Memaparkan catatan dengan label ipt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ipt. Papar semua catatan

Khamis, 12 November 2009

" Sem depan, awak kena berubah. Awak kena datang awal kelas, jangan lambat2. Baru berjaya. Sem depan saya nak perhati awak, awak datang awal ke tak.."

Pagi tadi, gua paling champion bangun tidur semayang Subuh dalam kalangan member-member bilik gua. Tapi, apa guna champion kalau bangun bangun, matahari dah sengih-sengih kat luar. Sejak telefon pintar gua tak bising-bising nyanyi lagu marabahaya pagi pagi, jarang benar gua dapat bangun awal lepas tu tidur balik.Kelas gua start pukul 8 sampai zohor. Alang-alang dah terlanjur gua bangun tak sempat tidur balik, baik gua pekena mandi pagi. Bermodalkan ubat gigi safi kayu sugi milik gua dengan sabun mandi krim milik Jepah Saser, gua bergerak ke bilik air pekena karaoke.

Gua tiba kat tempat pengajian Bio 3 awal-awal. Dalam enam orang jantan, gua yang ketiga. Orait dah tu. Tapi kelas sepatutnya tamat pukul sembilan, lecturer gua buat nakal lepas pukul 9.14. Pukul sembilan dah start kelas Kimia 3, ni gua lewat lagi ni sah-sah bukan sebab gua. Dalam hati gua dah terpampang idea nak jawab ngan lecturer kimia 3.

Dalam pelayaran mencari ilmu Kimia 3, gua dapat kesan perut gua tak selesa sebab tak pekena makan pagi. Tapi gua maintain rilek je, " Lepas kelas la pekena kuih sebarang dua..", hati gua memujuk diri gua supaya menjadi lebih positif. Nak jadi cemerlang, kena positif kata Dato' Fadilah Kamsah.

Lecturer Kimia 3 pun buat-buat nakal lepas kelas masa nyaris-nyaris. Gua ambik jam gua dalam poket buat tengok. kata amoi jual jam, jam gua jam orang-orang sukan. " Haiya, ini jam boleh buat main, boleh kasi kena air, tapi jangan rendam maa..", nasihat dalam bodek amoi jual jam kat gua masa gua nak angkat jam tu kelmarin. Jam gua tunjukkan nombor 10:57. Ces, pukul sebelas dah nak kena belajar jadi ustaz ustaz! Tema Asas Dalam Al-Quran nama subjek tu. Tapi sebab gua belajar ikut Bahasa England, dia dah jadi Basic Theme of Al-Quran. Memandangkan gua lapar sangat sangat, baik gua pekena kuih dulu. Gua pikir ustaz baik-baik saja kalau masuk lewat pun.

Masuk kafe, gua nampak Fahmi Eto'o, budak sekelas gua tengah cari-cari makanan.

"Weh, mung takmboh gi kelah BTQ ke..?", sound gua guna dialek ibunda gua kat beliau. Memandangkan dia pun budak Terengganu, gua tak risau mana kalau-kalau dia tak paham. Lain la kalau dia orang Sudan macam Hamudi, tergagap-gagap jugak dia nak jawab.

"Rilek lu, makang-makang lu. Gi awal-awal pung, bukang sedap ustaz ngajor. Boring..", jujur betul jawapan Fahmi Eto'o. Setuju benar gua dengan cadangan kreatif beliau.

Gua pekena kuih moden tiga keping. Fahmi Eto'o ngan Shafiq Nai'm, member sekelas gua jugak, pekena roti canai. Dalam 15 minit, baru kami basuh-basuh tangan blah pergi ke kelas.

Gua dah agak, masuk kelas rilek-rilek je. Ustaz tak jeling pun, apalagi nak marah-marah. Yang jeling-jelingnya perempuan, tengok rakan sekelas mereka yang segak bergaya bak Dato' Shahrukh Khan.

