Sabtu, 3 Oktober 2009

Gua punya bizi

Fuh, dalam 2 minggu ni gila gua punya bizi, sampai gua nak buat rutin2 pun gua kena pikir 2,3 kali. Iklan raya pun haram gua tak tahu apa yang best raya taun ni.. huh..!

Sepuluh terakhir Ramadhan. (Minggu stadi release gua.)

Waktu orang sibuk2 kejar pahala Ramadhan ngan kejar murtabak2 untuk buat berbuka buat kali2 yang terakhir, gua pergi melancong ke Kelantan. Melancong sambil bekerja kalau dalam bahasa berita. Tapi kalau dalam nada rokes, gua kena paksa tolong abang gua pindah barang rumah lama dia ke rumah baru dia. Walaupun dua2 rumah tu hanya berjiran di halang oleh dua buah rumah, ia tetap rumah yang disewa. Abang gua pun macam segan je nak panggil lori2 tolong angkat barang2 dia, lepas tu panggil gua yang kebetulan cuti. Silap, bukan cuti, stadi release.. Nak harap anak2 dia, haram tak tau apa2. Pandai hisap susu ngan tengok kartun je. Dah la tak puasa. Panas jugak gua time gua rilek2 nak tengok bola, anak sedara gua nangis2 nak tengok kartun. Takde langsung rasa hormat kat bapak sedara hensem diorang.

Pagi- Gua tidur sampai zohor lepas pekena subuh dua rakaat. Pagi2, projek usung mengusung tak jalan, sebab abang gua pergi mengajar budak2 politeknik. Nak buat sorang2, sori a..

Petang- Masa ni adalah masa yang diperuntukkan abang gua untuk bawak gua pergi KB Mall beli Crocs, bawak gua pergi pasar Ramadhan, ataupun bawak gua pergi beli air batu kat kedai cina muka melayu lepas tu cakap Kelantan. Nasib baik gua tak bagi salam.

Malam awal2- Masa ni macam biasa la, tak pergi semayang terawikh, memang nampak jahil sangat la kalau duk kat kelantan. Pakai seluar tiga suku pun orang dah tengok macam pelik. Lepas terawikh jalan2 dulu pergi ke Wakaf Che Yeh pergi beli beras sementara tunggu anak2 sedara gua tidur sebelum mulakan projek usung2 barang pada malam hari.

Malam hawa2 nak ke pagi- Projek usung mengusung berjalan. Gua yang dah lama lepak2 je petang2 masa bulan Ramadhan, rasa nak patah kangkang angkat almari2 baju. Angkat rak pinggan pun sama je, takde langsung rasa nak nyanyi masa angkat tu. Nak mengeluh2 pun dah tak larat. Dalam pukul 2, gua ngan abang gua pergi pekena air2 sejuk yang ada perasa kat restoran tom yam. Campur ngan makan megi sup sambil2 layan HBO yang takde kat rumah mak gua mahupun rumah sewa abang gua , pukul 3 jugak gua lepak2 kat kedai tom yam. Balik tu layan Tenis pulak. Tolak Serena ngan venus Williams, haram semua minah2 main tenis lawa2. Gampang, terjejas sikit Puasa gua!

Pagi besok hari- Tidur sampai zohor.

Gua haram takde masa nak bukak buku2 budak2 kacamata sikat rambut rapat2. Gua punya stadi release habis macam tu je.

* Lawa2 jugak minah2 Kelantan yang gua tengok kat pasar Ramadhan. Kat KB Mall ngan Wakaf Che Yeh pun ada gak. Tapi haram takde sorang pun yang kenyit2 mata kat gua. Cibai punya minah2. Tak hargai langsung orang2 hensem macam gua pergi Kelantan.

Waktu raya sampai raya ke tiga.

Anak2 sedara gua dari kolumpo semua balik. Campur ngan anak2 sedara tiri, yang kakak gua angkut balik sekali, macam funfair rumah gua dia punya bising. Gua awal2 lagi dah ucap sori kat buku2 gua. Gua takde masa nak layan diorang. Masa gua lebih banyak diperuntukkan untuk jadi kuda kat anak2 sedara gua. Cinabeng betul la. Gua pun ada gak jadi tukang basuh pinggan untuk tamu2 yang datang. Nak tercabut lutut gua rasa berdiri sambil basuh pinggan.

Anak sedara gua jugak bawak balik PS2 kat rumah nenek ngan atuk dia. Pagi2 orang beraya,diorang main game gusti. Tak praktikal langsung. Tapi takpe la, kurang2 gua boleh jugak lepas gian main PS2 sepam dua, lepas PS2 gua kena rompak kat rumah sewa abang gua yang gua tolong tu berbulan2 yang lalu. Kalau tak kena rompak, mungkin PS2 jugak tergolong dalam senarai barang untuk diusung2.

Raya ketiga, gua dah pekena ekon bas ekspress untuk balik ke IPT gua untuk pekena exam pulak. Buku, haram gua tak baca lagi.

* Masa raya baru ni, awek zaman gua sekolah Pasti (macam tadika la) dulu datang beraya rumah gua. Gua tengok dia, Masya Allah dia punya cantik dengan dressing macam isteri2 ulamak. Tapi dia tak sempat nak ejas2 gua sebab dia datang ngan mak dia. Takpe2, raya taun depan lu boleh lagi nak ejas2 gua.

Dari raya keempat hingga ke petang tadi.

Ni la klimaks gua punya sibuk. Dengan buku gua haram tak baca lagi, gua pun paksa jugak diri gua jadi macam mamat2 kacamata sikat rambut rapat2 dengan baca buku banyak2. Masa ni gua punya jam biologi (biasa la bila baca buku banyak2 keluar perkataan2 intelek) sudah berubah. Kalau biasa, lepas tengok drama Melayu je, gua terus tidur. Sekarang, gua dah baca buku sampai pukul 2,3,4 pagi. Bangun pagi esok, gua stadi lagi. Gua penat membaca, gua tak menulis, tapi gua baca lagi. Tidur2, sori la..

Lepas tu, pergi exam jawab soalan2 Masya Allah dia punya payah. Tapi ni la masa gua lepas gian untuk tulis2 blog. Dah 2 minggu gua tak tekan huruf2. Cuma bezanya, gua tak tulis pakai papan kekunci je masa exam ni. Lepas tu perah2 otak sikit. Tu je..

Walaupun sukar, tapi gua tetap tabah. Dengan bantuan doa mak ayah dan rakan2 yang lain, gua berjaya jugak mengharungi 5 kertas exam. Petang tadi baru gua habis exam. Harap2 gua boleh pointer tinggi2 sikit sem ni. Dapat 4 flat pun dah bersyukur gila gua. Lu orang doa2 la sikit kat gua..

* Dalam gua duk stadi2, ada jugak gua selit dengan adegan main PES ngan member gua. Sukar jugak ye nak jadi macam mamat2 kacamata sikat rambut rapat2..

Sekarang.

Gua nak qadhar gua punya tidur. Lusa2 gua bangun la.. sekejap je.

4 ulasan:

  1. pergh ah. nak gak awek kelantan sepam dua baps!

    BalasPadam
  2. lu ni kacau gua tidur je..

    knapa? xde ke awek indie kat KL yang lu berkenan..?

    takpe2, nanti gua suruh abg gua bawak balik awek kelantan raya aji nanti..

    BalasPadam
  3. hurm..cayalah awek klate... ~ngeee....

    BalasPadam
  4. mu wat nape g klatan? pndoh ke?

    BalasPadam