Selasa, 3 Mei 2011

Anak Buah.

Gua ada empat orang anak buah. Dua orang duduk dekat Kolupo, darjah tiga dengan adik dia darjah dua. Dua orang lagi pulak 6 tahun dengan 4 tahun menetap di Kok Lanas. Sebenarnya, Kota Bharu dengan Kok Lanas tu, boleh tahan dia punya jauh sampai naik kereta boleh tertidur. Tapi, ada sebijik politeknik belakang jalan sana tu, pakai nama Kota Bharu jugak. Apa budak Kok Lanas tak mengamuk ke? Lembut betul.

Semalam, anak buah gua dua orang dari Kelantan tu ikut mak gua yang pergi ke Kelantan hari Jumaat baru ni, pulang ke rumah gua di Terengganu.

Kiranya, dua dua orang anak buah gua tu akan tidur rumah gua. Tak munasabah betul anak buah gua umur enam dan empat tahun nak naik bas balik pulak ke Kelantan. Makan nasik pun tak pandai kasi habis lagi. Tumpah pulak tu.

Malam tadi, anak buah gua tidur depan tivi. Dari start malam sampai ke budak dua orang tu tidur, tivi tetap terpasang cerita kartun. Sedap betul budak-budak sekarang. Dulu masa gua kecik mana ada can nak tengok kartun malam-malam hari ni. Paling last pun cerita Doraemon time Maghrib. Itu pun, gua tak boleh tengok sebab kena mengaji. Cuma ada satu season tu, tv3 siar cerita kartun tajuk Futurama tiap tiap Selasa pukul 10 malam. Episod pertama pun gua dah tak berapa senang dengan cerita kartun macam tu, tak 'friendly' betul dengan kanak-kanak. Buat susah pulak nak tidur malam.

Pagi tadi, macam biasa gua di tempat operasi gua. Depan tivi jugak, tapi belah belakang-belakang sikit dekat kerusi panjang. Kerusi panjang ni lah tempat gua buat kerja, main fesbuk, tengok youtube, dengar lagu, baca buku, menulis blog, jadi manager bola, tengok drama Melayu, tengok bola dan pekena tidur. Bahkan, kain selimut pun gua letak atas kerusi panjang macam tu je takde simpan simpan. Tapi, mak gua macam tak kisah sangat dengan perangai tidur atas kerusi panjang ni, dia lebih kisah ke rambut gua je.

Sedang gua sedap sedap pekena komputer sambil berkain pelikat, anak buah gua hok enam tahun tu, bangun dari tidur. Gua tengok saje kelakuan anak buah gua. Gua tak minat sangat nak into dengan masalah tidur budak-budak ni. Disuruhnya gua buat air milo dalam botol kang, tak ke menyesal gua. Gua perhatikan saje sambil tangan kanan gua pegang tetikus. Dengan muka anak buah gua masih bersepah, peratus mata dia terbuka pun sama banyak dengan peratus mata nak tidur, dia ambik remote astro kat bawah bantal golek, terus 'tune' ke kartun. Peh!


Hal-hal macam ni, kementerian mana nak incas ni?! Hah?! Takkan nak kasi ke kementerian kesihatan lagi.

6 ulasan:

  1. pok sdare je incas..kate cuti 5 bulan..hihi

    BalasPadam
  2. hahaha~

    pak sedara apa lagi.jalan kan tugas jage anak2 sedara la..

    praktis utk anak sndiri nnt.~

    BalasPadam
  3. g jaln rr..amcm??

    BalasPadam
  4. layan leah dizon best......

    BalasPadam
  5. peh..
    pak sdara wat nak sdara seposen doposen ja..
    xkamceng siot!

    BalasPadam