Ahad, 23 Ogos 2009

Tribut Buat Ropi

Di sini gua nak tegaskan..!
Gua bikin blog ni bukan sebab gua terpengaruh dengan Hilang Punca. Gua jugak tak terpengaruh dengan blog Hanief. Apatah lagi kalau nak kata gua bikin blog ni sebab gua terpengaruh dengan blog selipar-oren kepunyaan bekas budak2 bekas sekolah gua, lagi la tak masuk akal.. Gua bikin blog ni sebab gua terpukau dek penangan ayat emo sahabat gua, Ropi, masa kitorang dalam perjalanan balik dari konsert Search kat Kuala Terengganu tempoh hari.

Gua tak nak cerita perjalanan gua untuk ke konsert tu, sebab gua nak post perkara tu lain hari. Balik dari konsert tu, gua tanya Ropi, "Nak lepak kat mana?". "Ikut suka a..", jawab dia. So, gua ajak a dia pekena angin pantai Batu Burok sambil pekena ikan goreng celup tepung stok petang yang tak habis di bawa ke malam hari. Biasa la.., bukan susah pun nak cari peniaga jenis macam ni kat Malaysia. Gua minum Nescafe ais, dia minum Neslo ais.. Cilakak, lawan tauke nampak,gua yang belanja pun minum air lebih murah dari dia..Ceh.. Tapi disebabkan gua tumpang motor dia, gua ikhlaskan diri.. (Sumpah, gua ikhlas!)

Setelah dah lama sembang pasal perkara yang sememangnya tak membina untuk para remaja macam gua ngan Ropi , ye la.. takkan gua nak sembang pasal macam mana nak atasi masalah banjir kilat kat Kolumpo pulak... tak Isabella a... Dan setelah puas hirup air yang telah cair dari ais sikit2 tu, kitorang pun blah dulu sebelum makcik gerai mintak kitorang blah, sebab masa tu gua ngan Ropi je yang masih ada kat gerai tu.. Tak tau a pulak kalau2 gerai makcik tu 24 jam..

Gua pun taknak cerita panjang, gua takkan cerita yang kitorang singgah dulu kat kedai bundle, pastu Ropi pun beli seluar coklat ala2 retro yang macam cerita Starsky and Hutch.. Gua takkan cerita benda tu! Yang gua nak cerita, masa kitorang duk atas motor EX5 dream dengan ekzos tiruan yang dah berkarat tu, kitorang still sembang. Macam biasa a, kalau sembang atas motor, gua yang duduk kat belakang ni terpaksa a hulur kepala ke depan untuk memastikan gua boleh dengar apa yang Ropi cakap.. Memang seksa a kalau sembang atas motor, dah la takde penghadang angin, pakai helmet pulak.. Lagi susah nak dengar.. kalau dengar pun, tak berapa clear.. Sembang punya sembang, sampai la part ni.. " Aku memang takleh terima a kalau orang cakap kawan lebih penting dari awek.. Kalau nak ikut, memang aku boleh ulas benda ni dalam BLOG, harap aku takdok BLOG je.." luah Ropi dalam dialek Terengganu, dalam nada emo. Gua yang duk kat belakang, yang dengar pun tak beberapa jelas, bersetuju je dengan pendapat tersebut, walau gua takde awek (saje je ambik hati..). Lepas gua dengar perkataan BLOG tu, gua pun rasa gua perlu bikin satu BLOG. Sebab gua pun macam Ropi, kadangkala perlu ada medium untuk gua luah apa yang gua fikir. Sebab gua takde awek, sebab tu gua perlu madium lain, kalau tak, gua mesej je ngan awek gua kalau ada sesuatu untuk kongsi, macam yang selalu Ropi buat.. (Lu sepatutnya takyah ada BLOG pun Ropi, ngada2..).

Disebabkan ayat yang terpacul keluar dari mulut Ropi itu, gua pun memasang angan2 untuk membikin satu blog. Maka terhasillah Blog ini.. Amacam Ropi, terharu tak?!

p/s- Gua sebenarnya dah lama memasang impian untuk bikin BLOG ni, selepas gua tengok Wardina yang cantik bertudung buat demo macam mana nak buat BLOG kat dalam MHI masa gua baru habis sekolah dulu. Sementara tunggu mak gua buat kopi Radix untuk sarapan je, gua layan MHI...Ops, gua guna kata ganti nama macam ni, bukan sebab gua terpengaruh dengan Pipiyapong, tapi sebab gua pun ada jiwa Rock, walaupun gua selalu cium tangan mak gua sebelum gua pergi lawatan ke mana-mana...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan