Ahad, 11 Oktober 2009

Melawat Ke Hospital

Memang gua takde kerja, jadi gua hanya lepak2 kat rumah sambil2 baca buku mastika yang abang gua tinggal masa raya tempoh hari. Walaupun tak seseronok bermain PES, gua baca jugak. Sedang gua pekena baring bawah kipas, sambil2 baca pasal hukuman zaman2 dulu, mak gua ajak gua jadi drebar dia ke hospital. Anak soleh biasanya tak cakap banyak, jadi gua pun bersiap2 nak jadi drebar.

Sebelum memecut ke hospital, mak gua pinta gua supaya singgah sebentar kat rumah mak sedara gua, nak ajak dia sekali. Kalau nak ikutkan sejarah keluarga, anak mak sedara gua, merangkap sepupu gua, ada yang sebaya ngan gua. Tapi sekarang dia dah takde, dia pergi belajar nak jadi cikgu2 kat Kolumpo. Jadi mustahil benarla kalau gua nak sembang2 ngan anak mak sedara gua.

Semenjak jalan jadi dua
lane ni, sukar jugak untuk gua nak pergi rumah mak sedara gua. Kat tengah2 jalan, dah ada divider. Pertumbuhan mat2 rempit pun menggalakkan. Nak berhenti kat tepi2 jalan, lepas tu melintas ke rumah mak sedara gua, jemput dia lepas tu nak melintas balik, kurang etika nak buat kerja sebegitu. Lagipun mak gua tak ajar gua untuk membuat kerja yang tidak murni itu. Jadi gua terpaksa membuat u-turn kat depan trafik light yang haram dia punya jauh. Mau 13 gelanggang futsal setengah.

Setibanya gua kat depan rumah mak sedara gua, gua pun masuk ke dalam dengan harapan bontot kereta yang gua pinjam dengan kakak gua, yang gua parking betul2 tepi jalan, tak kena langgar dek lori sampah ataupun lori minyak yang laju sampai tak ingat bini kat rumah. Masuk ke dalam selepas adegan salam2 dengan tuan rumah, gua pun terpandang buku yang ada kartun Jepun banyak2 kat dalam tu. Gua ushar jugak buku tu, tapi kalau gua tak jumpa kartun yang didakyah oleh member2 gua masa zaman sekolah dulu, kartun pasal gaduh2 ninja, dengan kartun budak sekolah main bola sepak amerika, makanya gua tak baca la kartun jepun. Jadi gua belek2 saja tengok artis2 jepun yang jauh lebih lawa dari pelajar2 Akademi Fantasial sambil2 meneguk air teh selang-seli dengan karipap.

Minit ke 4 disusuli dengan 13 saat, sepupu gua yang baru je jadi doktor lepas sebulan-dua kahwin pun pulang. Setahu gua, zaman sepupu gua tu sekolah kat sekolah agama Ropi ngan Awang Batefingger dulu, beliau dapat
award pelajar paling baik. Siap namanya dipaku kat bahagian tepi dinding dewan. Maka tak hairanlah mukanya nampak tokoh saje masa masuk ke dalam rumah. Walaupun beliau ni doktor, takde pulak beliau nak cakap pasal leukocytes, sphorophytes ataupun pelbagai benda pelik yang gua nak sebut pun lenguh2 lidah gua. Tapi dia cakap pasal bab dia nak repeat balik test lesen kereta yang dia dah fail tempoh hari. Baru dia tahu yang bawak keta tak sama dengan bawak gunting untuk bedah2 orang.

Selepas mak sedara dah macam readi je gamaknya, selepas gua dah pekena solat Zohor. Mak gua ajak gua gerak ke hospital yang lagi jauh dari trafik light dekat gua buat u-turn tadi. Gua pun orait je, nak duduk lagi pun, air teh pun dah habis satu cawan. Mak sedara gua pun memang bajet satu cawan sorang je, nak mintak lebih, tu bukan sikap buruk yang mak gua terapkan terhadap gua. Jadi, gua pun beransur2 untuk beredar.

Masa gua dah beransur2, gua terpandang sepupu gua yang doktor tadi khusyuk membaca buku kartun jepun yang tak menarik minat gua sambil baring2 atas sofa. Hmm.. Harap2 sepupu gua tak campur la kaedah bedah beliau dengan kaedah main pedang dalam kartun jepun tersebut...

1 ulasan: