Ahad, 24 April 2011

Liga Super 2011. Terengganu 3-0 Perak. (Entri yang sangat panjang macam karangan SPM)

Pra perlawanan.

Gua rasa, inilah masanya yang gua tunggu-tunggu. Selepas beberapa siri perlawanan gua terlepas sebab hal-hal yang tak dapat gua hendel, inilah peluang paling cerah untuk gua kali pertama tahun 2011 ni ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semata-semata nak pekena bola Terengganu. Untuk tujuan lain, apa kejadah nak pergi ke stadium tu. Entah apa la yang ada selain dari air panjut dengan kapal Monsun Cup dekat corner dekat traffic light tu. Itu pun, gua rasa bangang lagi kalau pergi ke stadium tu sebab nak tengok air panjut.

Gua tiba di stadium dengan Syed Iqbal ketika orang sudah mula ramai sampai. Berdebar jugak gua tengok orang ramai masih lagi beratur panjang nak beli tiket. Padahal masa tu lagu Negaraku dah nak start. Maunya tiket habis, tak ke menyesal gua tidur masa maghrib sebelumnya.

Setelah tiga minit kesabaran gua beratur dengan asap keropok lekor bersepah dekat belakang, gua pun mengamuk. Semua yang beratur membeli tiket menjadi takut dan gerun terhadap gua lalu kasi laluan kepada gua dahulu untuk setel hal tiket. Gua pun berjaya dapatkan tiket Piala FA Terengganu lawan Pulau Pinang. Entah tiket zaman bila dia kitar semula. Harga sepuluh ringgit jugak.

"Err.. Dakpe ke ning?!" tanya Syed Iqbal gelabah memikirkan hal tiket.



Ketika Perlawanan


Kami masuk ke stadium. Setelah mendapati tempat bawah scoreboard penuh, kami menuju ke belakang gol. Tempat di mana van FRU selalu ambik tempat.

Dari fesbuk lagi gua dapat tahu yang Ismail Faruqi tidak akan turun, dan Marzuki Yusof akan kembali beraksi gaya Marzuki Yusof. Ismail Faruqi digantikan dengan Nordin Alias di mana Nordin akan jadi defensive mildfielder dan Resyafiq Alwi diangkat menjadi perancang utama ganti Ismail Faruqi.

Resyafiq Alwi bermain dengan baik sebagai seorang tengah yang merancang. Passing pun bagus-bagus gaya seorang pemain tengah sebenar tak macam kebanyakan pemain tengah liga super yang lain. Jenis sepak berterabur, lepas tu suruh penyerang kejar sendiri. Apa punya tak sekolah gaya main bola. Gaji dapat juga.

Resyafiq main dengan cara yang betul, passing kasi sampai ke kaki sape dia nak passing. Yang penting sampai, hal kemudian belakang kira. Itu kerja penyerang dan pertahanan Perak. Kalau pertahanan Perak bongok, maka mudahlah kerja Ashaari Samsuddin dan rakan-rakan.

Nordin Alias yang telah kembali ke posisi asalnya pun bagus, tahu macam mana nak tekel bola. Lepas dapat bola tahu sape dia nak passing. Kadang-kadang dia passing belakang kepada bek kalau agak-agak tak yakin, kadang-kadang dia passing ke Resyafiq supaya buat kerja. Dan kadang-kadang terus kepada penyerang. Tapi, banyaknya dia passing ke Resyafiq la. Mungkin pengalaman disishkan dari mendapat tempat di dalam skuad dan paling tidakpun diletakkan ke posisi yang berterabur sebagai pemain gantian, mematangkan permainan Nordin.

Bahagian pertahanan diketuai oleh Kapten Marzuki Yusof sebagai bek tengah dan dibantu oleh Mizan Kamarudin juga sebagai bek tengah dimana kedua dua mereka bermain secara Marzuki Yusof. Jenis dapat bola je, tendang ke langit dan menyusahkan rakan sepasukan yang lain. Tapi setidak-setidaknya buat seketika mampu menyedapkan hati Sharbinee Alawi.

