Khamis, 10 September 2009

Pemandu bas yang terlampau

Setelah selesai mengerjakan solat asar pada saat2 getir, gua dan member gua, Steven Palah menunggu bas untuk pulang berbuka kat IPT halaman. Menunggu bas merupakan perkara yang paling dibenci bagi pelajar2 yang takde transport sendiri macam gua dan Steven Palah. Manakala keluar2 je shoping komplex lepas tu terus ada bas mungkin perkara yang paling digemari.

Gua sampai tertidur sampai bermimpi kat kaki lima masa tunggu bas tu. Punya la lama. Gua pasti yang gua ni bermimpi sebab gua bangun tidur pun sebab terkejut ngan mimpi tu. Tapi gua lupa pulak gua mimpi apa. Tunggu bas punya lama, gua pun ambik keputusan untuk masuk semula ke shoping komplex untuk beli air seratus (panggilan untuk 100 plus kat kampung gua) sebab jam gua dah tunjukkan pukul 7.14. Kalau tak beli air, tak berbuka gua ngan Steven Palah nanti. Dalam gua tengah rushing dan bersedia untuk 'up'kan lagi gear gua ke gear yang lebih 'up', gua nampak kelibat bas yang ditunggu sekian lama, telah tiba untuk menjemput gua ngan Steven Palah serta beberapa orang awam yang lain yang macam fedap jugak tunggu bas tu. Ceh, masa ni baru nak datang!. Kalau lu orang pikir gua masih teruskan misi untuk beli air seratus, memang kurang la akal lu orang.

Sebagai warga mahasiswa Malaysia yang lebih mengemari subsidi daripada usaha sendiri, gua agak panas ngan sistem bas tu yang telah bertukar daripada sistem satu tiket boleh guna sampai gua mati jika gua mati hari tersebut, kepada sistem tiket satu hala. Kiranya walaupun gua dah naik bas tu masa nak datang shoping komplex, masa balik gua kena beli tiket lain. Ditambah pula urusan ambik resit tu makan masa, lagi la gua panas kena beratur. Wei syarikat bas, lain kali pakai konduktor la kalau nak pakai sistem ni..!, bangang!

Berbalik kepada peristiwa naik bas, Steven Palah nampak macam terpaksa je nak belanja gua. Beliau keluarkan duit lima ringgit plastik untuk bagi kat drebar bas tersebut, setelah drebar bas tu kata RM3.80 untuk dua orang. Bas tu pun saje je nak susahkan orang buat tiket harga RM1.90 sorang, buat terus la harga yang senang nak kira, RM1.50. Ni dasar nak ambik untung secara tersirat la ni. Lepas tu, tak leh nak ambik duit belence. Binawe punya syarikat bas!

Berbalik kepada dunia nyata sekali lagi, driver tu kata, " Takde 4 ringgit ke..?". Sengkek betul la drebar ni. Steven Palah cakap takde dan dia berusaha untuk try tukar ngan orang, tapi tak berhasil. Sehingga habis orang beratur, mamat driver ni sound," Cepatla, ada tak duit?, orang nak berbuka ni..!". Agak keras dan kurang ajar nada dia, ingat gua taknak berbuka..?

Steven Palah pun, hulur je la duit lima ringgit plastik tu. Drebar tu ambik dan cakap," Takde belence ni..", sambil dia ketuk2 duit seringgit yang masih tak beberapa nak masuk dalam tabung dia, yang dia boleh ambik untuk buat belence kat Steven Palah..

******

" Babi kan, drebar bas ni.."
" Hmm..."

Umpat gua ngan Steven Palah kepada drebar bas tersebut pada bulan Ramadhan sejurus gua ngan Steven Palah duduk kat seat yang paling belakang.. Astagfirullahal'azim...

5 ulasan:

  1. ni masalah bas ni selalu camtu..kedai-kedai pun ada jenis haram jads macam tu

    Astagfirullahal'azim...

    BalasPadam
  2. biase la naik bas.
    sebab tu aku benci naik bas dan aku
    x mau naik bas lagi

    BalasPadam
  3. hahaha...
    sajer jer yer nop- khenat awok mg ooo

    BalasPadam
  4. saya pun tak gemar naik bas ni..
    tp nk wt macam mane, IPT saya tak benarkan student asasi bwk knderaan..

    BalasPadam
  5. Xelok mngumpat blan puasa... ish999...

    BalasPadam