Isnin, 22 Oktober 2012

Pada Satu Pagi yang Hening dan Rok.


(2015, Kampung Barat).

Pada satu pagi yang hening, sedang saya sibuk bertukang di bawah pohon duku nak siapkan satu kapal layar, tiba-tiba datang dari belakang satu orang bekas makwe yang kini dah jadi isteri saya. Saya perasan isteri saya yang datang sebab warna biru laut dia punya mata bersilau sampai terpantul kat kepingan alumunium yang saya sedang tampalkan pada kapal layar saya.

Dia pun berdiri di sebelah saya. Sebagai seorang yang gentleman, saya pun berhenti sekejap menukang dan memasukkan tukul ke dalam poket belakang tanda memberi laluan kepada isteri saya takut-takut ada hal yang mustahak.  

“Abang, I sebenarnya risau..”  Dia bersuara dengan tune standard drama samarinda mengharapkan saya mencelah. Muka dia yang mengharap tu, bapak la lawa.

Saya yang ketika itu ada dua batang paku yang tersepit di bibir, terus membuang ke dua-duanya supaya mudahkan saya nak bercakap. Bercakap dengan dua paku tersepit di bibir, samalah saya bangangnya dengan satu Adun dari Melaka yang orang nak bercakap pasal bola, dia pun nak bercakap pasal bola. Saya pun mencelah yakin,  “Apa yang awak risaukan? Lagi lapan hari, siap la kapal layar kita ni.”

“Bukan begitu maksud I. Bukan kapal layar ini yang I risaukan. I percaya dengan kecekapan Abang dalam dunia pertukangan ni.”

“Dah tu?”

“ I takut sangat satu hari nanti, Abang akan mencintai perempuan lain. Dan I masa tu cuma akan jadi janda Abang. I takut sangat-sangat.”

Dalam saya punya hati, saya mendetik. Macam gampa je perempuan punya risau. Saya  memandang mata biru lautnya. Dengan setenang George Clooney, saya pun menjawab,”Oh, permaisuriku.  Mesti la dalam dua tiga tahun lagi, saya akan mencintai perempuan lain. Dan dia akan memanggil awak Ummi.”

Mendengar jawapan saya, dia terus senyum.  Air matanya seperti baru berbenih untuk terus mengalir.

Sebab saya rock, saya tak peduli dan teruskan bertukang.

“Kang kang kang!” bunyi paku saya menembusi kepingan aluminium.

9 ulasan:

  1. isteri kau tu orang mana? -Roy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang mana orang mana, aku tak fikir lagi. Tapi ada darah Rusia la sikit sikit.

      Padam
    2. pergh,kalau Rusia anak kau mesti comel nanti -Roy

      Padam
  2. Hak2..kalau bleh like aku like..XD
    wat suspen jek

    BalasPadam
  3. untungnya dier..................

    BalasPadam