Beberapa pergerakan menarik dari pasukan Perak yang diketuai oleh pemain nombor 19 dapat dipatahkan dengan beberapa freekick. Mau kalau Marzuki Yusof tak terjah Akhmal Rizal tu, boleh jadi gol buat Perak. Kalau Perak gol, tak ke tak sedap duduk gua tengok bola.


Perak juga main sedap. Orang kata sedap nak tengok. Dua tiga kali gerakan menarik satu dua satu dua yang membuatkan bek-bek Terengganu tengok saje, sampailah Marzuki Yusof ataupun si Mizan tu spirit nak clear tu menaik sampai tersepak-sepak kaki Akmal Rizal dan rakan-rakan. Nasib baiklah Perak tak terer freekick.

Larian dari tepi no16 dan no12(kalau tak silap) Perak juga boleh tahan. Ada dua tiga kali larian no 16 melepasi Zubir Azmi dan Nordin Alias secara serentak, sampai terkejar-terkejar Zubir Azmi. No 12 pun boleh tahan gelecek bola, cumanya kadang-kala nampak jelas Helmi Rameli, bek kanan Terengganu lagi kuat, tinggi, dan terrer dari No 12 Perak. Zubir Azmi pun bermain dengan baik, kadang-kadang dapat tekel si no 16, yang katanya dipanggil skuad olimpik. Tapi no 16 malam tadi nampak macam di marking kemas oleh Zubir Azmi. Oklah main bola setara tu.

Perak jadi kalah sebab Perak punya pertahanan terlalu nak steady. Takde yang jenis tak penyabar macam Marzuki Yusof. Bek tepi dua dua orang nampak mudah sangat Joseph Kalang Tie dan Ashaari 'Saha' Samsuddin kasi lepas. Padahal Saha malam tadi bukan sedap sangat. Bek tengah dua orang tu pun macam nak tak nak je tekel Hadi Yahya. Hadi Yahya nampak mudah nak control bola walau masa tahan tu bola sebatu dari kaki. Mungkin bek Perak terlalu tumpukan Manaf Mamat. Bila Manaf Mamat dapat bola, pasti dah ada dua orang kepung dia. Memang malam tadi punya game Manaf tak berapa nak menaik. Rembat pun tak berapa nak padu. Tapi, apa Perak ingat Manaf Mamat saje yang main bola untuk Terengganu? Tapi tak tahulah kalau Norizan Bakar memang sengaja malam tu target dia, supaya setakat Manaf tak score, itu sudah kejayaan untuk Perak.

Gol-gol


Gol pertama oleh Hadi Yahya pada separuh masa pertama. Dalam minit ke 19 lebih kurang. Crossing yang baik dari Saha selepas mudah lepasi bek kanan Perak. Didada juga dengan baik oleh Hadi dan tendang bola ke penjuru bawah kanan penjaga gol. Bek Perak pun nak challenge tak nak challenge pun sama banyak. Tak bersungguh.

Gol kedua dari gerakan menarik passing satu dua satu dua start dari Resyafiq Alwi dan disudahkan oleh Resyafiq. Bek Perak sampai ke penjaga gol, hanya mampu tengok tengok tanpa sebarang tindakan. Lemah.

Gol ketiga Terengganu sah sah memang silap abang yang berjanggut lebat tu. Akibat terlalu steady nak clear bola dari kotak penalti dengan hanya passing. Dan kebetulan pada masa yang sama, orang yang dia passingkan bola tersebut ialah Hadi Yahya yang juga berada dalam kotak penalti. Kebetulan pula Hadi Yahya ialah pemain penyerang Terengganu. Mau taknya Hadi Yahya tak rembat.Rembatan yang boleh tahan padu gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol sebagai seorang penjaga gol yang makan gaji. Kebetulan pada masa yang sama Joseph Kalang Tie telah berada di depan menjaga gol yang meniarap. Tanpa fikir panjang, Joseh Kalang kasi satu rembatan padu ke arah pukat. Tapi, gaya pergi peluk tiang gol sambil malu-malu lepas score gol, tak patut dapat pujian.

