambu batu sudah cukup menerangkan yang belakang Kampung Cina ni belum layak kalau nak panggil city. Kampung Cina yang lagi bandar dari i-City Terengganu ni pun orang panggil kampung. Sepatutnya kontraktor hendel i-City ni harus berasa malu dengan penduduk Kampung Cina.

Cadang kami awalnya nak main mercun mahal di kawasan lapang tak siap i-City Terengganu. Bila main mercun mahal jenis bunga api tu, barulah orang ramai yang turut tak solat tarawikh tu akan pandang. Bila orang pandang, barulah kami warga Pengkalan Berangan ni boleh mendabik dada.

Tapi, setelah kami masuk ke kawasan lapang jalan berbatu belum diturap dan berlubang tersebut, kami perasan ada dua orang berpakaian polis pakai Honda Wave sedang berjaga bawah pokok tiruan bermentol kat kawasan tu. Melihat dua polis tersebut, kami terlebih dahulu mundar mandir cari port yang selamat untuk meneruskan projek bongkak kami, namun hasilnya cukup untuk buat kami batalkan projek sulung Ramadhan tersebut. Tiada port yang boleh dikatakan selamat. Jadi kami pun memilih untuk parkir kereta kami bersebelah dengan Kancil bewarna merah jambu yang kami suspek dalamnya ada satu pasang kapel. Bila tiga-tiga kereta kami siap parkir secara perfect, Kancil merah jambu itu pun mula beredar. Kami berasa kecewa dengan tindakan Kancil merah jambu yang telah pergi sebelum sempat kami bersuai kenal selari dengan kempen Rasa Sayang yang diterapkan oleh kerajaan Malaysia suatu ketika dulu.

Di kawasan kami parkir, ada tiga batang pokok tiruan yang masing masing meniru bentuk pokok krismas. Kenapa pokok krismas yang dipilih, kenapa tidak pokok durian, rambutan, duku atau pokok timun Cina itu bukan urusan gua. Ketiga-tiga pokok di port parkir kami diterangi dengan mentol mengikut warna masing-masing. Yang mentol warna hijau, daunnya nampak warna hijau, mentol warna merah jambu daunnya nampak warna merah jambu dan yang warna warni daunnya jadi warna warni.

Memandangkan Pengkalan Berangan belum tumbuh pokok sebegitu rupa, kami berasa sangat teruja dan seronok melihat pokok pokok pelbagai warna tersebut. Kerana sudah tidak ada kerja lain, kami pun mengambil gambar kenangan beramai-ramai dengan gaya yang paling gembira.


I-City Terengganu

***************

(2012,Pengkalan Berangan-Kampung Barat)


Selesai sahaja siaran ulangan rancangan Maharaja Lawak di kedai Amir, gua mula berasa mengantuk dan bersedia untuk pulang. Boleh jadi rancangan Maharaja Lawak yang diulang entah berapa kali ni antara faktor menyebabkan gua mengantuk. Kalau cerita Rambo, boleh jadi gua segar lagi.

Gua pulang dalam keadaan cuaca yang sudah berkabus untuk membentuk embun dengan EX5 ayah gua dengan brek belakang yang dah boleh berhenti kerja sebagai brek dan tanpa brek depan. Satu dua kali tu, kejang jugak kaki gua nak suruh motor berhenti.

Gua memandu begitu perlahan dengan meletakkan kemungkinan gua akan berhadapan dengan kerbau. Ada satu kali tu, kerana pekat malam, gua nyaris hendak bertembung dengan kerbau yang sedang berehat di tengah jalan. Nasib baik masa tu brek motor gua cekap mengedalikan keadaan. Tapi dengan motor sekarang yang penuh cabaran ini, elok gua mengambil sikap berhati-hati dengan memandu perlahan. Kang kalau langgar kerbau kang, payah pulak gua nak balik tidur.

Sepatutnya, gua boleh up lagi speed motor gua, tapi disebabkan keadaan yang berkabus, gua terpaksa bawak motor dengan kelajuaan yang paling rendah dengan kepala menjulur ke depan sambil mata gua kecil melihat jalan. Di kawasan Kubang Puyu yang dulu terkenal dengan kisah hantu pun, gua tak berani nak speed. Di saat ini, gua menyimpan dendam dengan kerajaan Terengganu.

"Celaka betul!! Dengan Rosmoh, bukan main lagi pasang lampu lip-lap, bina pokok krismas yang tak tau boleh buat apa! Tapi dengan rakyat sendiri yang siang malam berpeluh hendel tanah Terengganu ni, tiang lampu sebatang pun tak boleh letak. Bengong!"





2 ulasan:

  1. huyooo. cantik gak. mohon bawak

    BalasPadam
  2. wahh baguhnyo dio..rajin molek karang entri..gud job ^,^

    BalasPadam