Khamis, 5 Mei 2011

Pos Malaysia

Dengan cuaca yang panas berbahang mencecah 38.43 darjah celcius dan langit berwarna biru, gua bergerak ke sebuah pejabat Pos Malaysia di bandar Marang. Tujuan gua tak lain ialah membeli setem dan menghantar surat. Kebetulan gua tak beli setem lagi. Barangkali, kalau gua dah ada setem, tujuan gua ke pejabat pos boleh jadi menghantar surat sahaja.

Gua tiba di pejabat pos dengan cuaca yang masih lagi panas dan menghitamkan.

Gua keluar dari kereta dengan rambut satu level lagi setaraf dengan Jim Morrison. Kaki seluar jeans gua masih lagi terlipat dari waktu ambik air sembahyang Zohor tadi. Tangan kanan gua memegang erat sampul surat berisi surat. Gua berjalan dengan penuh berhati-hati dan cermat supaya gua tiba ke destinasi tanpa sebarang masalah. Kalau gua berjalan tergopoh-gopoh, lepas tu jatuh, gua bukan sahaja dapat sakit, malah malu sekali ke makwe makwe yang berkumpul di bilik multimedia sebelah pejabat pos tu.

Langkah gua cemerlang, gua berjaya tiba di pintu pejabat pos dengan selamat. Bertetapan dengan sangkaan gua. Gua buka pintu kaca pejabat bos, dan melangkah ke dalam. Dunia yang panas gua alami tadi, telah bertukar ke dunia yang lebih berhawa dingin. Ah, damai sekali!

Di dalam pejabat pos, kelihatan beberapa mamat dan minah sudah menunggu angka giliran masing-masing. Pejabat Pos di Marang tidak 'crowded' mana. Tapi setakat gua pergi pejabat pos mana-mana pun, takde lagi yang betul-betul 'crowded', tak macam bank simpanan nasional di Kuala Terengganu dekat depan plaza tu. Orang ramai gila, budak sekolah bersepah. Yang jenis indie ada, rambut kuning ada, jenis K-pop ada, macam macam budak sekolah ada. Yang gua peliknya, pejabat Pos Marang ni, nak jugak pakai sistem nombor nombor giliran ni. Membazir betul, tak macam wanita pertama kita. Bila minyak naik, barulah terhegeh hegeh marah ke kerajaan. Padahal dia tu sendiri suka membazir.

Sebagai persediaan, gua ambik pen di atas meja belakang mesin nombor dan menulis alamat penerima di atas sampul surat. Perasaan berdebar tu ada jugak. Takut takut kedudukan alamat yang gua tulis tu tak tengah betul-betul. Gua seterusnya mencapai gam di atas meja tersebut Gua gam hujung penutup sampul surat cermat cermat, supaya surat tu tak terkeluar di kemudian hari. Hal-hal macam ni tak boleh bawak bergurau. Dah la gua tulis pakai tangan, kalau tiba-tiba surat tu terkeluar masa atas motor posmen nanti, tak ke gua kena tulis balik? Ingat senang ke nak mengarang atas kertas A4 kosong?

Siap gam, gua terus ke kaunter. Nombor nombor giliran tu, gua tolak tepi. Sudahlah nombor giliran tu membazir, takkan gua nak membazir lagi masa gua nak pergi ambik nombor giliran. Prinsip kena jaga beb.

Tiba di kaunter, gua dengan baju semalam, tersenyum senyum bertanya, mata gua pandang ke akak kaunter yang tengah duduk di atas kerusi.

"Kak, setem se.."

"Nak yang berapa..?" tanya akak tu.

"Err.. seringgit.." jawab gua sopan, sesuai dengan imej rambut yang satu level lagi nak sekali dengan Jim Morrison.

"Berapa..? tanya akak tu lagi. Posisi duduk akak tu tak berubah. Cuma, tangan dia sibuk membelek kertas di sebelahnya.

"Err.. se je.." gua masih lagi 'maintain' senyum. Bak kata Raihan, senyumlah sedekah yang paling mudah..

" Ye la, tapi nak yang berapa..?!" Muka akak tu yang tadinya serius bertambah serius. Kini lebih ke nak marah. Kening dia mengerut sedikit ke dalam.

"Singgit, singgit.." balas gua laju.

Gua ambik setem, gua kasi duit.


Pantang betul gua, kalau kakitangan kerajaan ni tak pandai senyum. Lagi lagi yang jaga kaunter. Celaka! Ingat gua tak bayar cukai ke?!

Kang ada jugak gua tendang warga hamil kang!

10 ulasan:

  1. ibu hamil tak bersalah! haha

    BalasPadam
  2. lu jgn la gengster kat warga hamil
    nnti wa tendang lu kang

    BalasPadam
  3. haha,adab kene jage!!!jangan main-main..kekgi ade hok nok kene report polis kang

    BalasPadam
  4. amboi..sampai nak tendang ibu hamil...tak baik adik..dosa....nnt tuhan potong kaki..

    BalasPadam
  5. aok jgn pegi pejabat pos perlis...
    cari y dekat2 sudoh....
    kang kene terajang kang...keh3

    kem salam kt honey bunch...comel orgnye...kah3

    -org RTM-

    BalasPadam
  6. Ok Honey Bunch. Terima kasih. Oh ya, Honey Bunch, Piyol kirim salam..

    BalasPadam
  7. owh sungguh aku xpehe...apo saloh ibu hamil? hahahahahahahahha

    BalasPadam
  8. bekeng teh kak pong. kang oyak doh takdi, dok dengo jangan ah maroh kokrang gitu, x rock ah.

    BalasPadam