Ahad, 25 Oktober 2009

Mat Arab punya kerja

*Cerita malam sebelum 18 oktober


" Weh lu, betul ke apa yang gua baca dalam surat khabar...?!"

"Pasal apa..? Pasal I nak kawin besok hari ke..?" ( nada cuak )

"Ye la.., pasal tu la.. Weh, apa kes ni, lu janji nak kawen ngan gua..?"

"Sori la sayang.. Bukan I nak.. Tapi daddy I yang suruh kawin dengan dia. I dah cakap tak nak, tapi daddy I yang paksa2 I.. Daddy cakap, dia berkenan sangat dengan lelaki tu.. Sori sangat2 sayang, I memang sayang you, tapi daddy I.." ( nada sedih2 manja.. )

"Tu la lu.. Lu pun satu, lu kelentong a sikit bapak lu tu, yang gua nak belikan dia dua biji kapal selam scorpene kalau kita nikah nanti.. gua gerenti la bapak lu percaya punya.."

"Tapi sayang..., lelaki tu dah belikan kat daddy 2 kapal layar untuk buat main piala monsun nanti.. Rumah kat Dubai pun, dia dah tempah sebijik.. Rantai Habib Jewel pun dah 2 kali dia bagi kat mummy... Sori la sayang..., I dah takleh nak wat apa.. Please sayang..., maafkan I... I pun dapat jugak Habib Jewel.. " ( nada yang lebih sedih2 manja.. )

"Gampang..!"

Begitulah berakhirnya perbualan gua dengan bekas makwe gua, Sharifah Sofia malam sebelum dia kahwin dengan mamat Arab mana entah. Malam tu dia call gua lepas gua hantar sms berbunyi, " Weh Sofia, call gua jap, gua punya kredit yang lu bagi minggu lepas dah nak habis la..".

Sikap masyarakat yang suka pakai 'benda' bila muka tak hensem ni la yang gua paling tak suka, macam mamat Arab tu. Last2 orang hensem macam gua jugak yang jadi mangsa, sampai gua terpaksa lepaskan Sharifah Sofia yang cantik tapi kurang sopan. Lepaskan lepaskan jugak, tapi baju yang ada tulis " Saya sayang pak+we saya " yang gua beli kat uptown tu, gua nak mintak balik. Tali pinggang bling2 yang gua beli kat bundle pun gua nak mintak balik jugak. Tapi air kotak Milo yang gua dah minum separuh yang gua bagi masa kat Putrajaya tempoh hari, gua tak nak mintak la. Nampak tak macho...

* Seminggu jugak gua dapat sms mintak2 maaf dari makwe gua tu.

4 ulasan:

  1. woit...
    ak kenal hang x?
    mcm kenal je..

    BalasPadam
  2. hushhh benda mengaburi mata

    BalasPadam
  3. pensel 2b,
    gua rasa lu x knal gua kot.. tapi kalau nk knal2 boleh je.. *geli gua guna ayat kalau nk knal2

    cg Firol,
    betul tu cikgu!

    BalasPadam
  4. mat arab mane plak ni???

    BalasPadam