Pemain Terbaik


Malam tadi tiada yang paling insan kamil dalam bola sepak selain Joseph Kalang Tie. Dia bermain bola gaya bermain bola. Sebagai inside winger, dia tahu bila masa nak passing, bila nak rembat, bila nak masuk tengah, bila nak gelecek, bila nak duduk jauh dari orang, tahu macam mana nak tahan bola kasi lekat, macam mana nak tahan bola macam Dennis Bergkamp, kalau ada orang belakang, macam mana nak buat, macam mana nak kasi lepas dua tiga orang sekali bawak bola, tahu bila mana nak tekel keras, dan boleh sumbat satu gol. Paling legend, ialah ketika Joseph Kalang Tie tiga kali gelecek dari tempat orang ambik corner dengan skil yang tinggi macam dalam tv. Gaya gelecek macam tu, entah Idlan Talaha boleh buat ke tidak. Memang gaya seorang pemain bola. Sekali dua tendang ke langit tu boleh maaf la lagi, Joseph Kalang punya gaji bukanlah samapai tahap gaji budak Birmingham. Kiranya, kalau duit tiket sepuluh ringgit gua tu masuk gaji Joseph Kalang Tie, memang gua tak menyesal. Sepatutnya budak bola yang gaji tinggi-tinggi dan pakai kereta mahal rasa bersalah dengan Joseph Kalang Tie ni.


Pasca Perlawanan

Lepas habis pekena bola, gua, Syed Iqbal dan Afifi Embong pekena pulak tom yam di Wira Tomyam sebelah benteng dekat Tanjung. Dia punya makwe yang ambik order boleh tahan lawa ada tahi lalat atas bibir. Dulu masa gua sekolah rendah, scene tahi lalat atas bibir ni menaik jugak. Masing-masing nak jadi Siti Nurhaliza.

Tapi disebabkan gua professional dan pemalu pulak tu, gua hanya duduk diam dan tak mengorat makwe tersebut.

Usai gua pekena tom yam, kami pun berangkat pulang. Sebelum gua tiba sebetulnya di depan motor, sempat gua angkat tangan dan tunjukkan tanda bagus ke seorang brader rambut pacak kebawah dan bermata sepet yang makan di meja hujung. Di sekitarnya, ada dua tiga orang lagi muka sebalas dengan brader tu. Brader tu balas balik angkat tangan dan tanda bagus pakai ibu jari.

"Dah makan?" Tanya brader tu yang pakai baju ada tulis Juventus.

"Dah.. Dah.." Jawab gua yakin gaya orang Terengganu. Mulut gua tersengih-sengih.

Kami pun naik motor dan pecut balik.



* Tau sape brader yang tanya gua tu?? Peh, Joseph Kalang Tie!!

*Semua gambar dipetik dari ganusoccer.net

7 ulasan:

  1. sebelum mu update ni aku tahu dh awok mu jupe kalang kat tanjung.pipi kabo..tapi mnde-mnde hal,match preview,match anlysis,match highlight bagus2 blake..haha

    BalasPadam
  2. pnjang or..zz
    tapi bat bile joseph kalang tie nk msuk islam?
    men bola sdap doh

    BalasPadam
  3. kemah2...
    kno rajin nulis lg la cuti2 ni...
    mitok copy link deh...

    BalasPadam
  4. bes,jaddi,kemah keming,
    typical legend sembak.

    BalasPadam
  5. joseph kalang ni ada join freemason ke?

    BalasPadam
  6. pergH!! tkor truh ak dgn blok sokernet..

    BalasPadam