*******
Gua kira dah lama benar gua dengar ustaz bagi ceramah dalam Bahasa England, ada kot dalam 43 minit. Tiba-tiba bisik Fahmi Eto'o, " Baru 15 minit.." Aduh, hairan benar gua. Gua pun berbisik balik kat beliau, " Kalau kita masuk lagi lewat kan best.."

Senyum-senyum Fahmi Eto'o. Gua pun sambung melukis gambar-gambar rumah, Power Rangers dan Mat Rok rambut gerbang kat atas buku nota subjek " Basic Theme of Al-Quran".

Huh!

* Cilakak amoi jual jam! Sebab jam dia jual,tak pasal-pasal gua datang awal kelas tunggu orang petang tadi. Nak suruh cepat konon. Ces..!

Khamis, 5 November 2009

Comeback

Pagi semalam, habis kelas, gua ada singgah melawat kat salah satu bilik member2 gua. Gua masuk gua nampak Jepah Saser, Keri Saser ngan Mahmut tengah main poker sambil dengar radio kuat2. Gua kira mereka ni nak ambik feel main kat Las Vegas kot main sambil dengar radio kuat2 ni. Gua tengok, mereka main poker pun dah lari dah dari versi yang gua bawak dulu.

Dah lama benar gua tak pekena poker ni. Kalau ikut ingatan gua, paling last gua main kejadah ni, tak pasti pulak. Tapi gua yakin, kali pertama gua main ialah masa mak ngan bapak gua pergi buat haji. Memandangkan dah lama gua tak pekena poker, buat comeback orait jugak ni. Gua tengok para pemain pun, gua rasa gua boleh makan. Ayam- ayaman je ni. Gua pun duduk bersila sambil menunggu kad dikacuh oleh Mahmut.

*******

Peh, memang gua dah agak, tok guru mana boleh kalah. Sekali comeback pun dah menang, Apa kes..?

Sabtu, 3 Oktober 2009

Gua punya bizi

Fuh, dalam 2 minggu ni gila gua punya bizi, sampai gua nak buat rutin2 pun gua kena pikir 2,3 kali. Iklan raya pun haram gua tak tahu apa yang best raya taun ni.. huh..!

Sepuluh terakhir Ramadhan. (Minggu stadi release gua.)

Waktu orang sibuk2 kejar pahala Ramadhan ngan kejar murtabak2 untuk buat berbuka buat kali2 yang terakhir, gua pergi melancong ke Kelantan. Melancong sambil bekerja kalau dalam bahasa berita. Tapi kalau dalam nada rokes, gua kena paksa tolong abang gua pindah barang rumah lama dia ke rumah baru dia. Walaupun dua2 rumah tu hanya berjiran di halang oleh dua buah rumah, ia tetap rumah yang disewa. Abang gua pun macam segan je nak panggil lori2 tolong angkat barang2 dia, lepas tu panggil gua yang kebetulan cuti. Silap, bukan cuti, stadi release.. Nak harap anak2 dia, haram tak tau apa2. Pandai hisap susu ngan tengok kartun je. Dah la tak puasa. Panas jugak gua time gua rilek2 nak tengok bola, anak sedara gua nangis2 nak tengok kartun. Takde langsung rasa hormat kat bapak sedara hensem diorang.

Pagi- Gua tidur sampai zohor lepas pekena subuh dua rakaat. Pagi2, projek usung mengusung tak jalan, sebab abang gua pergi mengajar budak2 politeknik. Nak buat sorang2, sori a..

Petang- Masa ni adalah masa yang diperuntukkan abang gua untuk bawak gua pergi KB Mall beli Crocs, bawak gua pergi pasar Ramadhan, ataupun bawak gua pergi beli air batu kat kedai cina muka melayu lepas tu cakap Kelantan. Nasib baik gua tak bagi salam.

