Rabu, 1 Januari 2014

Tragedi Musim Hujan. (Story of the Year 2013)

Semasa saya start menulis ni, dalam 3 jam 40 minit lagi nak datang tahun 2014 yang dijangka ramai sebagai tahun yang sengsara. Saya nak mengambil peluang ini untuk berkongsi satu kisah supaya orang ramai dapat mengambil pengajaran dan teladan daripadanya.

Pada awal bulan yang lalu, dalam 2 atau 3 hari bulan Disember, saya ada mengikuti satu rombongan kelas saya seramai dua bas ke Pulau Pinang. Tapi, macam segan kalau saya cakap kami melawat Pulau Pinang. Sebab kami pergi ke Pusat Racun Negara je. Itu pun sebab Pusat Racun Negara tu kebetulan kerajaan letak kat Pulau Pinang. Nak tak nak, terpaksalah kami naik jambatan sebab datang dengan ramai kawan. Kalau kami nak naik feri, kami kena lalu ikut jeti. Nanti kalau orang kampung saya tanya, "Ko pergi Pulau Pinang itu hari ko naik beca pusing Komtar tak? Ko pergi tengok ular Tanjung Tokong tak? Jumpa Chombi anak Tanjung tak? Anak Mami Jelutong?" Cilakak, bapak la segan kalau saya jawab tak. Dah la Pusat Racun Negara tu bapak boring. Makan pun kasi roti Gardenia je.

Pusat Racun Negara ni, kalau saudara saudari belajar, ada lebih kurang 11 fungsi semuanya. Sebagai contoh ialah menyediakan maklumat tentang racun kepada awam melalui perkhidmatan telefon 24 jam. Tak perlu rasanya saya kongsikan semua benda. Yang penting Pusat Racun Negara ni bapak tak best kalau nak cerita kat orang. Satu lagi, entah apa kaitan entah lukisan mural kat situ lukis gambar orang pakai jubah konvo. Paling koman pun, orang lukis la gambar tengkorak. Barulah sesuai dengan imej racun.

Kalu jalan ke kiri sikit lagi, saudara saudari boleh nampak lukisan mural tu.

Ah, saya bukan nak cerita benda kat situ.

Cerita yang of the year bermula bila kami semua dalam perjalanan pulang. Pulau Pinang ke Kuantan, perjalanannya jauh ya Rabbi. Perjalanan kami memakan banyak masa dan tol. Walaupun begitu, perjalanan kami penuh dengan ketenangan. Mungkin waktu tu tol tak ada berita nak naik lagi. Dato' Seri Najib masa tu entah baru nak setting bila dan kat mana nak mesyuarat. Catering mana nak tempah untuk bihun goreng dan karipap pun tak confirm lagi. Pendek kata, perjalanan kami tidak mendatangkan sebarang kebimbangan selain daripada kegelapan malam yang mungkin tiba tiba ada hantu melintas sebelah cermin bas.

Ketenangan itu mula goyah bila perjalanan kami start keluar dari Wilayah Utara dan memasuki wilayah tengah yang mula dipengaruhi dengan musim hujan. Hujan renyai dah start turun. Err, maksud saya hujan betul-betul turun ni, bukan guling. Bila hujan dah turun, campur pulak dengan air cond bas, suhu keliling jadi makin sejuk. Waktu tu, barulah kita dapat membezakan apa itu ketenangan dan apa itu keluh kesah.

Cuaca sejuk, kalau serang dekat tubuh dan kaki saja, orait lagi saya rasa. Saya punya baju sejuk ala ala askar yang ada tulis 'This is not a machine gun' dekat belakang tu boleh setel benda ni. Tapi ia mula menjadi masalah bila ia menyerang juga pundi kencing. Bila cuaca persekitaran makin sejuk, lebih banyak darah akan mula mengalir ke seluruh organ dalaman supaya suhu badan kita dapat dikawal. Darah juga mengalir ke arah buah pinggang. Di situ la ia disukat menjadi air seterusnya disimpan ke dalam pundi kencing. Bila air dah makin banyak, ruang dan kekuatan pundi kencing yang sedia ada tak mampu menampung. Menurut F. Ercan dan rakan-rakan (1999), dalam keadaan cuaca sejuk, lagi lah pundi kencing tu tak kuat. Tak payah nak eksyen la, masa tu dalam kepala memang nak cari tandas je.

