Selasa, 22 Januari 2013

Rock dan Undang-undang.

Ketika suri-suri rumah sekitar Indera Mahkota tengah kucar kacir tinggalkan Sinetron dan dapatkan baju di ampaian, pada minggu lepas di waktu awan yang sangat mendung itu, saya dengan tenang menaiki motor vintage saya menuju ke Jabatan Pendaftaran Negara Kuantan, iaitu sebuah bangunan kerajaan di hujung jalan sebelah Taman Tasik Bandar Kuantan. Saya pun tak paham kenapa taman itu diberi nama Taman Tasik Bandar sedangkan bandarnya ya rabbi jauh. Pejabat tu pun entah apa apa tiba tiba ada kat situ. Takde langsung nak kreatif sikit dekat taman tu letak sarang burung merak ke, litar motorcross ke, ataupun padang mendarat belon udara panas. Baru la kena sikit dengan sifat taman. Ini ada ke letak bangunan kerajaan?

Ketika itu, peribadi rambut saya masih lagi mercerminkan diri saya ni seorang rokes. Ditakdirkan tuhan, kebetulan pada masa yang sama, saya punya kad pengenalan rosak. Jabatan Pendaftaran Negara ni pun satu, entah kejuruteraan mana la bengap sangat ni dia pakai buat kad pengenalan. Padahal saya punya IC tu umur setahun pun tak sampai lagi.

Jadi, mengambil peluang ini, saya berfikir ada baiknya saya berkorban sedikit masa membuat kad pengenalan baru. Sekurang-kurangnya pengalaman saya menjadi pemuda yang berambut panjang ini, bolehlah saya abadikan sebagai kenangan seterusnya menjadi pedoman bagi generasi yang akan datang. Lagipun itu hari, mak saya dah warning dah suruh potong rambut. Sebagai seorang pemuda yang percaya syurga itu di bawah tapak kaki ibu, elok saya menjelmakan peluang ini sebagai realiti. Mungkin besok besok karang tak sempat dah nak buat IC. Masa tu, barulah saya nak ingat tentang penyesalan rock.

Dari tempat parkir, saya berjalan se-rock yang boleh. Bila rambut panjang ni, lelaki ada dua jenis je. Satu, jalan terkangkang tanda seorang rokes, dan satu lagi jalan terkepit tanda seorang pondan di Lorong Kunyit. Celaka, takkan la saya nak berjalan terkepit. Semasa dalam perjalanan tu, tak kurang ada yang senyum mungkin tanda hormat dan sebagai seorang yang sporting, saya balas semula dengan senyuman. Ada jugak saya tererempak dengan akak berpurdah. Saya tenung je mata akak berpudah tu, nak tunjuknya bahawa rock dalam hati saya ni bukan main-main.

Maka tibalah saya di pintu masuk pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. Bak kata Dato' Seri Najib, Jabatan inilah yang banyak memberi sumbangan kepada kekuasaan Mahathir selama lebih dua puluh tahun. Saya mengambil nombor giliran dan terus menunggu di kerusi panjang yang bertentangan sahaja dengan kaunter-kaunter yang berderet.

Semasa dalam menunggu saya bermenung jauh. Saya memikirkan tentang anak saya nanti masa darjah tiga pasti berbangga apabila menunjukkan salinan fotostat IC saya untuk proses pinjaman buku teks atau Rancangan Makanan Tambahan. Ketika itu dia mesti berasa gah sebab ayah dia ni dulu adalah seorang rock dimana ayah ayah kawannya gambar IC semua macam pengakap je. Budak budak lain yang sebaya dengan anak saya pula pasti rasa rendah diri sebab ayah ayah diorang minat nasyid je dulu. Nasyid tu pun bukan nasyid yang real nasyid. Ayah ayah mereka sekarang ni masih keliru hendak bergaya macam mana. Nak tiru Mirwana, tiba-tiba kena tipu dengan Faizal Tahir. Dan sekarang pun, orang menyanyi nasyid pun baju entah apa-apa, macam budak shuffle je. Geng-geng real nasyid macam Raihan pasti down bila tengok scene nasyid sekarang.

Ting!!

Nombor saya kena panggil. Saya bergerak ke satu kaunter yang dijaga oleh satu abang yang berpakaian ofis. Saya memberinya IC dan terus dia masukkan IC saya ke dalam satu mesin yang canggih. "IC rosok ni, kena bayor sepuluh ringgit nok buat IC baru." Sekarang barulah saya faham kenapa IC ni asyik rosak. Katakanlah satu IC tu modal nak buat dia lapan ringgit, berapa dah dapat ke Jabatan Pendaftaran Negara kalau IC saya ni rosak? Ini saya sorang. Kalau dalam sehari tu ada 13 orang IC rosak? Hah, berapa dah jabatan ni dapat duit? Kalau seminggu? Kalau setahun? Kalau lapan taun?? Hah, hah, hah??!! Modal banyak ni entah banyak mana dah orang Filipina boleh kawtim.

Selesai di kaunter pertama, saya diminta pula untuk tunggu di kaunter mengambil gambar. Saya kembali ke kerusi dan sambung melihat masa depan anak saya. Masa tu anak saya pasti dihormati dan digeruni oleh rakan rakannya yang lain. Nak beratur dekat kantin pun takde masalah. Boleh jadi, air pun ada orang belikan. Alangkah beruntungnya dia menjadi anak saya.

Ting!!

Sekali lagi nombor saya dipanggil. Kali ini saya diminta ke kaunter hujung pula untuk sesi mengambil gambar. Satu sesi yang penting untuk saya memanifestasikan rock saya ke dalam satu sejarah hidup saya dan undang-undang negara. Saya bergerak dengan penuh yakin. Tiba di kaunter, saya dilayan pula oleh seorang akak yang dressingya juga dressing orang ofis seperti drama samarinda. Cuma yang beza, akak ni pakai tudung manakala orang ofis drama samarinda pakai seksi.

Sekali lagi saya diminta untuk memberi saya punya kad pengenalan. Saya memberi kad pengenalan kepada akak itu dengan penuh sopan santun sebagai tanda menghormati orang yang lebih tua. Ketika Suara Wanita 1 Malaysia tengah up ni, elok saya berpawatakan sopan. Lebih-lebih lagi dengan Wanita 1Malaysia yang sangat mementingkan rasa hormat kepada orang yang lebih berumur. Ketika kad pengenalan itu selamat tiba di tangannya, dia pun bersuara.

"Dik, rambut panjang tak lepas dik nak buat IC."

Mendengar kata kata dari akak tersebut, saya terus down. Di saat itu, hancurlah cita-cita saya untuk anak-anak saya.



6 ulasan:

  1. kesian cita-cita anda yang tak kesampaian itu..

    BalasPadam
  2. lorong kunyit kat mane ?

    BalasPadam
  3. Pakai la topi Maher Zain -Roy

    BalasPadam
  4. Aku perasan la komen komen Roy tak pernah di balas -Roy

    BalasPadam
  5. wat masuk r gambor selepas gnting rmbt lop


    ps- sori bero pasl baju gatem..

    BalasPadam