Ahad, 30 Disember 2012

Menonton Perlawanan Manchester United lawan West Bromwich Albion.

Sebagai seorang lelaki, saya juga tidak ketinggalan mengikut kawan saya menonton perlawanan bola sepak dalam televisyen. Televisyen sedang memainkan tayangan secara perlawanan antara Manchester United dan West Bromwich Albion.

Di kerusi hadapan tidak jauh dari televisyen, ada dua tiga mamat yang menyokong Manchester United begitu teruja menyokong pasukan kegemaran mereka. Kadang-kadang mereka bersorak dengan suara yang begitu nyaring. Tak dapat pula saya mengagak pula berapa desibel nyaringnya.

Disebabkan dalam tivi tersebut tidak ada satu pun pasukan pilihan saya, jadi saya tengok belakang belakang sahaja. Walaupun begitu saya tetap mengikut macam mana corak permainan dua dua pasukan. Macam mana Michael Carrick passing bola ikut dan, Tim Cleverly tahan bola, dan Jonathan Evans clear bola ikut hadap semua saya perati termasuk pemain West Bromwich yang satu haram pun saya tak kenal. Secara kesimpulannya. Dua dua main macam celaka.

Habis separuh masa pertama, kerana dah tak larat lagi untuk mengikut perlawanan bola sepak yang begitu mencabar akal waras seorang penonton bola sepak, saya pun blah.

Sebagai pendapat peribadi, saya percaya jika ada orang yang mengaku yang beliau menyokong Manchester United kerana corak permainan pasukan tersebut, maka mereka tak ubah seperti menyokong Felda United.


4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Tengok bilik tivi la Muben. Bukan Shapik, tapi Islom Tukhtakhodjaev.

      Padam
  2. tak best pon -Roy

    BalasPadam