Jumaat, 17 Oktober 2014

Dosa Saya Berada di Universiti. Sebuah Kisah Pedoman.

Dua tiga hari ni, bila saya perhati dekat news feed Facebook, banyak gambar kawan kawan saya pakai topi biskut jagung tu. Masing masing muka gembira tanda baru habis majlis konvokesyen. Di setiap gambar pula, ramai yang tulis bahawa mereka sungguh berpuas hati selepas berpenat lelah berjuang dan berkorban  bertahun-tahun untuk sampai ke tahap tu, pakai jubah dan topi biskut jagung secara rasmi. Pada tulisan tu, nampak mereka ni puas hati betul dapat konvo. Mereka ni benar benar berpenat lelah  dan berkorban atau ikut ikut kawan je tulis macam tu, saya tak pasti. Tak apa lah, yang berusaha tu, Tuhan kasi la ganjaran besok besok. Tapi saya secara peribadi, zaman belajar takdelah saya berpenat lelah sangat. Biasa biasa je saya rasa. Kalu saya mengantuk saya tidur. Kalu lapar, saya makan nasik. Kalu marah ke kerajaan, saya turun demonstrasi. Dan kalu saya rasa nak tengok makwe, saya pergi ke Pantai Teluk Cempedak. Pendek kata, hidup jadi pelrajar ni rilek rilek saj, tak ada halangan mana. Kalu ada waktu cemas pun sekali dua je bila pensyarah suruh jumpa sebab tak pergi kelas atau markah rendah. Itu pun bagi saya, tak ada lah mencabar sangat.

Cuma semasa saya belajar tu, ada satu time tu betul betul mencabar saya. Sampai sekarang saya tak pernah lupa peristiwa ni. Saya rasa elok saya berkongsi kepada semua agar boleh menjadi teladan dan pedoman, terutamanya pada adik adik yang masih menuntut di bangku universiti.
Masa tu sem baru masuk, tapi saya dah tak ingat sem berapa sem berapa. Yang penting, masa tu duit biasiswa tak masuk lagi. Dua tiga minggu pun tak masuk lagi. Memang kewangan saya masa tu parak tak patut.  Saya pulak dulu ekysen tak ingat bila duit ada. Beli itu, beli ini, pergi situ, pergi sana, sampai duit dalam bank tinggal dalam lima ringgit je. Macam gampa saya rasa masa tu. Nasib baik dalam dompet ada lagi dalam dua belas ringgit. Nak mintak duit dengan mak ayah, takut nanti hilang pula rock. Dengan kawan kawan pun saya tak berhutang juga. Kebetulan saya ada dengar jugak lagu lagu punk, jadi rasa macam tak sedap pula nak berhutang dengan kawan kawan.  Sebab saya tak nak ajar diri saya ni suka berhutang. Bila kita banyak berhutang, kurang la punk nya. Punk mengajar kita supaya banyak bergantung pada diri sendiri dan DIY. Ini tidak, kerajaan dari awal lagi ajar kita berhutang dengan PTPTN. Sebab ajar biasa berhutang ni la bangsa kita dari keluar universiti sampai ke tua berhutang. Beli kereta berhutang, beli rumah berhutang, sampai beli barang dapur pun berhutang dengan kad kredit. Padahal, Rasulullah sendiri pun mintak kita berdoa supaya jauh dari hutang. Nampaknya, antara kerajaan dan punk, punk lagi ikut nabi.

Kerana nak rock dan punk sangat, saya punya diet berubah sedikit. Kalu sebelum sebelum ni rasa nak makan nasik goreng tempah nasik goreng Abang Di, rasa nak makan ikan patin Tempoyak, pergi dekat Makcik Gemok, tapi bila ada dua belas ringgit ni saya atur betul betul jadual pemakanan saya. Saya beli sebungkus roti, dan satu botol sos cili. Waktu pagi saya makan dua keping roti cicah dengan sos. Waktu tengah hari pula saya tambah empat keping lagi roti cicah sos. Bila petang gelap sikit, baru saya beli nasik lemak RM1.50 depan Tunas Manja tu. Malam pula saya berlakon kenyang. Walaupun diet saya berubah, ia tidak menghalang saya untuk menghadirkan diri ke dewan kuliah untut menuntut ilmu. Cewah.

Hendak dijadikan cerita, lepas dua tiga hari berlawan dengan diet tu, dekat dalam kelas tiba tiba ada orang datang bagi hamper untuk kelas saya. Katanya hamper sempena hari keluarga tahun lepas. Dalam hamper tu ada berjenis jenis makanan ringan yang tak baik untuk gigi. Bagai pucuk dicita jugak ada makanan makanan ni. Ringan pun ringan la, janji ada alas untuk saya punya perut. Saya dapat dua tiga keping snek yosss dan dua ketul Coco Pie. Okay jugak Coco Pie ni, padu jugak untuk buat alas. Bila saya dah dapat dua Coco Pie tu, tiba tiba saya tengok Idzuad ke sape entah tak dapat lagi Coco Pie. Saya bagi dia satu  walaupun jauh di sudut hati ni sebenarnya berat je nak kasi. Entah ikhlas entah tidak. Tapi masa tu saya pujuk hati saya, “Takpe, takpe. Rezeki Tuhan tu ada.” Tinggal lagi satu Coco Pie tu, saya terus simpan dalam poket. Yang snek tadi tu, saya terus makan untuk hilangkan lapar. Manakala Coco Pie  yang dalam poket seluar ni, saya simpan dulu untuk alas perut makan tengah hari nanti pula. Celaka, macam cerita sedih pulak cerita ni. Kakaka.

