Tiba-tiba ada satu suara makwe yang tegur saya. Masa tu saya tengah steady tengok fail tebal berwarna coklat tentang seorang makcik sedang bertarung dengan kecing manis. Rata-ratanya orang kat dalam hospital ni sakitnya kencing manis. Begitulah hasilnya bila ketika muda kita amboi bukan main enjoy sangat dengan minuman manis. Nak nak budak budak zaman sekarang. Dah la minum tu air nak support Israel je, lepas tu malas pulak nak bersenam. Kerja sepanjang masa mengadap telefon pintar je. Kalau macam ni punya gaya, tak dan tua lagi pun silap-silap dua dua kaki dah kena potong.
Saya palingkan muka, rupa-rupanya suara itu milik kepada satu orang doktor pelatih. Doktor pelatih ni, tak susah sangat nak cam. Selain dari menggantung sthetoskop dekat leher, rupa mereka kelihatan sangat tak cukup tidur, lesu, penuh dengan tekanan serta tudung yang tidak begitu simetri antara kiri dan kanan. Matanya begitu redup sebagai satu simbol orang yang ingin disorongkan bantal. Walaupun begitu, tak munasabah kalau dia tegur saya sebab nak dapatkan bantal.
"Boleh pinjam ni?" Jarinya tunjuk ke arah buku warna Bob Marley yang tersemat dalam kocek kot putih saya.
"Oh, boleh." Tangan saya segera dapatkan Oxford Handbook of Clinical Medicine seperti yang diniatkan oleh doktor pelatih itu. Tak mungkin saya nak biar dia celupkan sendiri tangannya kedalam kocek baju saya. Nanti, apa pula malaikat Rokid Atid catatkan kat atas bahu saya.
Setelah buku berwarna Bob Marley itu bertukar tangan, dia terus berpusing ke arah katil di hujung dinding dan mendapatkan Doktor perempuan yang lebih senior dengan baju yang lebih bergaya. Muka jangan cakap la, memang kerja nak tenung orang je.
Saya perhatikan sahaja dua doktor tersebut sedang bertungkus lumus mencari sesuatu kat dalam buku tu. Sebenarnya yang bertungkus lumus doktor pelatih tu je, doktor yang lebih senior dengan baju yang lebih bergaya tu tunggu masa nak sound je kalau kalau doktor pelatih tu silap. Beleken beliau begitu laju dan hasilnya apa yang dicari tidak dijumpai. Peh, saya dapat rasakan yang doktor pelatih tu memang berdebar habis la. Dah la bila tanya tak boleh jawab, lepas tu suruh cari dalam buku pun tak jumpa juga. Memang kasi bola tanggung la.
Saya tak ambik port sangat scene doktor pelatih tu kena ceramah. Saya lebih berminat dengan kerja saya ke arah makcik yang kena stroke pula. Depan saja dengan makcik yang kencing manis.
Tiba-tiba doktor yang lebih senior dengan pakaian yang lebih bergaya tu panggil saya pula. Kini debaran itu mungkin telah berubah arah. Saya pun cuba bermain dengan kata-kata.
"Awak student kan?"
"Tapi, saya farmasi je.."
"Alaa.. Farmasi pun kena tau jugak benda ni!"
Saya akurkan sahaja. Suaranya pun dah macam makin menaik. Renungan matanya juga mematahkan semangat saya untuk terus bermain dengan kata-kata. Bukan saya tak ada kekuatan untuk berlawan, cuma tak manis la kalau kita bergaduh di depan orang sakit. Lagi pulak nak bergaduh dengan orang yang lebih dewasa. Hidup bermasyarakat ni, kadang-kadang perlu juga kita mengalah dalam nak menjaga keharmonian sejagat.
Dia unjurkan saya punya buku yang doktor pelatih tadi tu pinjam. "Ha, awak cari macam mana nak cari corrected calcium!"
Bila dengar arahan terakhirnya, peh, saya senyum nipis!
Saya ambik semula buku karangan Murray Longmore dan rakan rakan terbitan Oxford tersebut, saya katup. Saya belek pula buku nota kecik karangan saya sendiri yang saya ambik dalam poket baju kotak-kotak saya. Saya melangkah yakin, seyakin langkah Rocky Balboa ke arah doktor yang lebih senior dengan baju yang lebih bergaya tu. Saya tunjukkan satu muka surat dalam buku nota kecik tersebut , lalu saya berkata," 40 tolak albumin. Dalam kurungan darab 0.02. Tambah dengan kalsium"
"Ooo.. 0.02 eh?" Doktor yang lebih senior dengan baju yang lebih bergaya mengangguk-angguk faham. Rupanya yang tadinya kelihatan garang, dah tak garang lagi. Amacam? Kalau doktor pelatih tu tadi tanya awal-awal kan senang.
Rabu, 5 Februari 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKenapa delete komen brader?
PadamCerita pasal awek la pulak -Roy
Padamwah,biso demo -Roy
BalasPadamBiasa-biasa je Roy.. Kakaka
PadamHebak sang harima
BalasPadamKakakakaka. Kebetulan je.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadambiser biser
BalasPadamHahaha. Terer laa sang harima!!
BalasPadam