Ahad, 6 September 2009

Berdialog dengan kak promoter

Gua dalam mid valley lagi gua dah nampak jadual jam untuk komuter sampai. Jadual tu tunjuk yang komuter akan sampai pukul 1649. Gua tengok jam Harvard Polo Club gua yang dihadiahkan oleh abang gua yang dia dah taknak pakai tu. Jam gua tunjuk pukul 4.44 dengan jarum saat dia lebih sikit2. Ada lima minit lagi, sempat lagi gua ni. Gua pun rushing sket, tapi takde la gua berlari pulak dalam Mid Valley tu, nampak tadika sangat.

Dalam 46 meter je lagi gua nak sampai kat kaunter tiket komuter, ada sorang mamat dengan rambut duri2, tahan gua.Seingat gua, ada spek mata hitam atas kepala dia. Nak promosi la tu.. Tau sangat niat dia. Gua dah angkat tangan gua tanda taknak, tapi mamat tu tahan jugak gua. Dasar tak paham bahasa isyarat.

Dia tanya gua, "Belajar ke kerja?". Gua jawab ringkas, "Belajar..". "Ha.. mari duk sini, dengar dulu.. Seminit je, seminit je" Sambil dia tarik tangan gua suruh duk kat kerusi ala2 kerusi kedai mapley depan pasar malam kat IPT gua. Siot!

Dah dia tarik, gua duduk je la dengan perasaan penuh tak ikhlas. Gua nak menggelupur pun nampak tak sopan pulak bulan2 puasa ni. Kat meja tu, kak promoter pulak sembang ngan gua. Tak cantik kakak tu. Serius! Memang tak cerdik a kalau ada pengarah ambik dia buat jadi heroin filem.

Dia tanya gua belajar katne. Gua jawab gua belajar kat IPT gua. Tak sedap hati pulak nak tipu dia dalam bulan berkat ni. Dia tanya lagi, "Nak beli laptop ngan harga diskaun tak?". Sebab gua tak sebangang kakak tu tanya soalan sebangang tu, gua jawab, "Nak la.."

Tak best la part ni, orang promosi, macam mana la sangat.. Gua ringkaskan je la..

Sampai kat klimaks dialog gua ngan beliau, kakak tu tunjukkan satu kad kaler biru ada gambar pokok kelapa tepi pantai. Gua dah lupa nama kad tu. Dia suruh gua keluarkan kad bank gua, IC gua. Gua keluarkan je la, dengan tak ikhlas gak. Gua tengok tepi, ramai orang baru sampai naik komuter lalu tepi gua. Gua saspek, tu komuter yang gua target tadi. Cinabeng!

Kakak tu tanya gua," Sanggup tak kalau awak bayar saya seringgit sehari untuk dapat kad ni?". Gila seringgit sehari, gua pun berbuka percuma kat masjid hari2, nak suruh gua bayar kat dia seringgit sehari. Yang ni gua jawab seihklas hati, "Tak nak.." " Tak nak?! Adik boleh beli laptop secara diskaun ni kalau adik ada kad ni.." Kata kakak tu dengan nada buat2 terkejut. Peduli apa gua laptop diskaun.

Dia tanya lagi, "Sanggup tak adik bayar RM399 kat kakak hari ni..?". Lagi sekali gila. Dengan duit sebanyak tu, gua dah boleh angkat sehelai Levis 501 baru, campur ngan selipar Crocs buatan Cina, tambah ngan jersi siam sepasang. Kalau Levis bundle, dah dua helai gua boleh angkat. Gua pun tak pernah beli Levis original yang baru, nak bagi duit kat dia 399 ringgit. Ceish, blahla..! Gua pun jawab, " Tak nak..!"

"Kalau seploh ringgit..?" dia yang tak puas hati ngan jawapan2 drastik gua, tanya lagi. Gua dengan senyum jawab, " Tak nak (jugak..)". Dengan nada serender, dia pun kata, "Adik boleh la pergi..". Gua pun bangun keriangan sebab gua tak terpedaya dengan janji2 manis kakak promoter, tak macam sorang mamat pakai spek kat depan gua yang telah tewas dengan kakak promoter. Huh, tak macho langsung brader tu..!

**********************************************

Gua pun terpaksa tungu dua puluh minit lagi untuk naik komuter yang seterusnya untuk ke KL Sentral. Binawe..!

P/s- Gua kena bayar kat dia 399 ringgit, tapi gua rasa diskaun laptop tu, paling banyak pun 300 ringgit je kot.. Berbaloi ke..? Gua bukan bangang.. Tapi gua rasa mamat yang pakai spek tu nak meniaga laptop kot, sebab tu dia daftar..

P/s 2- Gua takleh nak tengok blog gua kalau guna internet percuma ICT gua ni. Jadi gua mintak maaf banyak2 kalau ada ulasan yang gua kena jawab, gua takleh jawab.. Sori ye..
*gua tengok blog guna internet henfon member gua, kat situ takleh nak komen.

2 ulasan: