Isnin, 29 November 2010

Pengalaman semalam ke ladang kenaf.

Kalau yang duduk kat bandar nak tahu, benda kat atas ni orang panggil dia traktor. Tapi, kampung gua panggil 'injen gale'.


Cuaca pagi tadi sedap-sedap buat berjalan. Panas pun tidak, hujan pun tidak. Mendung tahap boleh jemur baju orang kata. Tetapi disebabkan gua tak berduit, gua turun ke ladang kenaf untuk hal-hal pengangkutan kenaf. Kalau gua ada duit, cuaca sedap, mungkin lain ceritanya. Kalau gua tak ada duit, dan cuaca pulak macam setan, mampus la gua nak turun. Baiklah gua bermain fesbuk.

Secara zahirnya, memanglah kelihatan gua seperti seorang anak yang menolong ayahnya menguruskan ladang. Tetapi tak ramai orang tahu, sebenarnya gua dan ayah gua hanyalah rakan kongsi dalam industri kenaf ni. Hal ini kerana, semasa kursus penanaman kenaf di wakaf Bukit Guntong itu hari gua juga turut serta dari awal sampai ke makan nasi dagang. Cumanya, duit modal tu semua jatuh ke ayoh gua la.

Lepas hendel atap zink dari rumah Awang Cik Deris ke rumah gua, barulah gua boleh 'into' ke scene kenaf. Selepas dua kali gua turun naik turun naik mengangkat ikatan kenaf, gua mula jadi letih dan berehat di bawah panas terik. Dalam hati sanubari gua, rasa celaka pulak gua tak bersiap sekali dengan air bawak ke ladang. Sudahnya, tengkuk gua rasa kering dan haus. Disebabkan gua pemalas, gua stay duduk bawah panas terik dari gua balik ke rumah minum air. Rasa bodoh pun ada, tapi takdela bodoh tahap KLCC.

Tiba-tiba gua terpandang segulung tali rafia di sebelah gua dan hati gua terdetik, " Peh, ikat kenaf dekat hujung sana dulu lepas tu angkat balik, orait jugak." Gua pun bangun dan mendapatkan tali rafia dan mencari parang. Sampai scene gua cari parang, gua lagi down.

"Lagi gampang kalu gi kebun dok bowok parang!"

p/s- Semalam gua hendel traktor buat kali pertama. Gua rasa, traktor la kenderaan paling steady pernah gua bawak.

6 ulasan:

  1. haha,vespa x steady macam injen gale k?

    BalasPadam
  2. gua rasa, time-time ginilah molek untuk gua pakai gugel. tanya apa menatang kenaf tu.

    keh keh keh.

    BalasPadam
  3. "Kenaf [Etymology: Persian],[1] Hibiscus cannabinus, is a plant in the Malvaceae family. Hibiscus cannabinus is in the genus Hibiscus and is probably native to southern Asia, though its exact natural origin is unknown. The name also applies to the fibre obtained from this plant. Kenaf is one of the allied fibres of jute and shows similar characteristics. Other names include Bimli, Ambary, Ambari Hemp, Deccan Hemp, and Bimlipatum Jute.It is labelled as Gongoora in Indian, Korean, American food and groceries chains in the United States. Gongoora is from Telugu. For Telugus it is a favourite food leaf. It is cooked with daal and eaten as saag. They even prepare a kind of pickle with the leaves that lasts for one or two years. It is said to be rich in Iron." - wikipedia

    BalasPadam
  4. main dok igt gtu bwok pisau mesen doh ah sembak.,

    BalasPadam
  5. molek amk pisa ckur ak ad h0k lbh bak..

    BalasPadam