Hari tu kebetulan kelas cancel, jadi saya balik awal ke bilik untuk urusan urusan rehat, kendiri dan pengkeranian Facebook. Sampai kat bilik, Coco Pie saya simpan kemas dalam poket tu saya ambik letak atas meja stadi. Saya pun duduk atabvhgffsakouffhue55set4eycetyrerdcfys kerusi berdekatan meja tu. Mungkin inilah kuasa Tuhan, entah kenapa saya rasa sayu je tengok meja stadi saya yang berserabut sekali penuh dengan sampah dan benda tak guna. Apa cerita, plug motor pun ada atas meja stadi saya tu. Buat malu ke Eric Leong je. Dia yang tak Islam pun pandai nak kemas kemas. Saya ni, mengaku je umat Nabi tapi meja selerak nak mampus. Atas kesedaran itu lah, saya mengambil keputusan serta merta untuk mengemas meja tersebut.

Saya pun dengan semangat terus bangun dan start berkemas. Saya kutip segala benda atas dan dalam meja tu. Buku, kertas, kad nama, pen, kalkulator, botol air, kulit cukelat,kotak kasut, tudung pen, plastik cikedis, paku, sos cili, roti, Coco Pie dan plug motor semua saya kutip tanpa prejudis. Untuk lebih sistematik dan bersifat adil, benda benda yang saya rasa sampah dan tak berguna tak ada nilai komersial saya letak belah kiri. Manakala benda yang saya nak lagi saya letak belah kanan. Saya sapu kemas kemas segala debu atas meja tu. Tangan Jason Statham jangan disangka tak boleh menghayun bulu ayam. Satu debu pun tak ada oleh kerana cekapnya saya mengemudi bulu ayam. Habis sapu debu, saya susun semula benda benda yang saya letak belah kanan tadi, contohnya kalkulator dan sos cili. Saya susun dengan penuh cermat supaya ia kelihatan kemas pada pandangan mata. Tinggi rendah sesuatu buku pun saya ambik kira dalam kaedah penyusunan saya. Fuuh, lepas selesai kemas, barulah meja stadi saya nampak penuh excellent sebagai meja stadi. Kemas dan selesa untuk stadi walaupun hakikatnya saya pemalas nak mampus stadi.

Benda benda yang saya letak belah kiri tadi, saya masukkan dalam satu beg plastik. Saya masukkan benda tu semua dengan penuh rasa marah dan puas kerana benda benda inilah yang menyelerakkan meja stadi saya selama ini. Penuh satu plastik juga barang barang tak guna yang menyeksa meja stadi saya sebelum ini. Plastik tu pula, tanpa tunggu lama saya terus buang dalam tong sampah besar dekat belakang bangunan. Puas hati saya.  

Selesai buang beg plastik tu, bermakna selesai la tugas saya pada pagi nak masuk tengah hari tu. Saya masuk semula ke bilik saya dan duduk semula dia atas kerusi tadi. Saya tengok meja stadi saya penuh dengan rasa lega dan puas hati. Perempuan pun cemburu kalu tengok meja saya tu. Bila dah habis mengemas ni, rasa penat dan lapar pula. Saya kira, itulah setting yang paling baik untuk saya pekena Coco Pie yang saya bawa balik tadi. Sedang saya nak ambik Coco Pie tu kat atas meja, tiba tiba rasa pelik datang menjelma. Eh, kat mana pulak saya taruk Coco Pie ni? Saya selak sikit sikit barang barang atas meja mana tau ada tertindih ke. Tapi tak jumpa jugak. Dalam laci pun, tak ada jugak. Saya dah jadi serba salah dan berdebar. Dalam berdebar tu, saya teringat. “Celaka, aku letak dalam plastik sampah ke tadi? Bodohnya.”

Pagi dan nak masuk tengah hari tu, saya hanya termenung panjang di atas kerusi. Nak marahkan diri sendiri, takut jadi makin lapar pula. Saya begitu terkilan dengan tindakan dan dosa yang saya lakukan terhadap diri saya. Itulah peristiwa paling perit semasa saya belajar di Universiti. Semoga memperoleh teladan dan pengajaran. Kepada yang telah menamatkan pengajian dengan berjaya, saya ucapkan tahniah!


7 ulasan:

  1. pnye la pnjg ak bce.... rpenye psal cocopie.... jd duta cocopie k bang....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mung dok abih belajor lagi kan Din? Ambik la pengajaran tu. Jangan baca saje.

      Padam
  2. Peristiwa paling perit saya pula adalah x dpt naik kereta "Nissan Teana"..

    BalasPadam
  3. Dalam. Insaf sangat aku yang masih bergelar mahasiswa ni.

    BalasPadam