Rabu, 25 Disember 2013

Kisah Saya pada Hari Krismas.

Pagi Krismas ini, saya mempunyai misi yang jelas lagi kukuh. Perut saya malam tadi lagi dah terasa lapar. Sebiji Cloud 9 pada malam tadi dan tiga batang biskut panjang yang masa kecik kecik dulu selalu saya berlagak macam hisap rokok tu tak dapat nak setelkan saya punya kesengsaraan. Nasib baik saya seorang penyabar. Jean Claude Van Damme pun belum tentu boleh tahan macam saya.

Cuaca pada ini pagi begitu baik. Pandangan baik tentang cuaca pada pagi hari bergantung kepada sedap masing-masing. Kalau makcik suri rumah, pagi yang matahari terang benderang, baru diorang kata baik. Barulah sedap nak jemur kain kasi garing. Angkat-angkat nanti dah bau soflan. Kalau kaki tidur lepas Subuh, pagi yang ada hujan baru lah dikatakan solid. Kerana suhu macam tu lah paling optimum untuk sambung tidur. Kalau kaki krismas pula, mesti pagi yang baik adalah pagi yang turunnya salji. Terpulanglah kepada fikiran dan gaya hidup masing-masing. Kerana nikmat kita berbeza.

Udara yang segar ini, saya hirup dengan penuh sempurna. Pertukaran gas oksigen dan carbon dioksida begitu kemas dan tersusun dalam paru-paru saya. Untung betul jadi orang sihat. Burung-burung begitu riang bersosial sesama mereka di atas wayar elektrik. Entah sedap menda pun saya tak pasti duduk atas wayar elektrik, sebab saya tak pernah ada pengalaman menjadi burung. Sekiranya saya diberi peluang pun, tak nak saya jadi burung layang-layang. Matahari pula baru hendak menyimbah cahayanya. Saya hanya senyum senget melihat matahari yang powernya masih lagi di tahap rendah. Manakala, di luar pagar, kelihatan dua tiga pakcik dressing baju bersenam sedang bersiap-siap untuk joging  di taman kononnya nak jaga kencing manis. Saya sekali lagi senyum senget, "Too late, uncle..".

Mungkin inilah pagi yang sempurna bagi saya. Saya naik atas bilik, ambik dompet, lepas tu pergi sarapan. Boleh jadi, inilah Krismas terakhir untuk saya dan rakan rakan untuk pekena roti canai harga 90sen.

Begitulah kisah saya. Selamat menyambut tahun mendatang yang lebih mencabar.





2 ulasan: