Sabtu, 7 Mei 2011

Liga Super 2011: Terengganu 4-0 Kuala Lumpur.


Gua sebenarnya tak faham, apa kaitannya helang dengan Kuala Lumpur. Tiba-tiba Kuala Lumpur pakai helang sebagai maskot. Pada mulanya gua ingat maskot Kolupo ni gagak. Dan memang sepatutnya Kolupo ni pakai gagak. Barulah kena dengan Kolupo, tanah tumpahnya darah gagak.

Lagipun pakai gagak ni gua rasa lebih steady, lebih jalanan. Barulah nampak diri tu kental, tak manja. Pergi mana-mana pun pandai cari makan, orang kata boleh hidup tempat orang. Hidup pun banyak cabaran. Nak kena elak dari orang ramai lagi, majlis bandaran lagi, senapang lagi, dipandang keji oleh masyarakat lagi, tapi semangat untuk hidup, untuk ke depan masih tinggi. Ini baru dipanggil pejuang. Pejuang jalanan. Street Fighter. Habugen!

Ini tidak, pakai helang. Helang ni mana ada semangat jalanan. Terbang pun tinggi tinggi, kalau berani turun bawah pun, dekat laut, tempat takde orang nak kacau, takde orang nak tembak. Memanglah nampak gah terbang tinggi-tinggi, nampak angkuh, tapi dalam hati sebenarnya penakut. Cubalah turun ke jalan raya macam gagak, tengok mana lagi terer elak peluru. Mana lagi boleh hidup lama. Yang berani tinggal dengan masyarakat pun kena jadi kuli manusia. Kerja kat ladang tangkap tikus. Tak garang langsung.

Makan pulak, nak sedap-sedap saje. Nak daging je, barang lorong-lorong ni tak nak. Kotor lah sangat. Tu lah budak kolupo sekarang, makan nak KFC je, Mek Donel je. Gerai-gerai dekat tepi jalan nasik berlauk, mana nak pandang. Eksyen betul, jenis mengada.

Helang ni pulak jenis angkuh, jenis nak terbang tinggi saje. Hidup nak senang je, takde cabaran. Kira dapat makan dan boleh pakai smart sudah. Macam budak Kolupo sekarang. Mana lagi ada yang jenis nak susah susah. Kerja nak senang saje. Mana ada lagi yang semangat nak cari padang, buat tiang gol sendiri sendiri pakai buluh. Mana ada. Semua nak kena Majlis bandaran sediakan. Tiang gol nak kena majlis bandaran sediakan, mesin rumput nak kena majlis bandaran sediakan. Lepas tu majlis bandaran pulak jenis tak buat kerja. Ingat nak bangunan bangunan tinggi saje. Last-last budak Kolupo kira senang, main futsal. Habis duit takpe, janji tak payah susah susah. Boleh ajak makwe main sekali. Boleh tunjuk rambut pacak, boleh tunjuk rambut kuning, rantai, jersi siam ada nama sendiri dekat belakang, dan boleh tunjuk Ronaldoh.

Manja sangat. Akhirnya tengok apa jadi Kolupo sekarang. Apa yang ada? Tengok ramai mana yang jadi Justin Bibir, yang jadi Bruno Mars, jadi rambut pacak, jadi shuffle, jadi rambut kuning, jadi pakai baju sejuk tebal tebal tengah panas, jadi K-pop dan jadi Gula-gula. Ramai mana?!

Helang la lagi. Last last mari Terengganu, jadi helang gulai kawah! Amacam? Kah kah kah.

******


Gol pertama- Hadi Yahya. Macam biasa, Hadi Yahya hanya pandai skor gol. Bab lain tak reti. Tahan bola out. Passing out. Bawak bola out.

Gol kedua- Manaf Mamat. Silap dari bek Kolupo clear pass ke Manaf Mamat. Manaf solo sampai ke gol sampai ke orang jual air coke dekat pintu masuk.

Gol ketiga- Helmi Rameli. Malam tadi Helmi Rameli rajin sungguh naik ke atas. Sekejap sekejap naik ke atas, sekejap sekejap naik ke atas. Akhirnya boleh skor sutir. Terima kasih ke Ashaari Samsudin untuk satu passing yang cantik dari berpuluh puluh passing yang macam gampang gayanya.

Gol keempat- Sekali lagi Manaf Mamat. Penjaga gol Kolupo dah hilang punca. Tak tau lagi mana nak fokus. Nak fokus ke bola ke nak fokus ke Ultras Tranung yang menganjing. Kah kah kah. Ultras, lu orang buat kerja dengan bagus malam tadi.

Ismail Faruqi- Ismail dah makin berani. Dah sedap nak tengok, tak macam awal-awal musim itu hari. Cumanya, Ismail Faruqi sekarang belum lagi sampai tahap Ismail Faruqi dua tiga tahun sebelum ni, sebelum cedera dan naik mahkamah sebab langgar orang.

Zubir- Rajin betul budak ni. Makan menda la. Gua dengar, Ong Kim Swee nak ajak main dengan Olipmpik Malaysia. Peh, seronok la lu boleh pergi luar negara.

Ashaari Samsudin- Ini kelakar, ini kelakar. Petang semalam akhbar apa entah, ada cerita pasal Ashaari. Ashaari cakap pemain Terengganu harus elak dari melakukan kesilapan-kesilapan. Padahal malam tadi, dia la yang paling mengarut malam tadi. Kah kah kah.


Pemain No17 Kolupo- Contoh terbaik Kuala Lumpur. Rambut pacak dan warna kuning. Sepak merata. Kah kah kah.


p/s- Macam mana orang Perlis? Dengar kata malam tadi boleh makan adik penyung.

* Habis bola, gua kejar ke ceramah Anwar. Celaka! Patutla tak ramai pergi stadium. Orang Terengganu habis ke ceramah.

4 ulasan:

  1. weh,mu x kabo g stadium..pahtu aku ingt ceramoh abih doh lepas bola,aku dok g aa..rugi2..update pasal ceramoh kali pahni..

    se lagi,patot ade gambor player 17 KL tu..haha

    BalasPadam
  2. tahun ni aok kalo nk beli baju raye,jgn shopping dkt kolumpo...
    karang org kolumpo terajang aok dpn kfc xtau la mcm mane...haha

    -org RTM-

    BalasPadam
  3. crow zero power bai... kahkah

    BalasPadam