Ahad, 6 September 2009

Saya dah besar

Gua tengok amoi tu angkat2 kening kat gua.

"Bagi ni satu.." gua tanya sambil tangan gua tunjuk2 dekat benda yang kat depan gua tu..

"What colour..?" tanya amoi tu dalam bahasa England. Apa muka gua macam Tom Cruise sangat ke sampai dia nak cakap England ngan gua. Gua rasa muka gua ada iras2 Aaron Aziz sikit je..

" Green a.." jawab gua dalam bahasa England gak. Tapi gua campur sikit ngan unsur2 Malaysia untuk menunjukkan kat amoi tu bahawa gua ni bukanlah se'Tom Cruise' yang dia sangkakan.

Dia pun ambik apa yang gua nak kat dalam meja kaca kat depan dia. Lepas tu dia sebut, "Forty nine...". Bahasa England lagi.
Gua angguk je.

Sebab dia tu promoter merangkap cashier, dia pun ambik benda tu letak dalam beg kertas dan buat resit untuk gua.

Gua pun bagi not RM50 kat dia sekeping dengan muka gaya gua ni banyak duit. Gua ambik beg kertas tu dan ucap " Tenkiu." sambil gua senyum kat dia.

Dia pun senyum balik kat gua seraya berkata,"Thank you." Ceh, baru gua tahu amoi tu bukanlah terer sangat Bahasa England dia. Ada ke lepas orang ucap tenkiu dia balas ngan tenkiu balik. Ceish..!

Gua pun keluar dari kedai tu dengan perasaan puas sebab gua dah beli sebuah mainan yang bernama Lomolitos. Lepas ni balik raya bolehla gua nak eksyen kat anak2 sedara gua sebab gua ada mainan yang paling canggih dalam kalangan mereka. huh, nangis la korang nanti sebab dengki!

2 ulasan: