Rabu, 1 Jun 2011

Status

Dalam dua hari ni, gua punya aktiviti dengan fesbuk sangat terhad. Hal ini, bukan disebabkan gua banyak sangat kerja nak hendel, tapi fesbuk itu sendiri telah menghadkan diri dia sendiri untuk gua. Apa guna kalau gua menerewang ke dunia fesbuk tapi gua tak boleh tulis status, tak boleh nak balas komen, dan yang paling penting, gua tak boleh nak 'like'. Gua ni, kalau masuk dunia fesbuk, rasa tak kena pulak dengan jiwa gua kalau tak boleh like.

Tapi setakat ni scene yang paling menguji hati waja gua ialah gua tak boleh nak beritahu ke seorang minah yang bernama Hussin's Daughter. Kenapa minah ni nama macam ni gua tak tahu. Tapi bila Mohd Aidzul Fadzli kata dia ikhlas kata Hussin's Daughter ni lagi lawa dari Hana Tajima, gua tergerak jugak nak bagitahu ke Hussin's Daughter yang bila si Aidzul ni kata dia ikhlas, maknanya dia betul betul ikhlas, datang dari hati. Seorang anak muda hasil perkongsian hidup seorang guru Bahasa England dan seorang Polis tidak akan berperangai bukan bukan.

Tapi malam ni, gua punya nawaitu sudah jadi lain. Malam ni jiwa gua lebih kepada nak tulis status. Alang-alang gua mempunyai blog, baik gua tulis status di sini.

Status gua,
Sang Harima Abd Rahman
Setakat gua hidup, tak pernah lagi gua ada makwe macam Cikgu Zakiah.

Ok, sekian.

5 ulasan: