Selasa, 7 Jun 2011

Liga Super 2011: Terengganu 0-3 Kelantan.

Atas hal hal kecemasan, malam tadi gua tiba lewat di stadium. Dan campur malam tadi, ini kali kedua gua terpelosok tengok bola sampai ke pagar. Ini musim, orang Terengganu apa mimpi sampai tengok bola ramai macam ni. Dulu, masa liga Malaysia ni down, bertolak lepas maghrib dari rumah gua pun, steady lagi gua nak pekena tengok bola bawah scoreboard, sambil air seratus satu gelas dekat celah kaki. Malam tadi, padahal sebelum maghrib lagi gua bertolak, akhirnya kena pekena rapat ke pagar jugak.

Tapi, gua tak terkilan sangat kalau orang ramai nak datang, kurang kurang duit tiket boleh sumbang ke PBSNT, seterusnya ke Sharbinee Alawi dan Maslizam. Sekurang-kurangnya lah, tapi lagi elok kalau orang ramai ramai tu, beli tiket sepuluh ringgit, tapi bagi ke anak yatim lapan belas ringgit ke atas. Tapi, benda benda macam ni terpulang kepada hati budi dan keberanian masing masing. Mat rempit, lain hati budinya, kerani pejabat wisma, lain hati budinya, budak keropok lekor, lain hati budinya, atau Gambit Saifullah, juga lain hati budinya.

Hal beli tiket awal awal dengan ulat lima belas ringgit, padahal masa nak start lawan malam tadi harga jadi down sampai ke lima ringgit satu keping, itu terpulang kepada rezeki dan tuah pula. Macam gua, ada satu tiket gua beli lima belas ringgit untuk abang gua. Tiba-tiba, abang gua kensel di saat saat akhir. Itu mungkin rezeki tak menyebelahi gua.

Yang gua paling tak bekenan dan kesal dalam stadium malam tadi bila gua beli tiket sepuluh ringgit, orang boleh duduk atas jugak beli tiket sepuluh ringgit. Oklah, paling mahal pun lima belas ringgit. Itu gua tak kisah sangat, orang yang sanggup bekorban sedikit masa maghrib mereka dan mampu beratur awal, bolehlah masuk awal. Itu hak mereka untuk duduk di atas.

Tapi, gua paling tak suka bila gua yang duduk di depan bangun berdiri, orang belakang marah suruh duduk. Wahai penyokong, kalau lu nak tengok jugak, lu bangun la sekali bangang. Kata penyokong. Takkan gua bayar sepuluh ringgit (plus lima belas ringgit duit hangus) semata mata nak duduk mengadap papan iklan saje, bengong?!

p/s- malam tadi gua tengok, orang Terengganu mula start sembahyang maghrib dalam stadium macam penyokong Kelantan. Di pagar belakang bahagian orang orang sembahyang tu, ada dibentangkan bendera PAS. Mesej dakwah? Keh keh keh. Steady.. steady..

3 ulasan:

  1. haha..steady je orang kite..mu tu cepat sket mari sini

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam