Isnin, 5 Julai 2010

Memoir Piala Dunia 2006: Brazil 0-1 Perancis

Gua tengok jam pukul 11.30. Sikit jam lagi Brazil akan lawan dengan Perancis. Perlawanan ni, gua kena kasi tengok. Mana boleh gua terlepas lagi, dah la masa Brazil tapau Ghana tu gua dah tak tengok. Hairan jugak gua kenapa gua boleh tak tengok. Nak kata gua letih main bola petang, tak mungkin gua rasa. Orang kata, main petang la boleh membawa kekuatan diri. Nak kata gua letih buat kerja sekolah, perangai buat kerja sekolah dah lama gua tinggal. Cuma kerja sekolah Encik Saifuldin je gua ejas sikit-sikit, itu pun kena denda lagi.

Menyesal gua tak tengok perlawanan tu memang dah tahap ketiga tertinggi dalam dunia bola sepak, dua tahap lagi dah boleh sama dengan tak pergi stadium tengok Terengganu menang Piala Malaysia lima tahun sudah. Lebih-lebih lagi orang kata setiap kali gol, member gua merangkap penyokong Brazil nombor satu dalam sekolah gua akan bangun dan melucutkan kain selimutnya, menunjukkan full kit Brazil siap dengan seluar tight. Benda-benda rare macam ni boleh terjadi sekurang-kurangnya empat tahun sekali. Empat tahun ni, kalau tanam sawit dah boleh makan hasil dah.

Kali ni, gua tak boleh tidur lagi. Gua kena tunggu sampai perlawanan habis. Mata rabak besok hari dalam kelas, itu belakang cerita. SPM pun setahun lebih lagi. Lagipun setakat SPM, apa la sangat.

Gua pun keluar dorm dan melihat kelibat Izham Omar tidak berbaju sedang menyediakan megi untuk dirinya sendiri di sebelah water cooler. Walaupun dalam keadaan gelap dan seperti menyorok, itu tidak menghalang gua untuk melihat beliau.

"Woi Muller!" sound gua kemas. Izham Omar menjadi kucar kacir dan barangkali ada juga sedikit perasaan menyesal kerana gua dapat melihat beliau.

Gua pun menuruni anak tangga mendapatkan beliau. Sebenarnya lebih kepada meginya itu sendiri.

" Woi, tengok bola??" tanya gua sopan.

" Tengok kot.."

Izham Omar bukanlah penyokong Brazil mahupun Perancis. Kalau tak silap beliau merupakan seorang penyokong Argentina. Beliau pernah menceritakan tabiatnya yang suka menguatkan pasukan Argentina dalam 'Winning Eleven' Playstation edisi pertama dengan menjadikan semua pemain Argentina mempunyai kekuatan 99 pada setiap sudut. Malah ketinggian pemain juga pada tahap maksima. Mungkin ini adalah salah satu lumrah penyokong Argentina.

Walaupun Izham Omar meminati sukan bola sepak, tetapi jodoh sudah ditakdirkan jodoh beliau bersama sukan ragbi. Semasa tingkatan satu lagi, Encik Ashaari telah mengambil beliau sebagai pemain utama pasukan sekolah gua untuk melawan pasukan sekolah Intergrasi di hujung daerah Kuala Terengganu di mana rata-rata pemainnya lebih berumur, lebih matang dan lebih tidak kuat.

Namun jodoh beliau dengan sukan ragbi tidaklah sebegitu baik. Semakin tahun dia semakin tidak menjadi dan semakin tidak dapat mewakili sekolah. Malah ketika di tingkatan empat, beliau sudah menjadi stok kena rotan oleh Encik Ashaari sendiri. Kalau tiap-tiap hari baru nak gosok baju masa orang dah habis nyanyi lagu Negaraku, guru mana yang takmboh rotan??

Setelah habis semangkuk megi, kami pun beredar menuju ke dorm masing-masing. Dorm beliau tidaklah jauh dari gua punya dorm, sebelah-sebelah sahaja. Kalau letak selipar depan dorm gua, boleh sahaja gua nak crossing ke dorm Izham Omar, dan begitulah juga sebaliknya.

Untuk menunggu suatu perlawanan penting yang sikit jam lagi, gua tiba-tiba menjadi bosan. Hendak mengulang kaji pelajaran, macam tidak kena dengan jiwa. Lagipun, mana ada peperiksaan dalam masa terdekat ni. Gua pun menyelinap ke dorm Izham Omar. Kelihatan Izham Omar sedang bersama telefon N-Gage beliau. Kalau Izham Omar bersama telefon sambil meniarap di atas katil di tepi tingkap, dia antara dua, kalau tak bermain khidmat pesanan ringkas, porno.

Rupa-rupanya Izham Omar sedang bermain khidmat pesanan ringkas bersama seorang makwe.

" Muller, nok wat menda ha nok tunggu Brazil ni??" tanya gua yang menuju ke arah katil.

"Dok tau. Rilek la..," sambil mulut beliau berbicara, ketika itulah juga jemari beliau pantas menekan butang nombor.


"Gini la, mung tidur dulu. Kekgi aku gerok. Dang la aku mesej dengan awek aku dulu..," sambung Izham Omar. Jemari Izham Omar tidak lagi bergerak pantas. Boleh jadi, beliau dalam proses menunggu pesanan ringkas timbal balik.

"Doh aku tidur la. Mung gerok tu... Pakai air dakpe, Brazil tu..!" pesan gua bersungguh-sungguh. Malah dalam mengejar akhirat pun gua tidak pernah berpesan bersungguh-sungguh sebegini.

Gua pun mengambil port tidur gua antara Izham Omar dan dinding. Gua setting baik-baik kedudukan gua. Tak sampai 2 minit, keadaan betul-betul menjadi gelap. Nampaknya frasa tidur gua sudah bermula.


*****

Gua pun terkejut secara tidak sengaja. Gua nampak keadaan sekeliling sudah menjadi cerah. Waktu Subuh pun sudah macam nyawa-nyawa ikan. Gua memandang sebelah gua. Kelihatan seorang manusia menyerupai Izham Omar dari belakang sedang tertiarap.

"Woi, bangun woi! Ceroh doh!" gua cuba mengejut manusia tersebut. Apabila dia memalingkan muka dan celik sedikit mata, memang tak silap manusia menyerupai Izham Omar dari belakang itu adalah Izham Omar yang real.

"Woi, bakpe dok gerok??!" tanya gua lagi.

"Haa... Aku tertidur, awek aku dok reply mesej aku..," jawab Izham Omar yakin dan tidak bersalah.

Hati gua menjadi remuk. Perasaan menyesal menyelebungi pagi gua kerana termakan pelawaan Izham Omar untuk mengejut gua.

"Celaka!!"





8 ulasan:

  1. haiya...terlepas match. tabah la ye. hehe...

    BalasPadam
  2. Takdelah.. kalau gua bangun sekurang-kurangnya boleh pekena qiamullai. Macam mana??

    BalasPadam
  3. saya cikgu saifulddin tidak bersetuju dengan cerita tersebut. izham tidaklah seperti yang diceritakan di atas. syafiq terlepas tengok bola kerana perwatakannya yang lambat ibarat siput.

    BalasPadam
  4. zzz,bongek muler..haha..boley tido sekali..wakkakak

    BalasPadam
  5. gane gane pon penyokong brazil bertight tu gua tak bley terima..
    haha..,

    BalasPadam
  6. yang terkini bro..lu terlepas gak?

    BalasPadam