Kalau duduk kat rumah tengah layan tivi, melipat pakaian atau tengah semak bil elektrik, benda tu tak jadi hal sangat. Tapi, cuba bayangkan kalau saudara saudari masa tu tengah duduk dalam bas. Atas highway pulak tu. Peh, bapak la seksa. Bas rasa macam bergerak slow je. Takkan la nak suruh pakcik bas berhenti lepas tu kita nak buang tepi highway. Mana nak letak air muka George Clooney saya nak buat perangai macam tu depan makwe-makwe kelas. Saya lebih rela mati meringkuk di seat belakang dari buat macam tu.

Paras air dalam saya punya pundi makin melimpah. Akhirnya Allah menemukan juga kami dengan Petronas Sungai Buluh sebagai tempat persinggahan. Tak fikir panjang, saya pun terus turun bas dengan visi dan wawasan yang jelas. Selain visi dan wawasan yang jelas, saya juga turun dengan penuh rock. Walaupun saya ada iras-iras Zac Efron, tapi saya lebih memilih untuk dilihat seperti Jimmy Page. Rambut sengaja saya kasi jatuh untuk nampak lebih garang. Baju yang bertulis central rocks! mengukuhkan lagi rock saya pada waktu tu. Barulah orang Sungai Buluh kenal rokes itu apa.

Destinasi saya ialah bangunan hujung sebelah kedai runcit Mesra. Hujan tetap lagi turun. Saya punya langkah saya sengaja lajukan supaya visi saya lebih cepat dicapai seterusnya mampu memadam kesengsaraan yang saya tanggung selama dalam bas. Setibanya di bangunan hujung, pintu utama cantik cantik dah terbuka. Saya cuma perlu langkah kaki kiri je campur dengan sedikit bismillah. Tanpa fikir panjang tentang syaitan buat apa kat dalam tu (mungkin tengah meraung sebab saya punya bismillah), saya meluru laju mendapatkan tandas hujung yang lebih privasi.

Pintu saya katup dan akhirnya kesengsaraan saya digantikan dengan satu kepuasan dan senang hati.

Selesai segalanya, saya bersedia untuk keluar. Tiba-tiba saya terbaca satu poster arahan pada muka pintu tandas. "TOLONG BUANG TUALA WANITA DI TONG SAMPAH YANG DISEDIAKAN"

"Gampa!" Saya seterusnya merenung tangki flush dengan penuh penyesalan dan pengajaran. Di sebalik halus halus suara hilai tawa makwe-makwe kelas saya (dari pengecaman suara la) tengah bermekap depan cermin, saya mula belajar satu benda. Bersabar dalam banyak perkara, besar manfaatnya.




p/s- Masa gua tersekat tu, gua sms kawan gua suruh check long untuk gua keluar tanpa dikesan. Dia balas, "Takpe, mung kan dah rambut panjang.Orang tak perasan pun." Cilakak.







11 ulasan:

  1. Ada amoi tak? -Roy

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat tandas tu la -Roy

      Padam
    2. Aku keluar bila aku pastikan betul betul takde orang. Bila dalam keadaan macam tu mampus apa nak pikir amoi segala bagai.

      Padam
  2. Balasan
    1. Kakakaka. Kalu tak pergi dengan rombongan takde hal la. Ni pergi dengan rombongan ni.

      Padam
  3. Mudah-mudahan tidak menyebabkan bencana musim hujan tahun ini.

    BalasPadam