Dua tiga hari ni, bila saya perhati dekat news feed
Facebook, banyak gambar kawan kawan saya pakai topi biskut jagung tu. Masing
masing muka gembira tanda baru habis majlis konvokesyen. Di setiap gambar pula,
ramai yang tulis bahawa mereka sungguh berpuas hati selepas berpenat lelah
berjuang dan berkorban bertahun-tahun
untuk sampai ke tahap tu, pakai jubah dan topi biskut jagung secara rasmi. Pada
tulisan tu, nampak mereka ni puas hati betul dapat konvo. Mereka ni benar benar
berpenat lelah dan berkorban atau ikut
ikut kawan je tulis macam tu, saya tak pasti. Tak apa lah, yang berusaha tu, Tuhan kasi la ganjaran besok besok. Tapi saya secara peribadi, zaman
belajar takdelah saya berpenat lelah sangat. Biasa biasa je saya rasa. Kalu
saya mengantuk saya tidur. Kalu lapar, saya makan nasik. Kalu marah ke
kerajaan, saya turun demonstrasi. Dan kalu saya rasa nak tengok makwe, saya
pergi ke Pantai Teluk Cempedak. Pendek kata, hidup jadi pelrajar ni rilek rilek
saj, tak ada halangan mana. Kalu ada waktu cemas pun sekali dua je bila
pensyarah suruh jumpa sebab tak pergi kelas atau markah rendah. Itu pun bagi
saya, tak ada lah mencabar sangat.
Cuma semasa saya belajar tu, ada satu time tu betul betul
mencabar saya. Sampai sekarang saya tak pernah lupa peristiwa ni. Saya rasa
elok saya berkongsi kepada semua agar boleh menjadi teladan dan pedoman,
terutamanya pada adik adik yang masih menuntut di bangku universiti.
Masa tu sem baru masuk, tapi saya dah tak ingat sem berapa
sem berapa. Yang penting, masa tu duit biasiswa tak masuk lagi. Dua tiga minggu
pun tak masuk lagi. Memang kewangan saya masa tu parak tak patut. Saya pulak dulu ekysen tak ingat bila duit ada.
Beli itu, beli ini, pergi situ, pergi sana, sampai duit dalam bank tinggal
dalam lima ringgit je. Macam gampa saya rasa masa tu. Nasib baik dalam dompet
ada lagi dalam dua belas ringgit. Nak mintak duit dengan mak ayah, takut nanti
hilang pula rock. Dengan kawan kawan pun saya tak berhutang juga. Kebetulan saya
ada dengar jugak lagu lagu punk, jadi rasa macam tak sedap pula nak berhutang
dengan kawan kawan. Sebab saya tak nak
ajar diri saya ni suka berhutang. Bila kita banyak berhutang, kurang la punk nya.
Punk mengajar kita supaya banyak bergantung pada diri sendiri dan DIY. Ini
tidak, kerajaan dari awal lagi ajar kita berhutang dengan PTPTN. Sebab ajar
biasa berhutang ni la bangsa kita dari keluar universiti sampai ke tua
berhutang. Beli kereta berhutang, beli rumah berhutang, sampai beli barang
dapur pun berhutang dengan kad kredit. Padahal, Rasulullah sendiri pun mintak
kita berdoa supaya jauh dari hutang. Nampaknya, antara kerajaan dan punk, punk
lagi ikut nabi.
Kerana nak rock dan punk sangat, saya punya diet berubah
sedikit. Kalu sebelum sebelum ni rasa nak makan nasik goreng tempah nasik
goreng Abang Di, rasa nak makan ikan patin Tempoyak, pergi dekat Makcik Gemok,
tapi bila ada dua belas ringgit ni saya atur betul betul jadual pemakanan saya.
Saya beli sebungkus roti, dan satu botol sos cili. Waktu pagi saya makan dua
keping roti cicah dengan sos. Waktu tengah hari pula saya tambah empat keping
lagi roti cicah sos. Bila petang gelap sikit, baru saya beli nasik lemak RM1.50
depan Tunas Manja tu. Malam pula saya berlakon kenyang. Walaupun diet saya
berubah, ia tidak menghalang saya untuk menghadirkan diri ke dewan kuliah untut
menuntut ilmu. Cewah.
Hendak dijadikan cerita, lepas dua tiga hari berlawan dengan
diet tu, dekat dalam kelas tiba tiba ada orang datang bagi hamper untuk kelas
saya. Katanya hamper sempena hari keluarga tahun lepas. Dalam hamper tu ada
berjenis jenis makanan ringan yang tak baik untuk gigi. Bagai pucuk dicita
jugak ada makanan makanan ni. Ringan pun ringan la, janji ada alas untuk saya
punya perut. Saya dapat dua tiga keping snek yosss dan dua ketul Coco Pie.
Okay jugak Coco Pie ni, padu jugak untuk buat alas. Bila saya dah dapat dua Coco Pie tu, tiba tiba saya tengok Idzuad ke sape entah tak dapat lagi Coco
Pie. Saya bagi dia satu walaupun jauh di
sudut hati ni sebenarnya berat je nak kasi. Entah ikhlas entah tidak. Tapi masa
tu saya pujuk hati saya, “Takpe, takpe. Rezeki Tuhan tu ada.” Tinggal lagi satu Coco Pie tu, saya terus simpan dalam poket. Yang snek tadi tu, saya terus makan untuk hilangkan lapar. Manakala Coco Pie yang dalam poket seluar ni, saya simpan dulu untuk alas
perut makan tengah hari nanti pula. Celaka, macam cerita sedih pulak cerita ni.
