Memaparkan catatan dengan label mainan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mainan. Papar semua catatan

Khamis, 5 November 2009

Comeback

Pagi semalam, habis kelas, gua ada singgah melawat kat salah satu bilik member2 gua. Gua masuk gua nampak Jepah Saser, Keri Saser ngan Mahmut tengah main poker sambil dengar radio kuat2. Gua kira mereka ni nak ambik feel main kat Las Vegas kot main sambil dengar radio kuat2 ni. Gua tengok, mereka main poker pun dah lari dah dari versi yang gua bawak dulu.

Dah lama benar gua tak pekena poker ni. Kalau ikut ingatan gua, paling last gua main kejadah ni, tak pasti pulak. Tapi gua yakin, kali pertama gua main ialah masa mak ngan bapak gua pergi buat haji. Memandangkan dah lama gua tak pekena poker, buat comeback orait jugak ni. Gua tengok para pemain pun, gua rasa gua boleh makan. Ayam- ayaman je ni. Gua pun duduk bersila sambil menunggu kad dikacuh oleh Mahmut.

*******

Peh, memang gua dah agak, tok guru mana boleh kalah. Sekali comeback pun dah menang, Apa kes..?