*Kesinambungan tentang Prinsip Peperiksaan.
Tak dan habis sehari selepas peperiksaan mata pelajaran Perubatan Herbal, kami dikerahkan untuk bersedia pula dengan peperiksaan mata pelajaran Pharmacognosy. Walaupun bunyi macam stailo, entah apa benda pun saya tak tau apa makna pharmacognosy ni sebenarnya. Yang paling menusuk kalbu, atas nama mata pelajaran pharmacognosy inilah, kami dapat melancong secara percuma ke Tasik Kenyir layan air tejun dan karaoke atas rumah bot. Cayalah Dr Retno!! Hidup Indonesia!!
Jadi, sempena peperiksaan pharmacology besoknya, saya ke bilik rakan saya, saudara Alif untuk menalaah pelajaran seterusnya dapat menjawab dengan tenang untuk besok hari. Dalam bilik Alif masa tu, kalau masuk ikut pintu, belah kanan ada katil. Depan kaki katil, ada sebuah kipas meja manakala di sisinya ada meja ABC terletak atasnya komputer riba. Manakala belah kiri pula, ada almari pakaian kukuh yang dibina berasaskan kayu-kayan. Yang paling steady, sebelah almari kayu tu, ada sebuah basikal 'Mountain Bike'. Munasabah lah, Alif Aikal malam tu pakai baju ada tulis 'Cyclist Not Dead' dekat bahagian depan.
Macam selalu, kami berdua sahaja yang menelaah pelajaran bersama untuk peperiksaan. Rata-rata dari warga kelas kami lebih gemar baca nota sendiri-sendiri. Modus operandi ulangkaji kami ialah dengan menggunakan komputer riba milik Alif Aikal di sebelah katilnya. Katil yang dibalut dengan cadar tema lautan dan gambar ikan tu, secara automati jadi kerusi panjang buat kami. Takkanlah kami nak belajar sambil berdiri? Komunis pun tak macam tu.
Kami mulakan dengan menelaah tentang tindakan terapeutik yang mampu di buat Penicillin ke atas transpeptidase mengenepikan d-alanine d-alanyl. Kami sepakat nak into kepada tindakan Penicillin lepas heboh satu kelas bahawasanya besok peperiksaan soalan tentang penicillin ni akan masuk. Itu pun selepas satu daripada rakan kami, Nur Raihanah kongsikan ke dalam laman sesawang facebook lima keping gambar berimej nota yang ditulis sendiri tentang apa dia dah bincang dengan Dr Retno. Daripada lima keping gambar tu, gambar nota tentang Penicillin tu dikatakan ada can masuk periksa besok.
Kami pakai percaya ke Nur Raihanah ni. Dia ni jenis usrah punya makwe. Jenis yang sebelum makan tadah tangan baca doa, stokin tangan tak pernah tanggal pergi ke mana mana, jenis kalau bersalam dengan rakan-rakan bertindih pipi, jenis dengar nasyid kontemporari dan minat Prof Muhaya. Peh, saya berani kerat jari la orang macam Nur Raihanah ni menipu. Jadi, pandangan kami fokus pada gambar yang diambik pakai henset tu. Sampai kecik mata mata kami tengok piksel berterabur.
Contoh salah satu gambar. Klik pada imej untuk piksel berterabur.
Dengan penuh tenang dan intelektual, kami cuba fahami tindakan penicilin ni. Mula-mula dia berlakon jadi struktur d-alanine d-alanyl selepas melekat kat transpeptidase kerana dia perlu ada struktur ini untuk bertakup dengan enzim dalam bakteria. Selepas pada tu, hidroksil dari sisa serine buka pulak ikatan peptide yang sedia ada dalam cincin lactam beta dalam bakteria. Bila terbuka, masa ni la Penicillin curik peluang untuk bertakup pulak dengan enzim dalam bakteria secara kovalen seterusnya menghentikan penghasilan dinding sel bakteria. Kerana berhentinya penghasilan dinding sel tu, maka bakteria tu akan mati kerana strukturnya akan berkecai. Takpe kalau saudara saudari tak paham, jangan tinggal solat dah. Secara ringkasnya penicillin ni akan bertakup dengan enzim yang bikin dinding sel supaya dia dah tak boleh nak bertugas sebagai pembuat dinding sel kepada bakteria. Ah, mampuslah.
Setelah puas faham dengan penicillin ni, kami bercadang ke gambar seterusnya. Kami tekan perktaan next dan imej tentang sumber awal metabolit untuk proses biosintesis dalam tumbuhan. Mata kami berhenti pada imej tersebut yang juga diambik pakai kamera henfon. Cumanya, pandangan kami ini tidak terlalu fokus memberi sedikit ruang untuk berehat seketika setelah berlawan dengan piksel berterabur.
Mungkin untuk kepastian, Alif tanya saya, "Yang ni masuk tak?"
"Kalau tak masuk pun, apa salahnya kita baca sikit. Untuk ilmu." Jawab saya poyo.
Dia membalas," Ceh. Sebelum ni kita dah ada empat bulan. Sekarang kita ada kurang 24 jam lagi untuk exam besok. Tapi, kenapa sekarang baru nak carik ilmu?!"
Saya mengalihkan pandagan daripada komputer ke arah muka Aliff Aikal yang ada iras iras Pierre Andre. Mulut saya sengih. "Power.. Power..!!" Kami pun ber-'high-five' tanda menyokong antara satu sama lain. Seterusnya kami sambung pula ke gambar pasal 'Mevalonate Pathway'.
Amacam? Inilah baru orang panggil PRINSIP!!
up -Roy
BalasPadamKo apahal Roy?
BalasPadampower betol perinsip..
BalasPadamFuksal Ben. Aku beli kasut baru doh ni.
Padamok sorry -Roy
BalasPadamNasib baik gua pemaaf.
BalasPadamHmm.. Aq dh baca blog hang. Kira hutang aq utk baca blog hang lps exam tu kira terlaksana la kn?
BalasPadamKakakaka. Steady, steady..
Padam