Malam awal2- Masa ni macam biasa la, tak pergi semayang terawikh, memang nampak jahil sangat la kalau duk kat kelantan. Pakai seluar tiga suku pun orang dah tengok macam pelik. Lepas terawikh jalan2 dulu pergi ke Wakaf Che Yeh pergi beli beras sementara tunggu anak2 sedara gua tidur sebelum mulakan projek usung2 barang pada malam hari.

Malam hawa2 nak ke pagi- Projek usung mengusung berjalan. Gua yang dah lama lepak2 je petang2 masa bulan Ramadhan, rasa nak patah kangkang angkat almari2 baju. Angkat rak pinggan pun sama je, takde langsung rasa nak nyanyi masa angkat tu. Nak mengeluh2 pun dah tak larat. Dalam pukul 2, gua ngan abang gua pergi pekena air2 sejuk yang ada perasa kat restoran tom yam. Campur ngan makan megi sup sambil2 layan HBO yang takde kat rumah mak gua mahupun rumah sewa abang gua , pukul 3 jugak gua lepak2 kat kedai tom yam. Balik tu layan Tenis pulak. Tolak Serena ngan venus Williams, haram semua minah2 main tenis lawa2. Gampang, terjejas sikit Puasa gua!

Pagi besok hari- Tidur sampai zohor.

Gua haram takde masa nak bukak buku2 budak2 kacamata sikat rambut rapat2. Gua punya stadi release habis macam tu je.

* Lawa2 jugak minah2 Kelantan yang gua tengok kat pasar Ramadhan. Kat KB Mall ngan Wakaf Che Yeh pun ada gak. Tapi haram takde sorang pun yang kenyit2 mata kat gua. Cibai punya minah2. Tak hargai langsung orang2 hensem macam gua pergi Kelantan.

Waktu raya sampai raya ke tiga.

Anak2 sedara gua dari kolumpo semua balik. Campur ngan anak2 sedara tiri, yang kakak gua angkut balik sekali, macam funfair rumah gua dia punya bising. Gua awal2 lagi dah ucap sori kat buku2 gua. Gua takde masa nak layan diorang. Masa gua lebih banyak diperuntukkan untuk jadi kuda kat anak2 sedara gua. Cinabeng betul la. Gua pun ada gak jadi tukang basuh pinggan untuk tamu2 yang datang. Nak tercabut lutut gua rasa berdiri sambil basuh pinggan.

Anak sedara gua jugak bawak balik PS2 kat rumah nenek ngan atuk dia. Pagi2 orang beraya,diorang main game gusti. Tak praktikal langsung. Tapi takpe la, kurang2 gua boleh jugak lepas gian main PS2 sepam dua, lepas PS2 gua kena rompak kat rumah sewa abang gua yang gua tolong tu berbulan2 yang lalu. Kalau tak kena rompak, mungkin PS2 jugak tergolong dalam senarai barang untuk diusung2.

Raya ketiga, gua dah pekena ekon bas ekspress untuk balik ke IPT gua untuk pekena exam pulak. Buku, haram gua tak baca lagi.

* Masa raya baru ni, awek zaman gua sekolah Pasti (macam tadika la) dulu datang beraya rumah gua. Gua tengok dia, Masya Allah dia punya cantik dengan dressing macam isteri2 ulamak. Tapi dia tak sempat nak ejas2 gua sebab dia datang ngan mak dia. Takpe2, raya taun depan lu boleh lagi nak ejas2 gua.

Dari raya keempat hingga ke petang tadi.

Ni la klimaks gua punya sibuk. Dengan buku gua haram tak baca lagi, gua pun paksa jugak diri gua jadi macam mamat2 kacamata sikat rambut rapat2 dengan baca buku banyak2. Masa ni gua punya jam biologi (biasa la bila baca buku banyak2 keluar perkataan2 intelek) sudah berubah. Kalau biasa, lepas tengok drama Melayu je, gua terus tidur. Sekarang, gua dah baca buku sampai pukul 2,3,4 pagi. Bangun pagi esok, gua stadi lagi. Gua penat membaca, gua tak menulis, tapi gua baca lagi. Tidur2, sori la..

