Selasa, 24 Mei 2011

Liga Super 2011: Terengganu 3-0 Negeri Sembilan


Semalam, sebelum gua buat keputusan nak pekena ke stadium, gua punya tenaga dah hilang separuh ke industri kelapa sawit. Maknanya, gua ada lima puluh persen saja lagi untuk gua naik motor, berlawan dengan suhu sejuk, beratur beli tiket, dan sound pengadil. Itu baru pergi, tak kira lagi untuk tenaga yang lebih lebih untuk gua balik pulak ke rumah, dan sembahyang isyak.

Andai kata la, dalam lima puluh persen ke stadium tu, gua terlebih guna enam persen untuk mengorat makwe lalu lalang. Mestilah tenaga yang sembahyang isyak tu kena tolak. Dan bila gua ter tak sembahyang isyak sebab kurang tenaga, sape yang nak tanggung gua punya dosa? Sape? Joseph Kalang tie?! Cilakak!

Gua punya dilema tu makan masa sampai ke Maghrib. Dan akhirnya, gua kalah kepada stadium dan Manaf Mamat. Dan juga tewas ke Fahmi Adli dan Izham Omar.

Dalam perjalanan gua ke stadium, 36 KM lebih kurang, tiga masjid pekena kuliah maghrib. Tu tak masuk lagi kuliah maghrib dekat Masjid Pengadang Baru yang bawak naik anak Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Ridwan Mohd Nor. Dalam kepala gua, kalau pergi stadium lepas tu Terengganu kalah, bangang benar la gua. Memang la gua ni bukan kaki kuliah, tapi alang alang terlepas pahala, biarlah kurang kurang ada untung belah lain. Kan? Hehehe.

Gua sampai stadium tepat sebelum sepak mula bermula. Masa gua masuk stadium, juruheboh tengah umum nama orang yang akan bermain. Cuma gua hairan. Mana orang-orang yang eksyen sangat masa lawan Pahang itu hari? Mana semua orang? Mana?!

Kah kah kah.



3 ulasan:

  1. ado jupo ayu rhaudhah kat astaka x? nyummy

    BalasPadam
  2. adop seng la..rilek doh ar...

    BalasPadam
  3. Pergh!! p kuliah la bro...

    BalasPadam