Selasa, 18 Disember 2012

Kenangan di KFC Alamanda.

Saya baru sahaja sampai di Kuantan pulang dari Putrajaya layan hospital. Semasa dalam perjalanan pulang sambil mendengar lagu nasyid yang memperjuangkan cinta, petang tadi kami satu bas singgah sebentar di Alamanda. Sampai habis jalan bas nak langgar, punyalah semangat nak sampai Alamanda. Padahal Alamanda tu takdelah beza sangat pun dengan East Coast Mall tu.

Hendak dijadikan cerita, saya ikut kawan saya Shamil Azman, Nik Fazirulalimi dan Abdul Syahid pergi KFC. Saya bukan suka pun KFC, lagipun sebenarnya saya takde la lapar sangat. Tapi bila dengar Abdul Syahid kata yang bas dah takkan berhenti dah untuk makan, saya terus terbayang kalau saya tak dapat tahan lapar masa dalam bas, macam mana la keadaan bas tu nanti. Dengan jiwa rambo yang saya ada ni, saya tak yakin dapat menahan lapar sekaligus menahan diri dari membakar bas. Bila bas dah terbakar, macam mana saya nak balik? Rambo pun tak larat jugak nak jalan kaki jauh jauh.

Jadi, saya bercadang untuk makan ringan-ringan supaya kalau tak berhenti bas tu pun, sempat la saya tahan lapar. Saya pun membuat keputusan segera untuk beli burger yang bernama Colonial. Tengok pun dah tau tak sedap, tapi apa pilihan yang saya ada? Burger tu lah paling murah dan pada masa yang sama boleh alas perut orang tua tua kata. Lagipun arah mana saya nak tuju cari kedai makan dekat Alamanda ni? Scene makan kalau dalam shopping complex ni tak payah nak cakap banyak la, semua confirm tak sedap punya. Budak tak habis sekolah je yang kalau lapar cari makanan dalam shopping complex ni. Kalau bukan sekolah tak habis pun, kaki shuffle.

Dengan hati yang berat, saya pun order jugak.

Semasa saya order, dalam kepala memang dah target dah harga ni pun paling jauh campur cukai haram kerajaan tu tak cecah lapan ringgit. Lagipun kad siswa yang Dato' Seri Najib bagi free ni, saya dah setting betul-betul ada kat tangan. Sambil tunggu burger siap bungkus, tiba-tiba bila tengok dekat screen, harga burger yang tengok pun dah tau tak sedap tu cecah sampai RM9.70. "Peh, ini dah macam nak pedajal ni!" Bisik hati saya.

Dengan kesedaran dan keberanian yang ada, saya tanya, "Ni harga ni, betul ke RM9.75? Tapi kalau tengok sini takde la sampai RM9. Takkan la cukai kerajaan cecah sampai dua ringgit." Sambil tangan saya tunjuk dekat poster laminate gambar ayam goreng segala bagai yang ada atas meja sebelah tabung penyayang. Tabung penyayang tu, adalah dalam RM1.75 jumlah semua sekali.

Makwe yang jaga kaunter tu hilang punca tak tau nak jawab apa. Lalu dia pun ambil keputusan defensive, "Kejap ye, saya panggil manager." Makwe kaunter ni kalau dalam kategori manusia, boleh kata lawa la ada hidung, mata cukup. Tapi kalau nak masuk kategori ratu cantik, jauh lagi la orang kata.

Selang 1 minit 34 saat, keluarlah satu brader misai dressing kemeja belang merah dan topi sudu dengan baju. Dari warna bajunya yang lain dari skuad jaga order, saya syak, inilah manager yang dimaksudkan oleh makwe tadi. Dengan renungan tajam tanpa kasi salam, brader tu terus bersuara, "Harga kat sini tak masuk air. Kalau campur air campur cukai 6%, inilah harga dia RM9.75"

"Amboi, berlagaknya" Jawab saya dalam hati. Sebenarnya saya memang tak mintak set kombo, tapi bila makwe kaunter tu tanya nak air apa? Saya tau dah yang saya dah tersilap order set kombo. Tapi set kombo tu memang habis jauh pun RM7.70 je. Yang saya musykil sekarang memang part cukai 6% tu la. Celaka apa saya bodoh-bodoh nak sedekah RM2 ke KFC? Baik saya kasi ke anak yatim. Kalau tak kat anak yatim pun, lagi elok kalau pakai duit tu beli tali clutch motor. Lalu saya terus suarakan kemusykilan saya, "Ye la. Tapi cukai 6% takkan la sampai dua ringgit."

Dengan berlagaknya, brader tu balas balik, "Kalau awak taknak air ni, saya boleh cancel air ni. Harga boleh ikut sini.Macam mana?" Jarinya tunjuk gambar burger atas poster dekat kaunter. Cara dia pandang tu memang tak tau yang saya ni rambo.

Saya pun capai pisau rambo dekat kaki seluar belah kanan, terus menerkam leher brader manager tu. Saya tores lehernya dari telinga kanan ke telinga kiri. Darah terpancut-pancut keluar dari tengkuk brader tu. Ada yang terpancut jatuh atas kaunter, tak kurang ada jugak terpancut atas screen komputer. Baju makwe kaunter tadi pun macam kena jugak darah. Tengok pada keadaan, banyak jugak sabun nak kena cuah baru hilang kesan darah tu.

Semua orang dalam restoran kentaki tu terdiam hanya melihat situasi yang penuh stedi tersebut. Tak kurang, dua tiga makwe dressing Las Vegas spek mata besar muntah muntah. Mungkin mereka semua belum biasa tengok scene macam ni secara live. Tiba-tiba akak yang dari tadi beratur belakang saya bersama anak dia menasihati saya, "Sabar dik, sabar. Bawak mengucap."

Kerana saya sporting dan mudah menerima nasihat, saya pun mengucap dan seterusnya bersabar. Selepas meletakkan semula pisau ke kaki seluar kanan, saya pun beredar sambil membawa burger Colonial. Shamil Azman dan Nik Fazirulalimi juga turut beredar bersama saya.

Begitulah kenangan saya di KFC Alamanda Putrajaya. Semoga mendapat pengajaran yang berguna.


p/s: Abdul Syahid masa tu dah lama dah blah ke Burger King. Ikut makwe dia rasanya.

8 ulasan:

  1. manis sungguh kenangan tuan hamba

    BalasPadam
  2. hahaha. bab keluar pisau tu aku ingat macam ye ye je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita betul la ni sedari. Ingat gua suka tipu orang ke?

      Padam
  3. naaaissss..massive respect..

    BalasPadam
  4. Muben ni apa tak reti menilai ke? - Roy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam dunia ni, aku kenal Mubin la paling jujur hati budi.

      Padam