Lepas tu, pergi exam jawab soalan2 Masya Allah dia punya payah. Tapi ni la masa gua lepas gian untuk tulis2 blog. Dah 2 minggu gua tak tekan huruf2. Cuma bezanya, gua tak tulis pakai papan kekunci je masa exam ni. Lepas tu perah2 otak sikit. Tu je..

Walaupun sukar, tapi gua tetap tabah. Dengan bantuan doa mak ayah dan rakan2 yang lain, gua berjaya jugak mengharungi 5 kertas exam. Petang tadi baru gua habis exam. Harap2 gua boleh pointer tinggi2 sikit sem ni. Dapat 4 flat pun dah bersyukur gila gua. Lu orang doa2 la sikit kat gua..

* Dalam gua duk stadi2, ada jugak gua selit dengan adegan main PES ngan member gua. Sukar jugak ye nak jadi macam mamat2 kacamata sikat rambut rapat2..

Sekarang.

Gua nak qadhar gua punya tidur. Lusa2 gua bangun la.. sekejap je.

Sabtu, 5 September 2009

Skrip gua bersama seorang member pada bulan Ramadahan

Member sebelah gua menggeliat rakus dengan badan beliau terketar2 sambil dia usap2 tangan dia macam iklan Survivor Man kat dlam Discovery Channel, lepas tu taruk kat pipi. Dulu masa gua kat sekolah rendah, cikgu gua pernah ajar formula ni kalau sejuk. Tapi gua lebih suka masukkan tangan ke dalam baju ala2 orang kudung untuk hilangkan sejuk. Kawan2 gua pun ikut jugak formula gua. Gua rasa, formula gua lagi berkesan.

Gua jeling2 kat dia, dalam hati gua berkata, " Sejuk sangat ke? ". Memang kelas tu ada aircond baru, tapi gua tak la menggeletar macam dia. Lagipun, gua rasa aircond dia takde la cap yang hebat sangat.Tapi tak tau la pulak kalau hipotesis aircond berbunyi begini, " Semakin cap ayam aircond tersebut, semakin sejuk angin yang dikeluarkan ". Lepas ni cikgu sains kena ambik perhatian sikit ni.

Belum lagi ayat kat dalam hati gua keluar ikut mulut gua, dia dah jawab, " Sejuk betul la, sejuk lagi dari duk kat oversea.." Pada hemat gua, dia kebetulan je tu jawab, dia takde kuasa psikik kot, sebab gua tengok dia takde la nampak stylo mana. Seluar pun, seluar slack kain licin.

Gua pun tanya dia, " Lu dah pergi oversea ke? " Tengok pada wajah dia, gua rasa gua dah dapat agak apa jawapan dia nanti.

Dia jawab balik, " Err..Mana ada pergi oversea lagi.." Sambil dia tersengih2 tengok muka gua.

" Ceh, memang gua dah agak..!" ucap gua dalam hati untuk menghormati beliau pada bulan Ramadhan ni supaya pahala dia tak kurang takut2 dia anger kat gua.


Amacam? Rock kan rakyat Malaysia? Benda yang tak pernah rasa pun dia boleh ulas.. Bohonglah kalau lu tak pernah jumpa rakyat Malaysia sehebat ini.. Yeah, hidup rakyat Malaysia...!

