Rabu, 1 Disember 2010

Dalam hati rakyat Malaysia ada hoki.

(2000, Pengkalan Berangan)

Masa gua darjah empat, kelas ada dua je, empat Berlian dan empat Mutiara. Gua masa tu kelas Berlian, kelas depan. Manakala Empat Mutiara kelas belakang. Tapi dari segi susunan, kelas empat Mutiara dulu, barulah kelas empat Berlian. Lepas kelas empat Berlian ada pulak kelas budak darjah lima, lima Berlian. Sebelah kelas lima Berlian, ada longkang macam air terjun. Longkang tu buat main berlumba ranting kayu atau daun memang masuk masa baru lepas hujan.

Macam biasa, masa darjah empat ni, subjek paling diberi fokus dan perhatian ialah PJK. Sebenarnya, bukan sahaja darjah empat yang 'into' dengan PJK ni, darjah satu, dua sampai ke tingkatan lima semua minat dengan subjek PJK. Cumanya, masa tingkatan lima, subjek PJK lebih ke tidur dalam bilik sakit.

Masa tu, dressing PJK, ringkas-ringkas saje. Baju tshirt rumah sukan dan seluar trek. Seluar trek tu kadang-kadang dah empat kali jahit dekat kangkang. Jersi masa tu tak menaik lagi dalam kalangan budak-budak darjah empat. Yang jenis wakil sekolah pun setakat pekena jersi yang dah berbulu cap Henberg atau Cobra. Tak macam budak sekarang, darjah dua darjah tiga dah pandai berjersi dan rambut pacak. Bila kena tampar, marah dekat cikgu. Padahal muka dan rambut sendiri yang menaikkan spirit nak kena tampar. Bodoh macam harga minyak.

Pagi-pagi dari rumah lagi, dressing dah kemas seluar trek berjahit dekat kangkang dan tshirt rumah sukan percuma yang berisiko tinggi untuk tetas benang. Habis baca doa pagi dekat tepi kelas, tak cakap banyak terus ke padang.

Kelas gua dekat bawah bukit. Dekat atas bukit tu ada kantin. Sebelah kantin, bangunan pejabat dan tempat parking. Sebelah bangunan, barulah ada tangga menaik ke padang. Sebelah tangga tu ada paip air, yang khas untuk basuh alat-alat kebun Abang Sukri dan buat minum.

Dengan fikiran berat ke nak main, semua line-up darjah empat lebih memilih naik ke padang pakai bukit bawah kantin. Kalau pakai tangga yang menghala ke makmal dulu, rugi masa orang kata. Dalam bermain, masa mana boleh buat main-main. Belum sampai ke padang lagi, scene mendaki bukit dah banyak menyumbang warna tanah ke kasut. Lebih-lebih lagi masa lepas hujan. Habis berselut. Tapi gua dalam kategori bernasib baik, sebab gua pengawas. Bila pengawas ni, hukum dia wajib pakai kasut hitam. Bila pakai kasut hitam, bab tanah ni takde masalah sangat.

Sampai ke padang, dua tiga orang mamat akan ke stor sukan ambik bola sepak getah cap piala. Nak pilih bola ni makan masa jugak. Nak cari bola yang bercampur dalam dengan bola jaring, bola tampar satu hal, nak cari yang tak kempis pulak satu hal. Ada sekali , masa bola tampar tak diketengahkan lagi dalam sekolah gua, bola tampar tu, kita orang buat main bola sepak. Peh, tendang rasa laju je.

Disebabkan hal mencari bola yang sesuai makan masa, budak-budak lain standby apa-apa yang patut dekat tepi padang. Yang jenis slow, baru nak cabut kemuncup dekat seluar. Ada juga yang standby pakai sarung kaki tebal yang dekat tumit dan bahagian depan tu berlubang. Kita orang panggil 'guard' kaki, nak kasi tendang sedap. Dan kalau nak diikutkan, rata-rata dari kita orang lebih tertarik untuk berbincang hal ehwal semasa seperti Senario dan Roda-roda Kuala Lumpur dekat tepi padang.