Kakaka.
Hari tu kebetulan kelas cancel, jadi saya balik awal ke
bilik untuk urusan urusan rehat, kendiri dan pengkeranian Facebook. Sampai kat
bilik, Coco Pie saya simpan kemas dalam poket tu saya ambik letak atas meja
stadi. Saya pun duduk atabvhgffsakouffhue55set4eycetyrerdcfys kerusi berdekatan
meja tu. Mungkin inilah kuasa Tuhan, entah kenapa saya rasa sayu je tengok meja
stadi saya yang berserabut sekali penuh dengan sampah dan benda tak guna. Apa
cerita, plug motor pun ada atas meja stadi saya tu. Buat malu ke Eric Leong je.
Dia yang tak Islam pun pandai nak kemas kemas. Saya ni, mengaku je umat Nabi
tapi meja selerak nak mampus. Atas kesedaran itu lah, saya mengambil keputusan
serta merta untuk mengemas meja tersebut.
Saya pun dengan semangat terus bangun dan start berkemas.
Saya kutip segala benda atas dan dalam meja tu. Buku, kertas, kad nama, pen, kalkulator,
botol air, kulit cukelat,kotak kasut, tudung pen, plastik cikedis, paku, sos cili,
roti, Coco Pie dan plug motor semua saya kutip tanpa prejudis. Untuk lebih
sistematik dan bersifat adil, benda benda yang saya rasa sampah dan tak berguna
tak ada nilai komersial saya letak belah kiri. Manakala benda yang saya nak
lagi saya letak belah kanan. Saya sapu kemas kemas segala debu atas meja tu. Tangan
Jason Statham jangan disangka tak boleh menghayun bulu ayam. Satu debu pun tak
ada oleh kerana cekapnya saya mengemudi bulu ayam. Habis sapu debu, saya susun
semula benda benda yang saya letak belah kanan tadi, contohnya kalkulator dan
sos cili. Saya susun dengan penuh cermat supaya ia kelihatan kemas pada
pandangan mata. Tinggi rendah sesuatu buku pun saya ambik kira dalam kaedah
penyusunan saya. Fuuh, lepas selesai kemas, barulah meja stadi saya nampak
penuh excellent sebagai meja stadi. Kemas dan selesa untuk stadi walaupun
hakikatnya saya pemalas nak mampus stadi.
Benda benda yang saya letak belah kiri tadi, saya masukkan
dalam satu beg plastik. Saya masukkan benda tu semua dengan penuh rasa marah
dan puas kerana benda benda inilah yang menyelerakkan meja stadi saya selama
ini. Penuh satu plastik juga barang barang tak guna yang menyeksa meja stadi
saya sebelum ini. Plastik tu pula, tanpa tunggu lama saya terus buang dalam
tong sampah besar dekat belakang bangunan. Puas hati saya.
Selesai buang beg plastik tu, bermakna selesai la tugas saya
pada pagi nak masuk tengah hari tu. Saya masuk semula ke bilik saya dan duduk
semula dia atas kerusi tadi. Saya tengok meja stadi saya penuh dengan rasa lega
dan puas hati. Perempuan pun cemburu kalu tengok meja saya tu. Bila dah habis
mengemas ni, rasa penat dan lapar pula. Saya kira, itulah setting yang paling
baik untuk saya pekena Coco Pie yang saya bawa balik tadi. Sedang saya nak
ambik Coco Pie tu kat atas meja, tiba tiba rasa pelik datang menjelma. Eh, kat
mana pulak saya taruk Coco Pie ni? Saya selak sikit sikit barang barang atas
meja mana tau ada tertindih ke. Tapi tak jumpa jugak. Dalam laci pun, tak ada
jugak. Saya dah jadi serba salah dan berdebar. Dalam berdebar tu, saya
teringat. “Celaka, aku letak dalam plastik sampah ke tadi? Bodohnya.”
Pagi dan nak masuk tengah hari tu, saya hanya termenung panjang di
atas kerusi. Nak marahkan diri sendiri, takut jadi makin lapar pula. Saya
begitu terkilan dengan tindakan dan dosa yang saya lakukan terhadap diri saya.
Itulah peristiwa paling perit semasa saya belajar di Universiti. Semoga
memperoleh teladan dan pengajaran. Kepada yang telah menamatkan pengajian
dengan berjaya, saya ucapkan tahniah!
pnye la pnjg ak bce.... rpenye psal cocopie.... jd duta cocopie k bang....
BalasPadamMung dok abih belajor lagi kan Din? Ambik la pengajaran tu. Jangan baca saje.
PadamTaubat la Sang...
BalasPadamPeristiwa paling perit saya pula adalah x dpt naik kereta "Nissan Teana"..
BalasPadamMaaf Hanafi Adnan!
PadamDalam. Insaf sangat aku yang masih bergelar mahasiswa ni.
BalasPadamKeep it up -Roy
BalasPadam