Pengkhianatan IPT gua terhadap gua, member gua serta orang2 awam yang ada kat dalam IPT gua yang lain

Kelas start pukul lapan,habis kelas pukul satu ada pulak kelas pukul dua sampai pukul empat, rushing ke kelas pukul dua, sampai2 kelas takde aircond, tiap2 hari Rabu kena pakai tie, kalau tak pakai kena saman, baju petak2 takleh pakai pergi kelas, pakai selipar jepun ke kelas takleh, datang lewat takleh masuk kelas, soalan periksa gila babi susah, pointer requirement Masya Allah dia punya tinggi siot, quiz tiap2 minggu, tutor pun tiap2 minggu, pergi bandar takleh hari2, kalau keluar kena pakai baju kolar, pakai selipar jepun confirm kena halau oleh pak guard suruh tukar balik, dah la kena balik sebelum pukul 12 malam, pagar punyalah tinggi, siap ada kerawat lagi, kalau balik lewat, masya Allah dia punya mencabar siot nak masuk balik, tu tak kira lagi kalau nak fly nak pergi main pool, lagi la susah banget nak keluar, bangunan2 asrama punyalah tinggi, tapi lif takde, tangga dah la curam gila, rambut panjang kena saman, kunci hilang kena saman gak, dah la lepas tu bayar cakap tak bayar lagi,tup2 result exam kena block, pakai seluar koyak kena marah, program masya Allah dia punya bangang wajib pergi, kalau tak pergi kena potong pointer, dah la kena pergi pakai tie smart2, pakai baju plain tengah2 hari, hujung2 minggu, satu2nya masa bagi mamat2 (kononnya) indie yang boleh keluar secara sah untuk keluar tengok Transformer kat panggung bersama awek2 pakai tudung lilit... Tu semua gua tak kisah, tak tergugat pun iman gua.



Tapi....
Gua memang panas dengan jiwa yang penuh dengan keberontakan kalau IPT gua block mana2 web yang ada tulis blogspot.com kat pangkal dia. Macam mana gua nak layan sokernet?, macam mana gua nak layan gelak kat hilang punca, konotasi, ngan fdaus amad? Macam mana gua nak ikut isu2 semasa kat Hanief? macam mana gua nak flat blog Kahar Ahmad? Macam mana gua nak belajar buat kuih raya kat resepiraya.blogspot? (ada ke?) Macam mana gua nak belajar jahit baju melayu raya kat bajumelayutradisi.blogspot? (ada ke?) Dan yang paling gua tak best, gua takleh nak baca apa yang orang satunya pengikut gua, Firol (hahaha..) komen kat gua... GAMPANG!

p/s- Gua boleh tulis blog gua, tapi gua takleh tengok blog gua. CEROI gua punya IPT...

Selasa, 1 September 2009

Tekanan Jiwa

Gua baru sampai kat ITP gua ( dari Kuala Terengganu ). Gua sampai je, gua terus tidur.Maklumlah, tidur atas bas mana best, walaupun ada air cond. Masa gua tidur, gua nampak gelap je. Tup2, gua kena kejut dengan member gua yang baru habis kelas. Masa tu,pukul sepuluh kot. Gua bangun, gua tak marah sebab gua tahu, dia telah menjalankan tanggungjawab sosial dengan baik. "Member bilik didahulukan, kejut orang dengan renjis2 air diutamakan."

Memandangkan gua masih lagi mengantuk, berpegangkan prinsip 1Malaysia, gua sambung tidur gua. Kalau bangun pun, bukan boleh gi breakfast. Nak study, rasa tak rokes pulak. Budak2 pakai kaca mata ngan sikat rambut rapat boleh la studi pagi2 ni, kalau orang macam gua, lepas exam baru menyesal.. Second half tidur ni, gua nasib baik, tidur gua cerah sikit sebab gua mimpi. Gua mimpi, gua masih ada kat rumah. Gua rasa pelik, gua pun bangun. La gua ada kat atas katil asrama rupanya. Gua pun terfikir yang gua ada kelas pukul dua. Tak best nya, nasib baik kelas tu ada awek lawa. Apa2 pun tekanan jiwa gua kembali bertambah.

Boringnya duk kat IPT, gua rasa lagi best duk kat rumah tengok bapak gua buang anak kucing dari almari..