Bila bola dah jumpa, kita orang akan bahagi team ikut kelas masing-masing. Kelas gua, empat Berlian kelas nombor satu, lelaki dia sikit. Jadi, yang cikai-cikai dari kelas Mutiara akan diimport masuk ke pasukan gua. Dan hanya penjaga gol yang ada posisi, yang lain, yang striker, yang tengah, yang bek tengah, yang Asrarudin Putra Omar dan yang Amri Yahyah boleh main ikut suka kejar bola berterabur sampai ke letih. Sebenarnya sampai habis waktu, tak ada pun yang letih.

******

Hendak dijadikan cerita, pada suatu pagi, tengah-tengah kita orang sedang berebut bola berterabur tak ubah macam sekawan lalat, tiba-tiba datang seorang berbadan besar hitam dengan dressing baju tshirt berkolar nampak bulu dada sound.

" Woi Bodo! Sape suruh mung main bola?! Hah!"

Serta merta, perlawanan bola itu terhenti. Ya, orang itu tak lain tak bukan ialah Encik Musa Khan. Guru PJK dan jurulatih hoki sekolah.

" Bodo! Mung, mung, mung, bodo! Gi ambik 'stick' hoki dalam stor wat mari sini. Mung! Ambik skiter, bodo!"

Jerit Encik Musa Khan lagi dengan 'tune' berat ke Amitabh Bachan sambil jari telunjuk menghala ke muka dua tiga orang mamat.

Dua tiga orang yang muka dia jadi 'target' jari telunjuk tunduk muka berjalan perlahan-perlahan menuju ke stor sukan. Kita orang semua juga jadi down dan yang jenis berani sikit, tunduk sambil tarik muka tak puas hati. Tapi berani-berani pun, masa tarik muka tu, menyorok jugak belakang kawan.

Walaupun tiada seorang pun dari kita orang yang berani bersuara dan menyatakan hak sebagai pemain bola sepak antara kelas, gua tau, dalam hati masing-masing ada "Babi!".

Babi!

p/s- Masa darjah enam, gua dengan hoki ni macam Devid Bekem la, main sayap dan ambik free kick. Kehkehkeh.

20 ulasan:

  1. musa khan tu main hoki utk pakistan ke?

    BalasPadam
  2. haha..macam2 mu nok letok..
    harge minyok sepom,bola sepom,beckham lagi..
    power mbak..haha.
    idea semalam je xdop..

    BalasPadam
  3. dulu darjah pat n lima men hoki gak
    pastu main bola baling gak

    tapi xdapat nak wakil sekolah sbb mak aku tak kasi aktif sukan, nanti kene rotan
    takut ooo

    BalasPadam
  4. mesti comel sembak di waktu kejadian..,

    BalasPadam
  5. gua biasa jadi penunggu tepi padang je. sebab tak bawak baju. kena bantai bodohbodoh dengan cikgu, gemok lak tu.

    ouh, cikgu lu dulu harima, saiz berapa aaa?

    BalasPadam
  6. Saiz Amitabh Bachan, kira cikgu-cikgu biasa saiz Sahahrukh Khan. Saiz je la, muka tak.

    BalasPadam
  7. blog anda mkn maju..

    BalasPadam
  8. haha. kemah demo. sek sukey...jame kawe dulu cikgu PJK mudoh jah, bui sebutir pastu suruh budak main bola kokse, beliau gi isap rokok kt kantin lyn Di Mana Joe Jambul

    BalasPadam
  9. penulisan yang mantop

    BalasPadam
  10. teruskan dengan usaha anda, ddr pasti beryaya

    BalasPadam
  11. maju terus dan kehadapan

    BalasPadam
  12. kejora di hati salmah

    BalasPadam
  13. anda mungkin yang kami cari

    BalasPadam
  14. terasa nak berkumpul ramai 2

    BalasPadam
  15. tanda soal takdok odo17 Disember 2010 1:34 PTG

    mu mandi dok g?

    BalasPadam
  16. bangun ah wei solat pulok

    BalasPadam