Isnin, 31 Ogos 2009

Orang lain merdeka, gua pun merdeka gak

Lepas tengok Manchester City menang ngan Portsmouth 1-0, gua pun layan Hati Malaya 1957. Gua malas la nak tengok match Everton, sebab Everton asyik kalah je. Mesti tak seronok. Oh ye, berbalik kepada Hati Malaya, lepas gua tengok sambil2 ulang alik ke dapur makan ayam golek peninggalan berbuka tadi, baru gua tahu sebab apa cerita tu tak laku. Kalau lu nak tau, lu tengok sendiri.

Macam biasa, kalau malam 31 ogos, mesti takde cerita lain punya. Mesti pasal merdeka. Mapley kat kedai mamak pun mesti tengah sembang pasal merdeka. Apatah lagi makcik2 yang tengah meniaga jersi RM10 kat uptown, lagi la rancak dia bersembang pasal merdeka.

Bagi gua, gua tetap bersyukur duk kat Malaysia ni. Gua masih lagi boleh pergi masjid untuk berbuka secara percuma, gua masih boleh pergi masjid dengan senang lenang untuk pergi semayang terawih, siap boleh makan moreh lagi tu.. Gua jugak boleh layan Hati Malaya tanpa dengar bom kat luar rumah, kira gua boleh dengar dengan jelas la apa yang Rudie Ramli cakap kat Maya Karin.

Kalau nak dibandingkan dengan negara2 susah yang lain macam Palestin, Iraq, Afghanistan, Thailand dan macam2 lagi negara susah, gua amat bersyukur gila duk kat Malaysia ni walaupun banyak gua tak setuju ngan sistem pemerintahan kat Malaysia, seperti sistem pembelajaran Malaysia yang memberi kelonggaran kepada guru2 sekolah gua memberikan kerja rumah yang banyak sehingga menyebabkan gua terpaksa berdiri kerana tak menyiapkan kerja rumah. Tu tak kira lagi dengan sistem perundangan Malaysia yang mewajibkan semua pelatih membuat lesen memakai baju berkolar dan kasut. Ceh, kalau tak pakai baju pun, hidup jugak enjin kereta..! Signal pun boleh nyala.. saje je nak menyusahkan mamat2 rockers macam gua yang tak suka pakai kasut ngan baju berkolar sebab nampak skema.. Dah la Estro naik harga. Cis, takde sifat kebajikan langsung..!

Sebab orang lain merdeka, gua pun merdeka gak. Mari kita menyambut merdeka taun ni(yang ke 52 kan..?), dengan semangat Ramadhan karim dengan penuh rasa kesyukuran.. (syahdu kan..?)

1 ulasan:

  1. Estro tu astro ke..?
    memang naik harga, cippodah.. nak boikot takleh, sebab dia je ada sukan.. dasar suka ambik kesempatan..

    BalasPadam