Ahad, 8 Januari 2012

Cabaran dalam kehidupan seorang rokes.

Pagi semalam dalam dunia facebook, Benz Ali telah meninggalkan satu komen di bawah status yang telah gua up. Benz Ali ni baru sahaja gua berkawan dengannya atau dalam erti kata lainnya, gua baru baru sahaja 'add as friend' dia menjadi rakan di fesbuk bila nama dia menaik selepas demonstrasi budak budak universiti di Tanjung Malim tempoh hari. Semenjak dua menjak ni, gua kerap jugak 'add as friend' orang-orang yang ada nama. Iyalah, sekali sekala, ada jugak angin gua nak berkawan dengan brader-brader yang popular, dari status ustaz, anggota kumpulan rock, sampai lah ke satu makwe pengacara rancangan Kampus Dunia. Tapi, bab makwe Kampus Dunia ni, gua tak puas hati lagi ni, sampai sekarang dia belum belum approved lagi. Cibai betul.

Benz Ali ni, gua pun tidak berapa kenal dia ni orang yang statusnya macam mana. Budak universiti lagi kah, orang kerja kerajaan kah, tauke syarikat telefon Cina kah, ataupun jangan jangan dia ni cuma menyamar padahal sebenarnya ejen penyeludupan manusia ke Argentina. Atau lebih teruk lagi, dia ni adalah makhluk asing menyamar manusia untuk menakluk Bumi. Ah, itu semua gua tidak tahu. Tapi yang gua perasan dia ni power dalam membikin sajak-sajak yang ada 'isi'. Selain dari Benz Ali ni, gua ada lagi rakan fesbuk yang berbakat dalam membikin sajak seperti Shukri Mohd Ali, Mail Si Rokes Sastra dan si cantik manis Intan Maisarah. Tiga-tiga ni juga berkebolehan besar dalam membikin puisi-puisi yang kadang-kadang gua sendiri pun tak paham. Namun, mereka tidak sama dengan Benz Ali yang sentiasa konsisten dengan kata-kata penentangannya yang 'angry' terhadap apa yang dirasakannya salah. Tapi, salah di sisi Benz Ali, belum tentu salah di sisi Saiful Bukhari.

Selain itu, Benz Ali ni pada gua bukan sahaja calang-calang pembikin sajak, malah dia jugak seorang pemain sajak yang handal. Kalau tidak handal, masakan dia dari Kuala Lumpur boleh diajak turun ke Tanjung Malim untuk bersajak tempoh hari. Dari pengalaman gua, hendak ke Batang Kali menaiki komuter pun sudah penat punggung, inikan pula hendak meneruskan perjalanan ke Tanjung Malim. Tetapi, kalau naik kereta tu, tak tahu lah pulak gua macam mana. Mungkin ikut jenis kereta jugak. Kalau jenis yang tak ada ekon, gua rasa, lagi elok naik komuter.

Berbalik kepada soal status yang ditinggalkan Benz Ali, dia ada berkata lebih kurang," Gua buat apa yang gua minat je bro. Kalau kita buat apa yang kita minat, tentu kita boleh berjaya bro."

Secara personalnya, gua betul-betul setuju apa yang diutarakan oleh saudara Benz Ali. Dari gua sekolah lagi, gua berpegang pada prinsip ni. Malah, gua betul-betul membangkang ke sekolah gua yang petik dua tiga nama yang cerdik-cerdik supaya ambik doktor masa di universiti kerana prospek kerja lebih luas. Tapi, gua cuma bangkang secara belakang-belakang je lah. Kehkehkeh.

Betul, bila kita buat apa yang kita gemarkan, boleh jadi, kita akan mendapat kejayaan. Kalau tidak beroleh kejayaan sekalipun, sekurang-kurangnya akan mendapat kepuasan dengan apa yang kita buat. Tapi, sejak umur gua meningkat remaja, gua punya daya fikir, visi hidup, sistem antibodi dan pegangan tentang asas-asas berkmakwe telah berubah ke arah yang lebih berdaya saing selari dengan wawasan 2020 yang semakin tahun semakin hampir. Fikiran gua mula berubah, gua tidak lagi berpegang pada apa yang gua minat, tetapi pada apa yang dipanggil cabaran.

Sejak itu, gua mula 'jump into' ke industri yang bukan yang gua gemarkan atas hal ehwal cabaran. Gua mula berfikir bahawa semasa gua sedang muda remaja inilah peluang gua untuk menempuh segala bentuk cabaran untuk bekalan besok hari.

Ah, gua nak ke bola pulak ni. Ada masa gua sambung.

2 ulasan: